Project Midnight: Jentera WRX Paling 'Menggerunkan' Pernah Dihasilkan Subaru

Subaru bakal mempamerkan ciptaan terbaru mereka di Goodwood Festival of Speed yang diadakan di England. Projek terbaru daripada Subaru yang dikenali sebagai 'Project Midnight' ini dikatakan sebagai WRX dengan prestasi tertinggi yang pernah dihasilkan. Apa rahsianya?
Kerjasama Subaru dan Vermont SportsCar

Project Midnight WRX (kiri) dibangunkan berdasarkan Airslayer Gymkhana (kanan).
Project Midnight WRX yang dibangunkan hasil kerjasama Subaru Motorsport USA dan pembina kereta lumba terkenal, Vermont SportsCar ini diilhamkan daripada jentera Airslayer Gymkhana yang dihasilkan sebelum ini berdasarkan model Subaru WRX STI 2020.
Airslayer pernah menjadi ‘bintang’ dalam video viral, Gymkhana 2020, mempamerkan aksi mendebarkan termasuk terjunan setinggi 230 kaki.
Enjin Berprestasi Tinggi


Berbeza dengan WRX standard, Project Midnight WRX menggunakan enjin ‘Boxer’ berpengecas turbo 4 silinder 2.0 liter yang telah diberikan talaan semula sehingga boleh menghasilkan 670 hp dan 920 Nm, menjadikannya sebuah kereta sport yang menggerunkan.
Pengurangan Berat


Project Midnight WRX juga menjalani ‘program diet ketat’ yang menjadikannya 136 kg lebih ringan berbanding Airslayer Gymkhana dan 454 kg lebih ringan daripada WRX standard.
Pengurangan berat ini dicapai melalui penggunaan gentian karbon dan casis yang diringankan selain kehadiran kit badan aero agresif seperti spoiler rali yang besar di belakang, fender yang lebar dan sayap depan dengan beberapa sirip kecil dan canard.
Persediaan untuk Pendakian Bukit Goodwood


Untuk cabaran mendaki bukit Goodwood, jurutera Subaru dan Vermont SportsCar telah memasang suspensi khas dan rim 18 inci dengan tayar Yokohama.
Pemandu Berpengalaman

Juara rallycross dan bekas pelumba Formula One (F1), Scott Speed, akan memandu Project Midnight WRX di Goodwood. Speed menyatakan, "Subaru Motorsports USA dan pasukan di Vermont SportsCar telah menghasilkan sebuah kereta yang hebat. Memandu kereta ini memberikan pengalaman yang unik dengan cengkaman luar biasa, separuh RX, separuh kereta sport—pemanduannya adalah satu kegembiraan yang sebenar."
Subaru WRX Project Midnight akan dipamerkan di Goodwood Festival of Speed 2024, yang dijadualkan berlangsung mulai 11 Julai.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8215
SELANGOR
BSU3986
JOHOR
JF6629J
PULAU PINANG
PSG4133
PERAK
APM2293
PAHANG
CFJ1053
KEDAH
KGJ4585
NEGERI SEMBILAN
NEM2740
KOTA KINABALU
SJU5414
KUCHING
QAB7512P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Subaru WRX STI S210 Hanya Ada 500 Unit, Siri S Pertama Guna CVT
Subaru membawa masuk model berprestasi tinggi yang diasaskan daripada WRX S4 STI Sport R EX, Subaru WRX STI S210.
13-01-2025
Subaru Forester Facelift Dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023
Subaru Forester GT facelift 2023 dengan kit badan GT khas telah dipamerkan di booth Subaru MAS 2023.
09-05-2023
Subaru WRX Akan Dipasarkan Ke Amerika Syarikat Tidak Lama Lagi
Subaru Corporation mendedahkan Subaru WRX yang bakal menembusi pasaran Amerika Syarikat.
13-10-2021
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

