Ulang Tahun Ke-25 BMW X5 Diraikan Dengan Versi Off-Road – Terhad 1,000 Unit

BMW X5 Silver Anniversary Edition.
BMW meraikan ulang tahun ke-25 model SUV pertamanya, BMW X5, dengan pelancaran versi edisi istimewa, Silver Anniversary Edition.
Kehebatan 'Off-Road' yang Dipertingkat
Edisi ini dibangunkan khas berdasarkan model X5 xDrive40i bukan hibrid. Dari segi trenkuasa, ia masih menggunakan enjin turbo 3.0 liter enam silinder yang sama, menghasilkan 329 hp dan 450 Nm, mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.7 saat.


BMW X5 edisi khas ini didatangkan dengan pakej BMW xOffroad.
Bagaimanapun, ia diberikan pakej xOffroad yang mana sistem pacuan empat roda (FWD) pintar digunakan, menggantikan sistem pacuan semua roda (AWD) xDrive BMW. Sistem FWD ini mengoptimumkan kawalan dan pemanduan berdasarkan mod terrain yang dipilih, membolehkannya ‘menakluk’ kawasan yang tidak boleh dilalui oleh model standard.
Suspensi dan Perlindungan Tambahan

Selain sistem 4WD, model edisi istimewa ini juga dilengkapi dengan sistem suspensi udara dua gandar, kunci diferensial belakang mekanikal dan plat pelindung bahagian bawah badan. Tayar lasak all-terrain General Grabber juga ditawarkan sebagai pilihan tambahan.
Penampilan Unik dan Sporty


Walaupun dinamakan Silver Anniversary, model ini hadir dalam warna kelabu Lime Rock Grey dengan kemasan Extended Shadowline yang menggantikan warna perak standard kepada tona yang lebih gelap. Di sudut bawah, model khas ini dipasangkan dengan rim jejari M Star dua warna berukuran 20 inci. Badannya turut diberikan kit badan Sport dengan aksen aluminium.
Kabin Mewah dan Eksklusif




Model ini diberikan tempat duduk depan sporty dan kemasan gentian karbon yang diambil daripada model X5 M Competition dan X5 M60i. Upholsteri Sensafin turut ditawarkan dalam beberapa pilihan warna termasuk hitam, coklat pekat (Coffee), coklat keemasan (Cognac) dan kelabu perak (Silverstone). Model khas ini turut dipasangkan dengan plak peringatan ulang tahun ke-25 di konsol tengah.
Harga

Harga BMW X5 Silver Anniversary Edition bermula daripada $79,900 (~RM376,309) untuk pasaran Amerika Utara, dengan hanya 1,000 unit akan dihasilkan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring
Gambar intipan X5 versi facelift yang sedang diuji di litar Nürburgring, Jerman.
15-08-2022
BMW Bakal Keluarkan Kenderaan Hidrogen Secara Besar-Besaran Mulai 2025
BMW telah mempertontonkan kenderaan berteknologi hidrogen, iX5 Hydrogen.
14-08-2022
Model Edisi Terhad Ini Dijual RM480K
Sime Darby Auto Bavaria mengumumkan ketibaan kumpulan kedua X5 xDrive 45e baru-baru ini.
22-02-2022
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge