ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Tempahan Mercedes-Benz GLB Facelift 2024 Kini Dibuka – Dari RM290,888

Sofea Najmi

Kongsi melalui

GLB-200-(1).jpgGLB-250-4M-(1).jpg


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah memperkenalkan Mercedes-Benz GLB facelift (X254) 2024 yang dikemaskini melalui dua varian iaitu GLB 200 dan GLB 250 4Matic. Model-model ini menampilkan perubahan estetik dan teknologi terkini.


Perubahan Reka Bentuk


GLB-200-(2).jpgGLB-200-(4).jpgGLB-250-4M-(2).jpgGLB-250-4M-(4).jpg


Beberapa elemen pada kedua-dua varian kini diberikan rekaan semula seperti bahagian lampu LED, gril, bampar, apron depan serta insert yang kontra dengan warna badan iaitu krom untuk GLB 200 dan hitam berkilat untuk GLB 250 4Matic. 


GLB 200 diberikan kemasan khas Progressive Line, manakala GLB 250 4Matic pula AMG Line yang lebih sporty. Perbezaan ini jelas terlihat dari sudut rim yang mana GLB 200 menggunakan rim berukuran 18 inci manakala GLB 250 4Matic menggunakan rim 19 inci yang lebih besar. 


Ciri Baharu di Ruang Kabin


GLB-200-(7).jpgGLB-250-4M-(6).jpg


Kabin GLB 200 (kiri) kabin GLB 250 4Matic (kanan)


Di dalam kabin, perubahan yang paling ketara adalah ketiadaan pad kawalan sentuh di konsol tengah. Paparan digital 10.25 inci dikekalkan, namun kini dengan perisian MBUX terkini. Turut ditambah adalah port pengecas USB-C dengan kemampuan pengecasan yang lebih pantas. Kabin masih menawarkan tempat duduk untuk tujuh orang dan ruang kargo dengan kapasiti maksimum sehingga 1,805 liter.


Prestasi Enjin


GLB 250 4Matic kini dilengkapi dengan sistem hibrid ringan (MHEV) yang memberikan kuasa tambahan (sementara) sebanyak 13 hp dan 150 Nm kepada enjin 2.0 liter turbo yang sedia ada. 


GLB-200-(5).jpgGLB-250-4M-(3).jpg


Dipadankan dengan sistem pacuan semua roda (AWD) 4Matic dan transmisi DCT lapan kelajuan, model ini boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7 saat. 


Sementara itu, GLB 200 pula masih menggunakan enjin 1.3 liter turbo yang sama, dengan output 163 hp dan 270 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda depan melalui sistem transmisi DCT tujuh kelajuan, membolehkannya mencapai 0-100 km/j dalam masa 9.3 saat.


Pakej Keselamatan


Kedua-dua varian hadir dengan pakej keselamatan yang tidak jauh berbeza, termasuk bantuan titik buta, bantuan amaran keluar, bantuan brek aktif dan pakej parkir dengan kamera undur. 


Harga dan Jaminan


Mercedes-Benz GLB 200 2024 ditawarkan di pasaran pada harga RM290,888 manakala GLB 250 4Matic 2024 pula pada harga RM341,888, termasuk jaminan 4 tahun tanpa had perbatuan daripada MBM. Tempahan bagi kedua-dua varian ini telah dibuka. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN5133

SELANGOR

BST3916

JOHOR

JD4711J

PULAU PINANG

PSF2553

PERAK

APL1870

PAHANG

CFH5983

KEDAH

KGH8027

NEGERI SEMBILAN

NEL6509

KOTA KINABALU

SJT8552

KUCHING

QAB4988P

Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

04-03-2026
Berita Auto

03-02-2026
Kereta Baru

14-01-2026
Kereta Baru

06-01-2026
EV

10-12-2025
Kereta Baru

09-12-2025
Kereta Baru

09-12-2025
Kereta Baru

04-12-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.