EV Dapat Jimatkan Kos Operasi Ladang Felda

EV bakal digunakan untuk menjimatkan kos operasi di Felda. (Foto: Sinar Harian)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menggunakan kenderaan elektrik (EV) dalam usaha mengurangkan kos operasi dan menyokong penjagaan alam sekitar, lapor Sinar Harian.
Ketua Pegawai Operasi Abra International, Izahar Atan, menyatakan EV dijangka digunakan di Felda secara berperingkat mulai hujung tahun ini.
Baca: EV Jadi Pilihan Golongan M40, Kereta Mampu Milik Golongan B40 – Kenanga Research
Namun begitu, proses penggunaan EV sepenuhnya di seluruh Felda memerlukan masa dan perancangan yang teliti. Izahar menjelaskan bahawa memorandum kerjasama telah ditandatangani dengan Sabah, dan mereka dijangka mula menggunakan EV untuk operasi di ladang pada akhir tahun ini.
Penjimatan Kos & Pengurangan Penggunaan Diesel

"Saya pasti dengan penggunaan EV dapat menjimatkan setidak-tidaknya 20 hingga 30 peratus kos berbanding kenderaan biasa. Kalau dulu Felda perlu tanggung kos diesel yang amat tinggi sekarang dapat dijimatkan," katanya.


Penggunaan EV juga diharapkan dapat mengurangkan kos penyelenggaraan berkala seperti menukar minyak enjin, palam pencucuh dan penapis minyak hitam.
Baca: Pengeluaran 'Fleet Card' Perlu Dipercepat, KPDN, Syarikat Minyak Bincang Isu Kelewatan
Manfaat Kepada Alam Sekitar
Kerjasama ini bukan sahaja membantu Felda mengurangkan kos operasi tetapi juga memberi manfaat kepada penjagaan alam sekitar.
"Bila sebut pasal EV, ia bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kos penggunaan bahan api tetapi mesra alam. Penggunaannya dapat merealisasikan bumi sifar karbon," tambah Izahar.
Rancangan Masa Hadapan Untuk Ladang Lain
Selain Felda, ladang-ladang lain juga akan memulakan penggunaan EV untuk aktiviti seperti pembinaan. Dengan langkah ini, Felda dan ladang-ladang lain dapat menikmati penjimatan kos yang signifikan sambil menyokong usaha penjagaan alam sekitar.
Sumber: Sinar Harian
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol
Cukai Jalan EV 85% Lebih Rendah Berbanding ICE.
26-11-2026
We Never Anti EV - Menteri MITI
Datuk Johari menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah anti-EV.
26-11-2026
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu
Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.
20-11-2026
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit
BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.
19-11-2026
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja
Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.
19-11-2026
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?
Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?
17-11-2026
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
