BMW Keluarkan Model Edisi Khas: Ada 3 Varian, Semuanya CKD
BMW Malaysia memperkenalkan tiga varian edisi khasnya, BMW 218i Gran Coupé Final Edition, BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition.
Untuk makluman anda, kesemua edisi khas ini dipasang secara tempatan.

BMW 218i Gran Coupé Final Edition.
Model ini masih menampilkan gaya yang elegan dimana ia kini diserlahkan dengan Shadowline with Extended Contents) dan rim aloi ringan Y-spoke M bersaiz 18-inci 553 M Bicolour.
Selain itu, ruang kabin kini dilengkapi dengan pengecasan tanpa wayar dan sistem pembesar suara HiFi yang mempunyai 10 pembesar suara.
BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition.
Sementara itu, kedua-dua model ini masih mengekalkan karisma off-road yang lasak dan ciri sporti BMW.

Penampilan kedua-dua model tersebut dipertingkatkan lagi dengan kehadiran garis bayang lampu M (M Lights
Shadowline) dan garis bayang berglos tinggi M dengan ciri tambahan (M high-gloss Shadowline with extended contents).
Eksklusif untuk BMW X3 xDrive30e Final Edition adalah brek M Sport berwarna merah berglos tinggi, menampilkan satu lagi elemen visual yang menonjol.

Berkenaan sistem bantuan pemanduan pula, BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition didatangkan dengan Kawalan Pemanduan Aktif dan fungsi Berhenti &Jalan
Selain itu, terdapat juga ciri Bantuan Pemanduan (Driving Assistant) sedia ada, yang membolehkan kedua-dua SAV mengekalkan kelajuan serta jarak dalam barisan secara automatik semasa trafik berhenti dan bergerak.
BMW X3 xDrive30e Final Edition juga dilengkapi Head-Up Display, serta Pembantu Parkir Kereta Plus yang memberikannya kamera pandangan sekeliling 360 darjah dan Pandangan Jauh 3D (Remote View 3D).
PILIHAN WARNA:
Daripada segi pilihan warna, BMW 218i Gran Coupé Final Edition boleh didapati dalam warna luaran Skyscraper Grey, Black Sapphire dan Alpine White, manakala upholsteri dalaman tersedia dalam Leather “Dakota” berwarna hitam dengan jahitan biru.
BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition pula boleh didapati dalam warna luaran Carbon Black, Alpine White dan M Brooklyn Grey.
Bagi pilihan upholsteri dalaman, BMW X3 sDrive20i Final Edition menawarkan Leather “Vernasca” berwarna mocha dengan jahitan dekor dan Leather “Vernasca” berwarna hitam dengan jahitan dekor.
Sementara itu, BMW X3 xDrive30e Final Edition terdapat dalam Leather “Vernasca” berwarna mocha dengan jahitan dekor dan Leather “Vernasca” berwarna hitam dengan jahitan biru.
HARGA
Harga jualan yang disyorkan (atas jalan, tanpa insurans) untuk BMW 218i Gran Coupé Final Edition, BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition adalah:
The BMW 218i Gran Coupé Final Edition – RM223,800
Tambahan Servis Pembaikan Inklusif BMW* - RM10,600
The BMW X3 sDrive20i Final Edition - RM 311,800
Tambahan Servis &Pembaikan Inklusif - RM26,700
The BMW X3 xDrive30e Final Edition - RM357,800
Tambahan Servis & Pembaikan Inklusif - RM26,700
Model edisi khas baharu ini boleh didapati di semua pengedar sah BMW mulai Jumaat, 7 Jun 2024 serta di Auto Bavaria AutoFest 2024 yang berlangsung di KL Base, Kuala Lumpur, dari hujung minggu ini 7 hingga 9 Jun 2024, 9 pagi hingga 7 malam.
Maklumat lanjut mengenai kenderaan terbaharu daripada BMW Malaysia boleh didapati di SINI.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BMW Perkenalkan BMW 330Li M Sport & BMW X3 sDrive20i xLine, Harga Bermula RM286k+!
BMW Group Malaysia baru sahaja mengumumkan dua model kereta baharu yang dipasangkan dalam negara.
09-04-2021
BMW Live Cockpit Professional Kini Lebih Canggih Dengan Pelbagai Ciri Personalisasi!
BMW Malaysia memperkenalkan BMW 218i Gran Coupé generasi baharu dengan pemasangan teknologi lebih canggih.
24-11-2021
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

