Demi Keselamatan Jalan Raya, Tiada Diskaun Saman

Tiada lagi diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan! Itu kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Bagaimanapun, perkara itu bukan baharu kerana sejak beliau menjawat jawatan berkenaan pada 2018, pihaknya menetapkan dasar supaya jabatan itu tidak lagi memberi pelepasan atau diskaun saman kepada pengguna jalan raya.
Untuk makluman, masa pentadbirannya, beliau sudah melupuskan lebih empat juta saman membabitkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang sekali gus mengurangkan hasil kerajaan sebanyak RM600 juta.
"Saya sudah katakan sebelum ini ketika membatalkan semua saman AES, bahawa pemberian itu adalah secara 'one-off'. Ramai yang sambut baik tindakan itu,” ujarnya.

Beliau mengakui, selepas itu, tiada lagi diskaun akan diberikan oleh kementeriannya.
“Ini kerana kita beri saman itu untuk mendidik, namun sekiranya kita beri pengurangan kepada mereka, seolah-olah kita ini boleh bertolak ansur malah. "Ia juga tidak adil kepada individu yang membayar saman mengikut tarikh yang ditetapkan.
"Saya tahu orang tidak gembira dengan berita ini dan akan mengkritik serta mungkin mengatakan saya ini tidak ada rasa simpati. Tetapi saya mohon maaf, kerana bagi saya apa yang paling penting adalah isu keselamatan jalan raya perlu diberikan keutamaan," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas melawat reruai Kementerian Pengangkutan sempena pelaksanaan Karnival Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani,
Loke turut mengakui bahawa pihaknya menerima permintaan untuk memberikan diskaun ketika karnival berkenaan, namun pihaknya perlu tegas kerana kementeriannya diamanahkan untuk bertanggungjawab dalam isu keselamatan jalan raya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge