[FOTO] PDRM Guna Proton S70? Unit Sama Semasa Istiadat Pertabalan Agong Dikesan!

Proton S70 PDRM.
Seperti kebanyakan rakyat Malaysia, CariCarz.com tidak ketinggalan menonton istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada hujung minggu lalu. Semasa upacara diraja tersebut berlangsung, perhatian kami turut tertumpu kepada model kereta yang digunakan sebagai kenderaan pengiring.
Dalam ‘lautan’ limosin diraja dan kenderaan pengiring yang biasa digunakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), apa yang menarik perhatian kami adalah sebuah kereta peronda Proton S70 PDRM. Awal hari ini, semasa ingin mengambil unit S70 untuk dipandu uji, kami berpeluang melihat unit tersebut dengan lebih dekat.



Kami hanya diberikan waktu yang singkat untuk melihat Proton S70 PDRM, tanpa sempat melihat bahagian dalam kabinnya.
Berdasarkan pemerhatian kami, tiada satu pun tanda pada badan S70 ini yang menunjukkan negeri atau daerah polis yang menggunakan model ini. Mungkin ini bermakna unit S70 PDRM ini sedang diuji atau sejenis prototaip awal.
Varian Proton S70 PDRM

Selain lampu di bumbung dan livery polis, kemungkinan besar unit PDRM ini merupakan varian Flagship S70 yang kini dijual oleh Proton. Petunjuk utama di sini ialah kit aero yang terdapat pada badannya. Kit badan ini hanya ditawarkan sebagai aksesori tambahan untuk varian Flagship. Selain itu, petanda lain ialah rim berukuran 17 inci yang digunakan.
Spekulasi Mengenai Ruang Kabin &Trenkuasa S70 PDRM



Proton S70 bukanlah model pertama Proton berasaskan Geely yang pernah digunakan PDRM. Pada tahun 2020, hampir 200 unit SUV Proton X70 telah diambil sebagai sebahagian daripada kenderaan PDRM.
Walaupun kami tidak dapat melihat bahagian dalam kabinnya, kami yakin ianya masih sama dengan versi yang ditawarkan di pasaran, dengan tambahan peralatan khas polis. Kami juga percaya bahawa trenkuasa model ini juga tidak diberikan sebarang perubahan.
Untuk makluman, semua varian Proton S70 menggunakan enjin 1.5 liter 3 silinder turbo MPI dengan output 148 hp dan 226 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui sistem transmisi automatik DCT 7 kelajuan.
Dengan trenkuasa ini, ia boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 9 saat dengan kadar penggunaan bahan api 6.2 liter untuk setiap 100 km. Mungkin berat tambahan daripada peralatan polis sedikit sebanyak mempengaruhi angka yang dinyatakan.
Masa Depan Proton S70 dalam Armada PDRM
Buat masa ini, tiada sebarang maklumat didedahkan sama ada PDRM akan melengkapkan armadanya dengan model S70. Pendapat kami, walaupun perkara ini benar, mungkin tidak dalam masa yang terdekat memandangkan PDRM telah menerima sedan Honda Civic dan Honda City secara besar-besaran.
Baca: Harga Proton S70 Cukup Marhaen, Mungkin Laku Keras

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800
ROTON S70 i-GT 1.5 Tiba Di Sabah, Catat Sambutan Hangat.
05-10-2026
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Proton e.MAS & S70 Punca Jualan Proton Lonjak Ogos 2026
Ogos 2026: Proton Catat Jualan Tertinggi Sejak 2010.
08-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
Gaji Minimum Proton S70 2026 (Ansuran, Kos Bulanan)
Berapa Gaji Untuk Layak Beli Proton S70.
07-09-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Suku Kedua Bermula Garang! Proton Dominasi Jalan Raya.
07-05-2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

