Pusat 3S BYD Kini Dibuka Di Hartamas Shopping Centre – Sedia Kemudahan Premium


Jenama kenderaan elektrik (EV), BYD, telah memperluaskan rangkaian pengedarannya di Malaysia dengan pembukaan cawangan baharu di Hartamas Shopping Centre, Kuala Lumpur. Pusat 3S BYD pertama yang dibuka di pusat beli-belah ini dikendalikan oleh rakan pengedar BYD, Harmony Auto.
Baca: BYD Atto 3 2024 Kini di Malaysia – 1 Varian, Dari RM149,800
Kemudahan Premium




Dengan keluasan sekitar 3,230 kaki persegi, cawangan terbaru BYD ini menawarkan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.


Di sini, pelanggan boleh menemui ruang pameran kereta yang luas, ruang istirahat mewah, bilik perbincangan khas dan ruang penyerahan kenderaan. Cawangan ini juga dilengkapi dengan empat stesen pengecasan EV untuk kegunaan pemilik BYD.
Pusat Servis dan Alat Ganti


Selain bilik pameran dan stesen pengecasan, Hartamas BYD ini juga berfungsi sebagai pusat servis dan alat ganti untuk kenderaan BYD di Malaysia, yang akan dibuka pada suku keempat tahun ini.
Penyerahan Kenderaan
Sempena majlis pembukaan, Harmony Auto turut menyerahkan 10 unit BYD kepada pelanggan untuk hatchback Dolphin dan sedan Seal.
Baca: BYD Dolphin Laku Keras
Baca: Baru Je Masuk Pasaran, 800 Unit BYD Seal TERJUAL
Lokasi Ideal
Presiden BYD Asia-Pasifik, Mr. Liang Xinyue berkata, “Pembukaan Pusat BYD Hartamas di Hartamas Shopping Centre ini bukan sahaja membawa aura segar ke pasaran Malaysia, tetapi turut menyuntik momentum baharu dalam memperkenalkan mobiliti hijau di Malaysia.”
Liang juga menambah bahawa lokasi ini ideal kerana ia menawarkan kemudahan kepada pelanggan untuk membeli produk BYD dan menghantar kereta mereka untuk diservis. Beliau percaya bahawa pelanggan BYD di Hartamas dan kawasan sekitar semakin berkembang, dan pembukaan cawangan baharu ini memenuhi permintaan pelanggan yang mencari kenderaan hijau.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge