ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888

Sofea Najmi

Kongsi melalui

THUMb-Mercedes-AMG-MBM-LAUNCHED-C63-S-E-Performance.png


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition. Model ini dipasarkan pada harga yang bermula daripada RM958,888, atas jalan, tidak termasuk insurans. 


TRENKUASA MERCEDES-AMG C63 S E PERFORMANCE F1 EDITION


MB-AMG-C63-S-E_-(61).jpg


Model ini dikuasakan oleh enjin 4 silinder berpengecas turbo 2.0 liter yang diperbaik dan diambil daripada model AMG A45, tiada lagi ngauman enjin V8 yang garang. Namun dengan bantuan motor elektrik 150kW/320Nm untuk sistem hibrid plug-in (PHEV) pada versi kali ini, memberikannya output kuasa yan lebih tinggi, 680 hp dan tork 1,020 Nm.


Kuasa disalurkan kepada kesemua roda (AWD) melalui sistem transmisi automatik AMG Speedshift 9 kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4MATIC+. Menurut Mercedes-AMG, model ini boleh mencapai 0-100 km/j dalam masa sepantas 3.4 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi yang dihadkan pada 280 km/j. 


Sistem elektriknya dibantu oleh bateri berkapasiti 6.1 kWj yang berprestasi tinggi dan memberikannya jarak perjalanan EV sehingga 15 km. Bateri yang digunakan boleh dicas dengan pengecas AC on-board 3.7 kW. 


Mercedes-AMG C63 S E Performance diberikan sistem suspensi spring keluli AMD RIDE CONTROL dengan peredam adaptif. Lapan mod pemanduan AMG DYNAMIC SELECT ditawarkan iaitu Electric", "Comfort", "Battery Hold", "Sport", "Sport+", "RACE", "Slippery" dan "Individual."


REKAAN MERCEDES-AMG C63 S E PERFORMANCE F1 EDITION


MB-AMG-C63-S-E_-(13).jpgMB-AMG-C63-S-E_-(81).jpgMB-AMG-C63-S-E_-(14).jpgMB-AMG-C63-S-E_-(17).jpg


Dari segi dimensi, Mercedes-AMG C63 S E Performance berukuran  4,842 mm (panjang), 2,033 mm (lebar), 1,458 mm (tinggi) dan dengan jarak antara roda 2875 mm. 


Untuk versi istimewa, F1 Edition, gaya yang diketengahkan adalah lebih agresif dan menonjol dengan kemasan dan aksen merah pada kit badan dan rim. Edisi ini diberikan cat badan eksklusif, berwarna kelabu alpine MANUFAKTUR dengan aksen merah pada bahagian sisi, apron depan dan belakang. Lengkungan rodanya lebar, dengan rim aloi ringan 10 jejari AMG berukuran 20 inci berwarna hitam matte. Model ini menggunakan kaliper brek merah yang menyerlahkan lagi aura sportynya. 


Model ini diberikan pakej aerodinamik AMG yang terdiri daripada splitter depan, pelekap sisi outlet udara dan diffuser, semuanya dalam warna hitam berkilat. Berat bersih model ini ialah 2165 kg, atau kira-kira 400 kg lebih berat berbanding model terdahulu. 


KABIN MERCEDES-AMG C63 S E PERFORMANCE F1 EDITION


MB-AMG-C63-S-E_-(64).jpgMB-AMG-C63-S-E_-(20).jpgMB-AMG-C63-S-E_-(42).jpg


Ruang kabin Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition padat dengan teknologi canggih. Antara kelengkapan dan teknologi yang diberikan ialah sistem infotainmen 11.9 inci kawalan sentuhan yang boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay dan memiliki fungsi navigasi satelit. Di sebalik stereng, terdapat kluster instrumen digital berukuran digital 12.3 inci. 


MB-AMG-C63-S-E_-(49).jpg

MB-AMG-C63-S-E_-(38).jpgMB-AMG-C63-S-E_-(41).jpg


Ciri lain ialah bumbung suria panoramik, papar pandu (HUD), sistem audio Burmester 3D, tempat duduk hadapan jenis sport AMG yang boleh dilaraskan secara automatik, pencahayaan ambien, pengecas telefon tanpa wayar, dan pakej AMG Track Pace. Untuk simpanan, ruang kargonya berkapasiti 280 liter. 


CIRI KESELAMATAN MERCEDES-AMG C63 S E PERFORMANCE F1 EDITION


Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition didatangkan  dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk GUARD 360 ° Vehicle protection, sistem PRE-SAFE®, PRE-SAFE® Impulse Side, Driving Assistance Package Plus, Active Distance Assist DISTRONIC, Active Lane Keeping Assist, Active Steering Assist dan sebagainya. Cir keselamatan lain seperti PARKTRONIC Parking Package dengan Active Parking Assist serta Active Parking Assist, dan Memory Parking Assist. 


HARGA MERCEDES-AMG C63 S E PERFORMANCE F1 EDITION 


Model ini ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada  RM958,888, atas jalan, tanpa insurans.  


MB-AMG-C63-S-E_-(3).jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

19-11-2025
Kereta Baru

04-07-2024
Global

14-08-2023
Global

26-10-2022
Global

22-09-2022
Global

07-08-2023
Kereta Baru

30-09-2026
EV

17-09-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.