Ada Berita Baik Untuk Pelanggan Baharu Ford

Ada berita baik untuk pemilik baharu Ford Ranger. Ini kerana anda berpeluang untuk menang percutian Ford Ranger Getaways melalui peraduan slogan kreatif.
Peraduan ini terbuka kepada semua varian Ford Ranger generasi baharu, termasuk Ranger Raptor.
Semua pemilik baharu Ford Ranger yang mana kenderaan mereka diterima dalam tempoh peraduan ini adalah layak untuk ikut serta.
Peserta boleh menyertai peraduan ini dengan menghantar slogan sepanjang 20 patah perkataan yang menceritakan detik manis “Live the Ranger Life” mereka bersama Ford Ranger baharu masing-masing.

Pemenang peraduan Percutian Ford Ranger Getaways ini akan menikmati percutian dua hari satu malam di The Kahaani Resort, Janda Baik, Pahang yang damai dua orang.
Difahamkan, embilan pemenang akan dipilih setiap bulan, dengan jumlah keseluruhan 18 pemenang sepanjang kempen berlangsung.
Pemenang akan diumumkan pada bulan Ogos dan percutian ke The Kahaani dijadualkan pada 7-8 September 2024.
Sementara itu, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, pihaknya teruja untuk menawarkan promosi eksklusif untuk pelanggan baharu Ford Ranger.

“Peraduan ini merupakan cara terbaik untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia dan memperkayakan pengalaman pemilikan mereka menerusi Ford Ranger Getaways,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagi yang berminat untuk menyertai peraduan percutian Ford Ranger Getaways ini, para pelanggan perlu membeli dan menerima serahan Ford Ranger mereka antara 1 Jun dan 31 Julai 2024.
Anda kemudia boleh menghantar slogan kreatif melalui platform rasmi peraduan sebelum 31 Julai 2024.
Bagaimanapun, setiap peserta hanya layak untuk satu penyertaan bagi setiap pembelian Ford Ranger generasi baharu.
Peraduan ini terbuka kepada semua warga negara dan penduduk tetap Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Semua pemenang perlu menyertai percutian di The Kahaani menggunakan Ford Ranger generasi baharu mereka sendiri.
Bagi pemenang dari Malaysia Timur, sebuah Ford Ranger akan disediakan untuk percutian tersebut.
Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan Percutian Ford Ranger Getaways, SDAC dan Ford, KLIK.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ford Ranger Wildtrak Dengan Enjin Diesel V6 Bakal Masuki Pasaran Malaysia?
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) Ford mungkin dalam perancangan untuk melancarkan Ford Ranger Wildtrak versi diesel V6 di Malaysia tidak lama lagi.
27-03-2025
Ford Ranger XLT Plus Special Edition Dilancarkan – 300 Unit, RM143,888, Baucar Minyak RM3K Untuk 20 Terawal
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) Ford hari ini telah memperkenalkan model edisi khas, Ford Ranger XLT Plus Special Edition. Ini yang berbeza...
25-09-2024
Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K
Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.
30-05-2024
Hanya Kereta Pra-Milik Ford Terbaik Dijual Melalui ‘Ford Assured’
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) melancarkan program “Ford Assured” untuk orang ramai yang ingin membeli kenderaan pra-milik dengan jiwa tenang.
06-03-2024
Ada Ford Ranger? Jom Sertai Aktiviti 4X4 Ke Cameron Highlands & Gunung Jerai Mei Ini!
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) akan menganjurkan aktiviti Ford Ranger Getaways eksklusif untuk pemilik Ford Ranger generasi baharu.
09-04-2023
Ford Ranger XLT Plus, Padat Dengan Ciri Keselamatan, Tak Sia-Sia Beli
Baca komen kami mengenai Ford Ranger XLT Plus.
15-03-2023
Pusat 3S Ford Sudah Beroperasi
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar eksklusif Ford di Malaysia, mengumumkan pihaknya telah membuka pusat pengedar terbaharunya, Ford Kota Kinabalu di Penampang, Sabah.
08-03-2023
Kursus Pemula 4WD M4TREC Ford Ranger Getaways Akan Diadakan di Semenyih
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) akan menganjurkan Kelas Pemula 4WD M4TREC Ford Ranger Getaways di Semenyih, Selangor pada 19 Mac ini.
14-02-2023
Berita Terkini
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

