Terowong SMART Bawah Tanah Di PJ Kini Dipertimbangkan Oleh MBPJ
-full_normal.webp)
Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, Lee Lih Shyan.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sedang mempertimbangkan pembinaan laluan bawah tanah yang di bawah Rancangan Kawasan Khas (RKK) untuk Seksyen 19, 51 dan 51A di Petaling Jaya, Selangor, berikutan pembatalan projek Laluan Penyuraian Petaling Jaya (Lebuhraya PJD Link).
Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, Lee Lih Shyan, mengumumkan bahawa terowong sepanjang 1.98 km itu akan merentasi Seksyen 51, 51A, Lebuhraya Persekutuan 2 dan Lebuhraya Pantai Baru (NPE).
Kos keseluruhan untuk pembinaan terowong tersebut dianggarkan sebanyak RM350 juta, menggunakan peruntukan pembangunan daripada akaun amanah bandar yang dikumpulkan oleh pemaju. Beliau juga menjelaskan bahawa Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) dibina dengan tujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan banjir di bandar.
Bagaimanapun, cadangan pembinaan Terowong SMART ini masih diragui oleh beberapa penduduk, terutamanya berkaitan keberkesanan terowong untuk menyuraikan kesesakan lalu lintas dengan cadangan alternatif lain yang lebih murah seperti laluan bertingkat (flyover) yang mungkin lebih baik.
"Kita perlu tahu di mana terowong akan bermula dan berakhir. Memandangkan terowong ini bertujuan untuk mengurangkan banjir, kita juga perlu memahami di mana air akan dialirkan," kata seorang pesara jurutera awam, David Yoong.
Beliau menambah, "Berdasarkan maklumat yang kita terima, terowong ini tidak akan menyelesaikan masalah banjir atau lalu lintas."
-full_normal.webp)
Terowong SMART sedia ada di KL secara keseluruhannya berkepanjangan 9.7 km, namun hanya 3.3 km digunakan sebagai laluan kenderaan.
Sementara itu, seorang penduduk yang telah lama menetap di Seksyen 51, Jermain Ryan, menyuarakan kebimbangan mengenai pengambilan tanah untuk memajukan projek pembinaan terowong.
-full_normal.webp)
"Barisan rumah saya tidak mempunyai lorong pejalan kaki dan mudah terkena banjir. Kami juga terletak di bawah laluan LRT."
Beliau tidak yakin pembinaan terowong berdekatan dengan rumahnya adalah tindakan yang terbaik.
Lee juga telah menjemput penduduk yang terjejas di kawasan tersebut untuk menyertai sesi pertemuan dengan Jabatan Kejuruteraan MBPJ. Selain itu, pihak berkepentingan boleh mengemukakan soalan atau bantahan terhadap RKK bermula hari ini melalui borang yang boleh dimuat turun dari laman web MBPJ.
Sumber: The Star
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lalu Terowong SMART Tanpa Had Dengan Pas Hanya RM68 Sempena Merdeka
Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-68, orang ramai boleh malalui terowong SMART tanpa had dengan Merdeka Unlimited Travel Pass (MUTP) yang ditawarkan pada harga hanya RM68.
13-08-2025
Persatuan Penduduk Gesa Kerajaan Selangor Batal Kutipan Parkir Oleh Syarikat Swasta
Pertubuhan PJ Sejahtera dan Persatuan Petaling Jaya Lestari, menyeru kerajaan Selangor supaya membatalkan konsesi yang diberikan kepada sebuah syarikat swasta.
14-07-2025
MBPJ Mahu Pasang 1,000 Pengecas EV Di Lokasi Strategik, Kawasan Parkir
MBPJ menyasarkan untuk memasang 1,000 pengecas kenderaan elektrik (EV) di lokasi strategik dan parkir awam seluruh bandaraya itu secara berperingkat.
01-07-2025
Penutupan Jalan Di Sekitar PJ Sempena PJ Half Marathon & Festival Folklore
Notis penutupan jalan di sekitar Petaling Jaya. Rancang perjalanan anda.
22-09-2023
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
