Jenama EV China, Skyworth Batal Kerjasama Dengan NexV Auto, Pilih Berjaya Corp
-full_normal.webp)
Beberapa bulan lalu, NexV Auto Alliance Sdn Bhd (NAASB) telah memperoleh hak pengedaran eksklusif untuk kenderaan elektrik (EV) Skyworth di Malaysia. Namun, perjanjian kerjasama ini dilaporkan telah dibatalkan, syarikat EV pintar Skyworth daripada Jiangsu Skywell Automobile, China itu kini telah menjalinkan kerjasama baharu dengan Berjaya Corporation Bhd (BCorp).
Kerjasama Baharu
Skyworth Group Co Ltd dan Skywell New Energy Automobile Group Co Ltd baru-baru ini telah menandatangai memorandum kerjasama strategik (SCM) dengan Berjaya Corporation Bhd (BCorp). Perjanjian ini menandakan permulaan kerjasama antara semua yang terlibat untuk meningkatkan inovasi dan perluasan perniagaan di Malaysia dan rantau ASEAN.
Baca: NexV Dapat Hak Pengedaran & CKD EV Baharu Dari China, Skyworth Di Malaysia
BCorp & Skyworth: Fokus Terhadap Teknologi Pintar dan Tenaga Hijau
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
Kerjasama antara BCorp dan Skyworth memberi tumpuan kepada kemajuan teknologi pintar di Malaysia dengan memanfaatkan rangkaian pengedaran luas BCorp. Ini juga merangkumi pembangunan dan pelaksanaan penyelesaian tenaga hijau, sejajar dengan matlamat kelestarian BCorp dan menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau untuk Malaysia.
Berjaya Eco-Drive & Skywell: Jenama NEV
Anak syarikat BCorp, Berjaya Eco-Drive Sdn Bhd (Berjaya ED), akan bekerjasama dengan Skywell untuk menjadikan syarikat China ini sebagai jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) terkemuka di Malaysia dan rantau ASEAN. Inisiatif ini bertujuan memacu pertumbuhan NEV di rantau ini melalui kerjasama strategik untuk memajukan teknologi NEV dan mengukuhkan ekosistem NEV di Malaysia.
Upacara Penandatanganan Memorandum
-full_normal.webp)
Memorandum kerjasama strategik antara BCorp dan Skyworth ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif bersama BCorp, Vivienne Cheng Chi Fan dan Pengerusi Skyworth, Lin Jin.
Perjanjian antara Berjaya ED dan Skywell pula ditandatangani oleh Pengarah Berjaya ED, Datuk Tony Khor dan Ketua Pegawai Eksekutif Skywell, Zhu Ping.
Majlis ini disaksikan oleh pengasas dan penasihat BCorp, Tan Sri Vincent Tan, serta pengasas dan pemegang saham utama Skyworth dan Skywell, Stephen Wong.
Tan Sri Vincent Tan berkata, "Dengan menggabungkan kepakaran kami dan memanfaatkan kekuatan serantau, kami berada di hadapan dalam usaha untuk memacu inovasi, memupuk pembangunan lestari dan membuka pintu ke arah masa depan yang lebih baik.”
Sementara itu, Stephen Wong menyatakan keyakinan bahawa kerjasama yang dijalinkan ini dapat memberikan manfaat bersama, memperkukuhkan latihan bakat, melokalisasi seluruh rantaian industri dan menghasilkan projek penting dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Malaysia.
Sumber: The Sun
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4580
SELANGOR
BSR6583
JOHOR
JA4265J
PULAU PINANG
PSD8569
PERAK
APJ9132
PAHANG
CFH1861
KEDAH
KGH1367
NEGERI SEMBILAN
NEK9508
KOTA KINABALU
SJT1298
KUCHING
QAB2155P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
NexV, GNEV Meterai MoU Untuk Pengeluaran Van Elektrik CKD, Bakal Muncul 2026!
NMSB dan GNEV telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam pemasangan tempatan (CKD) dan pembuatan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.
17-01-2025
Jualan EV Melonjak 11 Juta di China Tahun Lepas
Hampir 11 juta kenderaan tenaga baharu (NEV) telah dijual di China pada tahun lepas.
10-01-2025
Proton Bakal Pindah Operasi Ke Hab Automotif, AHTV, Tahun 2026 Ini
CEO Proton, Li Chunrong, mendedahkan perkembangan terkini mengenai projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV).
22-02-2024
PROTON Akan Mulakan Pembangunan NEV Di Tanjung Malim
Pengeluar kereta nasional, Proton mengesahkan bahawa pihaknya akan memulakan pengeluaran barisan kenderaan tenaga baharu (NEV) dalam tempoh terdekat ini.
04-04-2023
GWM Hasil Teknologi E-Hibrid 4WD, Platform Hi4, Kuasa Elektrik Cecah 100KM!
Syarikat pengeluar kenderaan yang besar di China, Great Wall Motors (GWM), pada 10 Mac lalu telah mengadakan ‘Hari NEV Pintar’ untuk mendedahkan kepada umum pembangunan dan kemajuan terbaharu yang telah dibuat dalam bidang ini.
16-03-2023
NexV Dapat Hak Pengedaran & CKD EV Baharu Dari China, Skyworth Di Malaysia
NexV memperoleh hak pengedaran eksklusif untuk kenderaan elektrik (EV) pintar Skyworth di Malaysia daripada Jiangsu Skywell Automobile, China.
04-04-2024
NexV Dapat Hak Pengedaran & CKD EV Baharu Dari China, Skyworth Di Malaysia
NexV memperoleh hak pengedaran eksklusif untuk kenderaan elektrik (EV) pintar Skyworth di Malaysia daripada Jiangsu Skywell Automobile, China.
04-04-2024
Berita Terkini
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW
Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.
17-07-2026
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
