ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Australia Kini Tawar Hampir 100% Model Hibrid Di Pasaran

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_Review_Toyota-Innova-Zenix-2.0V-Hybrid_-15.jpg


Jenama automotif Jepun, Toyota kini menawarkan hampir 100% model hibrid di pasaran Australia. 


Awal minggu ini, Toyota dilaporkan telah mengumumkan bahawa model yang laris seperti Corolla, Camry, Corolla Cross, RAV4 dan Kluger tidak lagi akan ditawarkan dalam versi trenkuasa enjin pembakaran dalaman (ICE), sepertimana yang telah dilakukan ke atas model hatchback Yaris dan Corolla serta crossover Yaris Cross dan C-HR sebelum ini. 


Toyota-Corolla-Cross-Australia-1536x1024.jpgToyota-Corolla-Sedan-Australia-1536x1032.jpgToyota-Kluger-Australia-1536x1024.jpgToyota-RAV4-Australia-1536x1024.jpg


Menurut Toyota Australia, langkah ini diambil berdasarkan permintaan pasaran. Syarikat tersebut turut meramalkan bahawa kenderaan elektrik hibrid (HEV) dan kenderaan elektrik bateri (BEV) akan menyumbang kepada lebih daripada separuh jualan kenderaan baharu di Australia menjelang tahun 2025. 


Baca: Toyota Ambil Alih Syarikat Pengeluar Bateri EV Panasonic


Kalau anda perasan, satu model yang tidak disebut dalam rancangan ini ialah Toyota Prius, model yang sebelum ini dilihat sebagai model contoh dalam industri automotif untuk pembangunan sistem hibrid kenderaan. Model tersebut telah dihentikan di Australia dan mungkin tidak akan ditawarkan lagi pada masa akan datang memandangkan banyak pilihan hibrid lain ditawarkan. 


Toyota-GR86-GRCorolla-1.jpg2024-toyota-hilux-1.jpeg


Kereta-kereta sport Gazoo Racing (kiri), van dan trak pikap (kanan) tidak diberikan trenkuasa elektrik buat masa ini. 


Selain model-model yang dinyatakan, model sport Gazoo Racing (GR) seperti  GR Yaris, GR Corolla, GR86 dan GR Supra tidak akan diberikan ‘sentuhan elektrik’ buat masa ini. 


Turut terkecuali ialah trak pikap 4x4 Hilux, Fortuner, kesemua barisan model  Land Cruiser (J70, J250 dan J300) serta  van Hiace dan Granvia.


web_CariCarz_TA_Toyota-Alphard-And-Vellfire-HEV_Toyota-Beyond-Zero_-1.jpg


Toyota Alphard dan Vellfire hibrid yang dipertontonkan semasa pameran Beyond Zero oleh UMW Toyota Motor awal tahun ini. 


Namun, baru-baru ini Hilux muncul dengan trenkuasa hibrid ringkas (MHEV) 48 volt. Walaupun separa elektrik, trak pikap MHEV ini tidak diberikan logo ‘Hybrid’ seperti model-model HEV Toyota yang lain. 


“Setakat ini bagi tahun ini, jualan keseluruhan HEV kami telah meningkat lebih daripada dua kali ganda iaitu kepada  46,821 unit kenderaan berbanding tempoh yang  sama tahun lalu, dengan semua model menunjukkan permintaan yang tinggi. 


“Secara keseluruhannya, kami kini telah menjual lebih daripada 430,000 HEV di Australia sejak pelancaran Prius pada Oktober 2001," kata Naib Presiden Jualan, Pemasaran dan Operasi Francais Toyota Australia, Sean Hanley.


Beliau juga mencatatkan bahawa pegangan pasaran model HEV Toyota di Australia yang telah mencapai 33.5% pada 2023, meningkat kepada 46.6% dalam lima bulan pertama 2024.


Di Malaysia, buat masa ini, UMW Toyota Motor hanya menawarkan dua model dengan pilihan hibrid iaitu Corolla Cross dan Innova Zenix dan dua model di bawah jenama Lexus, RX500h F Sport dan Lexus LM yang telah dilancarkan baru-baru ini. 

web_CariCarz_TA_Toyota-Alphard-And-Vellfire-HEV_Toyota-Beyond-Zero_-4.jpg



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

02-02-2024
Global

27-06-2023
Global

20-02-2026
Global

02-02-2026
Global

23-01-2026
Global

22-11-2025
Berita Auto

05-11-2025
Global

21-10-2025

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.