PHEV Chery Fulwin T10 Catat Rekod Dunia! Capai Perjalanan 2,100 KM Tanpa Berhenti

Syarikat automotif China, Chery, telah mencatat rekod dunia dengan model terbarunya, Chery Fulwin T10, yang berjaya mencipta rekod Guinness World Record untuk jarak perjalanan terpanjang dengan SUV plug-in hybrid (PHEV) tanpa henti untuk sesi pengecasan atau mengisi minyak.
Perjalanan Dari Shangri-La ke Zhuhai


Fulwin T10 memulakan perjalanan dari Shangri-La City di wilayah Yunnan pada 17 Julai, melalui Kunming, Baise dan Zhanjiang, sebelum tiba ke destinasi terakhir di Zhuhai pada 20 Julai.
Secara keseluruhannya, Fulwin T10 mencatat jarak perjalanan lebih 2,100 km, lebih 300 km berbanding rekod sebelumnya.
Trenkuasa & Prestasi Chery Fulwin T10

Chery Fulwin T10 dijangka dilancarkan di China hujung bulan ini dalam dua pilihan rangkaian kuasa iaitu versi pacuan roda depan (FWD) dan pacuan semua roda (AWD). Kedua-dua versi ini dilengkapi dengan sistem Chery Kunpeng Super Hybrid C-DM PHEV yang menggunakan enjin 1.5 liter 4 silinder turbo dengan output 154 hp dan 220 Nm.


Untuk versi FWD, enjin 1.5T ini dipadankan dengan satu motor elektrik untuk menghasilkan output sistem keseluruhan sebanyak 375 hp dan 610 Nm. Sementara itu, model AWD yang juga spesifikasi tertinggi mendapat motor tambahan untuk menghasilkan output sistem keseluruhan sebanyak 610 hp dan 960 Nm, membolehkan SUV tiga baris ini memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 4.9 saat, dengan kelajuan maksimum yang dihadkan pada 240 km/j.
Bateri & Pengecasan

Kedua-dua varian Fulwin T10 dilengkapi dengan bateri CATL berkapasiti 34.46 kWj yang memberikan jarak EV sehingga 210 km (CLTC). Tidak seperti kebanyakan PHEV lain, Fulwin T10 menyokong kaedah pengecasan DC dan AC, dengan pengecasan DC dihadkan pada 71 kW, yang membolehkan pengecasan 30-80% diselesaikan dalam hanya 18 minit.
Kabin & Teknologi

Selain perbezaan rangkaian kuasa, Fulwin T10 juga hadir dalam dua konfigurasi tempat duduk, iaitu versi lima tempat duduk yang disusun dalam dua baris dan pilihan enam tempat duduk tiga baris.
Baca: [PANDU UJI] Chery Tiggo 7 Pro: Banyak Ciri Hebat Tapi Harga Marhaen, Ini 6 Kelebihannya...
Secara standard, kabin T10 dilengkapi dengan teknologi terkini, termasuk dua skrin berukuran 24.6 inci dan papar pandu (HUD) berukuran 50 inci yang menyokong fungsi AR. Sistem yang digunakan dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8155.
Kredit foto: CarNewsChina & DongCheDi
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT7468
SELANGOR
BSU3867
JOHOR
JF6365J
PULAU PINANG
PSG3972
PERAK
APM2142
PAHANG
CFJ874
KEDAH
KGJ4505
NEGERI SEMBILAN
NEM2670
KOTA KINABALU
SJU5337
KUCHING
QAB7486P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026
Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.
21-04-2026
Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27
Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.
13-01-2026
Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang
Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.
26-12-2025
Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700
Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.
04-12-2025
Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza
Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.
12-11-2025
Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik
Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.
23-10-2025
Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan
Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.
21-10-2025
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


