SUV Elektrik, Neta X Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM119,900

Pengimport dan pengedar rasmi Neta EV di Malaysia, Intro Synergy Sdn Bhd (ISSB), telah melancarkan model kedua jenama itu di pasaran tempatan, Neta X, di Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024). Untuk pasaran Malaysia, SUV elektrik ini ditawarkan dalam tiga varian, iaitu 400 Comfort, 400 Luxury dan 500 Luxury.




Dari segi reka bentuk, Neta X tampil lebih moden dan futuristik berbanding model Neta sebelum ini. Antara ciri menarik yang dapat dilihat daripada bahagian luar ialah lampu depan LED dengan ‘pandangan yang lebih tajam’, rekaan lampu LED belakang dengan jalur melintang berkelebaran penuh, bentuk bumbung coupé dan rim aloi dua tona berukuran 18 inci.
Berdiri sebagai sebuah SUV EV segmen C, Neta X mempunyai panjang 4,619 mm, lebar 1,860 mm dan tinggi 1,628 mm, dengan jarak roda 2,770 mm. Pesaingnya, BYD Atto 3, mempunyai panjang 4,455 mm, lebar 1,875 mm, tinggi 1,615 mm dan jarak roda 2,720 mm.


Dengan jarak roda 2,720 mm, antara terpanjang dalam segmennya, Neta X mempunyai ruang kabin dan kargo yang luas, dengan ruang bagasi standard berkapasiti 508 liter, yang boleh diperluaskan lagi hingga lebih daripada 1,300 liter apabila kerusi belakang dilipat.



Selain tempat duduk yang diberikan balutan kulit sintetik yang sedap disentuh, Neta X turut dipadatkan dengan pelbagai teknologi seperti skrin infotainmen berukuran 15.6 inci yang menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, tempat duduk hadapan yang boleh dilaraskan secara automatik, port USB-C dan bumbung suria panoramik yang luas.


Perbezaan antara varian Comfort dan Luxury adalah ketersediaan beberapa kelengkapan dan fungsi tambahan seperti fungsi menyambut (welcome) dan ingatan untuk kerusi pemandu, pad pengecas tanpa wayar, bukaan but automatik serta hingga 15 fungsi ADAS yang membolehkan pemanduan separa-autonomi Tahap 2+.

Dari segi trenkuasa, Neta X untuk pasaran Malaysia hadir dengan dua pilihan bateri. Varian 400 Comfort dan 400 Luxury mendapat pak bateri kecil 52.49-kWj yang memberikan jarak perjalanan NEDC sejauh 401 km. Sementara itu, varian 500 Luxury yang tertinggi mendapat bateri berkapasiti 64.14-kWj yang memberikan jarak perjalanan NEDC lebih jauh iaitu sehingga 480 KM.
Kesemua varian Neta X yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia dikuasakan oleh motor elektrik depan (FWD) dengan output kuasa 160 hp dan 210 Nm. Ini membolehkan Neta X memecut dari 0-100 km/j dalam masa 9.5 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi yang dihadkan pada 150 km/j. Tiga mod pemanduan disediakan iaitu Eco, Sport dan Comfort, termasuk mod pemanduan khas satu pedal.

Neta X tiba sebagai model import sepenuhnya (CBU) dari China ditawarkan di pasaran bermula daripada harga RM119,900 untuk 400 Comfort, RM124,900 untuk 400 Luxury dan RM139,900 untuk varian tertinggi, 500 Luxury.


Selain itu, pelanggan yang membuat tempahan untuk Neta X di acara Malaysia Autoshow 2024 berlangsung sehingga 26 Mei ini, akan menerima pelbagai manfaat eksklusif bernilai lebih RM2,000, termasuk pilihan untuk memilih sama ada wallbox percuma atau langganan pengecasan percuma selama setahun di mana-mana stesen ChargEV.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6614
SELANGOR
BST4184
JOHOR
JD5281J
PULAU PINANG
PSF2897
PERAK
APL2154
PAHANG
CFH6110
KEDAH
KGH8424
NEGERI SEMBILAN
NEL6731
KOTA KINABALU
SJT8709
KUCHING
QAB5064P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Neta X Akan Dipamerkan di Malaysia Autoshow 2024 – 500KM Sekali Cas, Anggaran dari RM125K
Neta Malaysia mengesahkan bahawa model baharu, Neta X bakal membuat kemunculan sulungnya di negara ini semasa Malaysia Autoshow 2024.
05-05-2024
Neta Malaysia Umum Penstrukturan Semula, Jamin Servis dan Waranti Tak Terjejas
Intro Synergy Sdn Bhd mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkembangan terkini melibatkan syarikat induknya dari China, Hozon Auto.
06-06-2025
Neta V Terbakar Sepenuhnya Di Lebuhraya PLUS – Ini Punca Kejadian...
Sebuah kenderaan elektrik (EV) Neta V musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi Sabtu lalu di KM277.6 Lebuhraya PLUS arah utara.
11-11-2024
Bilik Pameran Flagship Pertama Neta Kini Dibuka Di Ampang, KL
Di sebalik pelancaran bilik pameran NETA Auto Flagship di Ampang, pihak Neta turut menyerahkan 50 unit pertama NETA kepada pelanggan di Malaysia.
29-10-2024
Neta X: Ada 3 Varian, Harga Bermula Dari RM119K
Ada tawaran menarik bagi yang menempah Neta X bermula dari hari ini hingga 31 Julai 2024.
25-07-2024
Neta X Akan Dipamerkan di Malaysia Autoshow 2024 – 500KM Sekali Cas, Anggaran dari RM125K
Neta Malaysia mengesahkan bahawa model baharu, Neta X bakal membuat kemunculan sulungnya di negara ini semasa Malaysia Autoshow 2024.
05-05-2024
Jangan Beli Kereta Lagi, Tunggu Neta Aya! Mesti Murah
Neta Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya akan mendedahkan dua model terbaharunya pada tahun ini.
18-04-2024
Berita Terkini
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat