Subsidi Diesel Ditarik: Apa Kata Anda?

Rata-rata pemilik kenderaan yang menggunakan minyak diesel mengeluh di sebalik kenaikan harga minyak diesel sehingga RM3.35 seliter yang berkuat kuasa mulai hari ini.
Sebelum ini, harga diesel cuma RM2.15 namun naik sebanyak RM1.20 menjadikannya harga baharu bermula hari ini adalah RM3.35.
Namun, seramai 30,000 pemilik kenderaan diesel individu akan menerima RM200 bantuan tunai bulanan pertama menerusi Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani) mulai hari ini.

Untuk makluman, pemberian subsidi bahan api pada masa ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat berikutan peningkatan harga bahan api di pasaran terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Bagaimanapun, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmah Saleh pula berpendapat penarikan subsidi diesel sepatutnya dilakukan secara berkala dan bukannya secara mengejut seperti mana yang diumumkan semalam.
“Ksan penarikan subsidi diesel ini akan mengakibatkan harga diesel naik dengan begitu mendadak dari RM 2.15 kepada RM 3.35 iaitu kenaikan sebanyak RM1.20/liter. Kenaikan yang besar dan tajam ini sudah pasti mendatangkan kesan kepada ekonomi semasa dan orang ramai.
“’Dengan kaedah pembayaran subsidi bersasar ke golongan yang memerlukan masih lagi di peringkat awal dan sudah pasti akan ada masalah-masalah yang tidak boleh dielakkan seperti kelulusan permohonan yang dipohon dan keciciran golongan yang memerlukan, impak ekonomi kepada pengguna tetap akan berlaku dan tidak dapat dielakkan.,” tulisnya di halaman Facebooknya.
Tambah beliau, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengesyorkan agar subsidi diesel ini perlu dilaksanakan secara berkala.
Adalah lebih elok jika ia boleh dilaksanakan dengan penarikan subsidi secara kecil dahulu misalnya RM 0.20, atau pada kadar 10% minimum sehinggalah cabaran-cabaran awal dapat diatasi dan situasi ekonomi semasa kembali stabil barulah mula dengan jumlah yang lebih besar secara berkala,”ujarnya.

Bagi yang tidak tahu, subsidi diesel ditarik balik sebagai salah satu mekanisme untuk membasmi aktiviti ketirisan melibatkan subsidi bahan api berkenaan yang disifatkan semakin berleluasa kebelakangan ini.
Apa Kata Pemilik Trak Pikap?
Sementara itu, seorang pemandu lori yang enggan mahu dikenali berkata, kenaikan harga itu agak ketara.
“Kenaikan yang amat tinggi itu cukup membebankan kerana ia bukan sahaja digunakan untuk ke tempat kerja, tetapi untuk memudahkan urusan lain selain menghantar anak ke sekolah dan turut digunakan untuk bercuti.
“Biarpun, ada bantuan sebanyak RM200 namun ia masih tidak mencukupi. Bayangkan, satu tangki penuh mencecah RM140, minimum boleh guna dalam dua, tiga hari sahaja, ikut cara kita bawa kereta,”katanya.
Sebaliknya, dakwaannya dilihat berasas memandangkan berikut adalah perbandingan penggunaan diesel mengikut model trak pikap yang laris di pasaran tempatan.
Berdasarkan jadual di bawah, jika anda menggunakan Ford Ranger Raptor, kapasiti tangi minyak sebanyak 80 liter memakan kos RM268 dimana anda boleh melakukan perjalanan sejauh 976 kilometer dengan tangka minyak yang penuh.
Begitu juga dengan Toyota Hilux GR-S dimana ia yang dilengkapi dengan kapasiti tangka minyak yang sama dengan Raptor, turut menelan belanja sebanyak RM268.
Tidak kurang juga, ada pengguna laman sosial Facebook, membuat kiraan perbelanjaan diesel untuk sebulan.
Perbelanjaan Diesel Bulanan.
Mitsubishi Triton 2.4 Diesel Tahun 2021
Purata penggunaan bulanan 3 x isian penuh sebulan.
1 isian tangki penuh = +-700km
3x isian tangki penuh = 2100km
Harga sekarang 9/06/24
1 Liter = RM2.15
Isian Tangki Penuh 60.4l = RM130.00
Harga 10/06/24
1 Liter = RM3.35
Isian Tangki Penuh 60.4l = RM202.34
Kenaikan 202.34-130.00 = RM72.34
Kenaikan 3x sebulan isian penuh = RM217.03
Bantuan Budi Madani = $200
"Kesimpulannya: Bantuan Budi Madani sebanyak $200 tidak mencukupi untuk penggunaan saya sendiri.
Kerajaan perlu menambah lagi subsudi tunai diesel untuk membantu rakyat menangani kenaikan bahan api diesel," ujar Zulatfi Ruzaini di halaman Facebooknya.
Apa pula pendapat anda, adakah wajar kerajaan menarik balik subsidi diesel atau pun mengambil pendekatan lain?
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Tahniah Rakyat: JPJ Kelantan Kutip RM9 Juta Saman
Tahniah kepada rakyat Kelantan kerana melunaskan bayaran saman memandangkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip saman sebanyak RM9 juta sepanjang tahun lalu.
02-01-2026
MOF Umum Jadual Pemberian Tunai RM200/Bulan Untuk Pemilik Kenderaan Diesel
Kementerian Kewangan (MOF) secara rasmi telah mengumumkan jadual permohonan dan penyaluran bantuan tunai BUDI Madani Diesel RM200 bagi tahun 2026. I
31-12-2025
Kerajaan Dengar Rintihan Pemandu E-Hailing, Nantikan Pengumuman Kuota Tambahan BUDI95
Kerajaan dijangka bakal mengumumkan penambahbaikan terhadap kelayakan subsidi petrol RON95 di bawah program BUDI MADANI (BUDI95) bagi pemandu e-hailing dalam tempoh terdekat.
03-11-2025
Subsidi Petrol BUDI95 Kekal 300 Liter Sebulan, Tiada Pengurangan Buat Masa Ini
Khabar angin mengenai kemungkinan kerajaan mengurangkan had kelayakan subsidi petrol RON95 di bawah program Budi Madani (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tidak benar.
28-10-2025
Budi Madani Diesel Jimatkan Perbelanjaan Kerajaan Sebanyak RM5 Bilion – Untuk Rakyat & Pembangunan
Jumlah penjimatan yang berjaya dicapai kerajaan Malaysia mencecah kira-kira RM5 bilion setahun.
24-10-2025
Pemegang Lesen Memandu Singapura Boleh Mohon Subsidi BUDI95 – Ini Syaratnya...
Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan laman web khas hari ini bagi memudahkan rakyat Malaysia.
16-10-2025
BUDI95 Diuji: Ini Cara Termudah, Hanya Tambah 10 Saat Daripada Biasa
Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) secara rasmi bermula hari ini, memperluaskan subsidi petrol RON95 kepada kira-kira 16 juta rakyat Malaysia selepas fasa percubaan dibuat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
30-09-2025
Subsidi Diesel Tamat, Harga Diesel Naik RM1.20
Harga runcit diesel RM3.35 seliter mulai tengah malam ini.
09-06-2024
Berita Terkini
Jangan Takut Kalau Nampak Polis di Stesen Minyak! Ini Sebab Sebenarnya Mereka Ada Di Sana
Kenapa Tiba-tiba Ada Polis di Stesen Minyak?
11-04-2026
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?
Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang
10-04-2026
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV
Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.
10-04-2026
Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026
PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.
10-04-2026
UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia
Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.
09-04-2026
Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat
Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.
09-04-2026
Sana Sudah Gencatan Senjata, Sini Harga Minyak Makin 'Membara'. Ini Penjelasannya
Harga minyak tanpa subsidi semakin melambung.
08-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat