PERKEMBANGAN TERBAHARU: Suspek Sudah Dicekup
Gara-gara tidak kunci kereta, sebuah Honda City kena rembat!
Itu insiden yang berlaku di sebuah stesen minyak di Kuantan, Pahang semalam apabila suspek turut melarikan ibu mangsa yang berada di dalam kenderaan tersebut.
Mujur, warga emas itu tidak diapa-apakan sebaliknya ditinggalkan di tepi jalan kira-kira 400 meter dari lokasi kereta dilarikan.
Ketua Polis Kuantan, Assisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas pemilik kereta bersama kedua orang tuanya berhenti di stesen minyak itu untuk mengisi petrol dan ke tandas.
“Pengadu telah mengisi minyak manakala ibu dan ayahnya telah turun ke tandas. Selepas selesai mengisi minyak, pengadu meletakkan kenderaannya di tepi tandas,” katanya.
Setelah selesai pergi ke tandas, ibu mangsa terus masuk ke dalam kereta manakala suspek yang datang dari arah belakang terus melangkah masuk ke bahagian pemandu dan melarikan kereta terbabit.
Berdasarkan rakaman kamera yang dipasang di stesen itu mendapati suspek datang ke stesen minyak berkenaan dengan menaiki sebuah motosikal jenis EX-5.
Bagaimanapun, warga emas itu bernasib baik kerana tidak diapa-apakan suspek.
Perkembangan terbaharu setakat ini turut mendedahkan suspek yang berusia 40 tahun sudah dicekup polis selepas dia menceroboh sebuah rumah di Kampung Chinta Manis, Karak.

Suspek telah mengurung penghuni rumah dalam sebuah bilik dan kemudiannya tertidur di ruang tamu sebelum pemilik rumah menghubungi pihak polis.
Suspek yang beralamat di Sungai Isap, Kuantan itu mempunyai enam rekod jenayah lampau dalam kes dadah dan jenayah.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3376
SELANGOR
BSR6302
JOHOR
JA3634J
PULAU PINANG
PSD8219
PERAK
APJ8703
PAHANG
CFH1749
KEDAH
KGH1266
NEGERI SEMBILAN
NEK9358
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sampai Bila Jenayah Pemandu Mabuk, Pengaruh Dadah Terus Ragut Nyawa
Harap Ada Tuntutan Hukuman Lebih Berat: Pemandu Mabuk Punca Kematian Sia-Sia.
30-03-2026
Musibah Bertimpa-Timpa, Nak Elak Anjing, Rempuh Pula 4 Kereta Termasuk Sebuah Rumah
Gara-gara hendak mengelak anjing, seorang pemandu e-hailing 'terpaksa' merempuh empat kenderaan dan sebuah rumah di kawasan perumahan di Taman Permas Jaya, Johor, semalam.
20-01-2026
Penumpang Putus Kepala, Kemalangan Ngeri Di Kulai
Seorang lelaki putus kepala apabila kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Taman Permata Impian, Jalan Felda Taib Andak, Kulai.
21-09-2025
[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik
Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.
19-05-2025
Kereta Jatuh, Mujur Pemandu Selamat
Seorang lelaki mengalami kecederaan di kepala selepas kereta yang dipandunya terjatuh dari tingkat satu parkir di Pusat Pengangkutan Terminal 1 Seremban.
09-09-2024
Ada Sebab Kenapa Pemilik Honda City Ini Parkir ‘Masuk Kepala Dulu’ Lebih 20 Tahun
Kebiasaannya, parkir mengundur menjadi cara letak kenderaan pilihan ramai, tetapi ini berbeza...
29-07-2024
Padah Pecut Lepas Langgar Rider, Kereta Masuk Takungan Najis
Dari satu musibah ke satu musibah. Seorang pemandu kereta Honda City yang ketakutan terbabas ke dalam takungan najis.
17-07-2024
Kantoi Guna Kereta Curi Lepas Terlibat Kemalangan
Selepas hancur kerana kemalangan, terbongkar rahsia kereta yang digunakan sebenarnya sebuah kereta curi.
27-06-2024
Berita Terkini
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat