Ini Dia MPV Yang Bakal Ganti Tempat Proton Exora?

Syarikat gergasi China, Geely mendedahkan MPV terbaharu mereka, Geely Jiaji, baru-baru ini.
MPV ini hadir dengan dua varian dimana varian asas dijual pada harga (RM70,438) manakala varian teratas pula (RM76,854).
Dari segi penampilannya, Geely Jiaji baharu kelihatan sama seperti pendahulunya.

Kali ini, ia hadir dengan lampu hadapan jenis LED yang tajam sekali gus membuatkannya kelihatan agak serupa dengan sedan Proton S70.
Dari sisi pula, MPV Jiaji menampilkan garis bumbung yang melengkung menyebabkan ia kelihatan sedikit sporty dan tidak sama dengan MPV lain yang lazimnya berbentuk kotak.
Mengenai roda pula, varian asas dipadankan dengan rim 17 inci manakala varian tertinggi pula, 18 inci.

Apapun MPV ini agak luas berbanding Proton Exora kerana panjangnya adalah 4,826 mm, 1,909 mm (lebar) , 1,695 mm (tinggi) manakala jarak roda pula 2,805 mm.
Menjengah bahagian kabinnya pula, Geely Jiaji 2025 hadir dalam susun atur sama ada enam tempat duduk (2-2-2) atau tujuh tempat duduk (2-2-3).

Seperti mana-mana model Geely terkini, MPV Jiaji yang dikemas kini mendapat pelbagai kemudahan moden, termasuk paparan infotainmen bersaiz 12.3 inci yang dikuasakan oleh Geely Galaxy OS, panel meter instrumen LCD 10.25 inci, bumbung matahari panoramik, enam pembesar suara. sistem audio, dan banyak lagi.
Untuk makluman anda, jentera ini disumbat dengan enjin 1.5 liter dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 178 hp dan tork 290 Nm.

Buat masa ini, masih tidak pastis ama ada MPV ini akan dibawa ke pasaran kita atau sebaliknya.


Lagipun, Proton masih belum mendedahkan sebarang rancangan mereka untuk menggantikan model baharu di tempat Exora.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu
Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.
05-03-2025
Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group
Jenama kenderaan elektrik (EV) premium dari China, Zeekr, kini secara rasmi bergabung dengan jenama Lynk & Co.
16-02-2025
Proton Saga MC3 Dikesan Dengan Kamera ADAS, Teknologi Keselamatan Lebih Canggih?
Kelibat terbaru model Proton ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook.
19-01-2025
DRB-HICOM, GEELY, Meterai Kerjasama Untuk Bangunkan AHTV Di Tanjung Malim
DRB-HICOM dan Geely menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) pada pelancaran kenderaan elektrik pertama Proton, e.MAS 7, di ibu negara semalam.
17-12-2024
PROTON e. MAS 7 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM110K
Pengeluar kereta nasional, Proton akhirnya melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 di ibu negara sebentar tadi.
16-12-2024
Geely: Sekali Guna EV, Pemandu Tidak Akan Kembali Guna Kereta Petrol, Betul Ke?
"Seperti membeli kereta tetapi kembali (menggunakan) kuda, sudah tentu tidak selesa," wakil Geely.
07-11-2024
36 Pengedar e.MAS, Semakin Ramai Minat Jadi Pengedar Selepas Lawatan R&D Geely Di China
Anak syarikat pembuat kereta nasional PROTON, PRO-NET mengumumkan pelantikan sebanyak 36 pengedar Proton e.MAS yang dibuat baru-baru ini.
01-10-2024
Pengedar Proton e.MAS Dibawa Lihat Geome Xingyuan di China – Mungkinkah Ini e.MAS 5?
Jenama kenderaan elektrik (EV) nasional, Proton e.MAS, menganjurkan satu kunjungan rasmi ke China bersama beberapa pengedarnya..
27-09-2024
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge