20 Jurulatih Dari Maktab Teknik PDRM Sertai Program Volvo Trucks
-full_normal.jpg)
Volvo Trucks mengiktiraf 20 graduan daripada Maktab Teknik PDRM Bakri yang menjalani Program Pembangunan Pemanduan Berprestasi Tinggi Volvo Trucks, baru-baru ini.
Program ini memberi tumpuan untuk meningkatkan kemahiran, kecekapan dan keselamatan memandu.
Ia adalah inisiatif Volvo Malaysia Sdn. Bhd. (Volvo Trucks Malaysia) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Pengarah Urusan Volvo Trucks Malaysia, Anthony O’Connell berkata, pihaknya cukup menitikberatkan aspek keselamatan pemanduan.
“Kami berusaha mencapai kecemerlangan dari setiap sudut operasi, iaitu daripada reka bentuk dan pengeluaran kenderaan mahupun Latihan dan Pembangunan pemandu kami,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
-full_normal.jpg)
Menerusi kerjasama dengan MIROS, pihaknya telah menyediakan satu platform untuk menekankan komitmen bersama kepada tahap piawaian keselamatan, kelestarian dan kualiti tertinggi.
Untuk makluman, program berkenaan merangkumi kandungan kursus dengan matlamat meningkatkan keupayaan pemandu sedia ada.
Bagi 20 peserta kumpulan pertama ini yang terdiri daripada jurulatih dari Maktab Teknik PDRM Bakri di Muar, Johor, Program Pembangunan Pemanduan Berprestasi Tinggi Volvo Trucks telah disusun khas sebagai sebuah kursus Melatih Jurulatih.
Sebagai jenama terkemuka yang menerajui inovasi keselamatan, Volvo Trucks juga telah merangka program dengan teliti untuk meliputi dua modul penting, iaitu Kursus Kemahiran Pemanduan dan Pengendalian Trak serta Kursus Kemahiran Pengendalian Trak Taktikal dan Lanjutan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pelaburan Itu Bertujuan Untuk Pasang Solar
Volvo Malaysia Sdn Bhd (Volvo Trucks) telah melabur RM3.14 juta untuk hartanah di Shah Alam dan Kuantan.
13-06-2023
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat