Suzuki Dedahkan Kei Car Ranggi, Spacia Gear – Ada 'Bumbung Boleh Tarik'

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran automotif Jepun telah dilanda ‘demam’ untuk menghasilkan Kei car ranggi. Demam ini semakin menular dengan kemunculan Kei car ranggi terbaru, Suzuki Spacia Gear.
Reka Bentuk Ranggi



Berbeza dengan kereta konsep Spacia Papa Boku Kitchen yang diperkenalkan di Tokyo Auto Salon tahun ini, Spacia Gear hadir dalam rekaan yang agak berbeza. Wajah depannya tampil unik dengan lampu LED bulat, slit krom menegak pada gril hadapan, dan panel pelindung atau skid plate pada bampar bawah untuk penampilan yang lasak.


Selain itu, Spacia Gear diberikan pelindung bawah badan atau underbody cladding, rel bumbung dan rim aloi 15 inci berwarna kelabu gelap. Untuk melengkapkan penampilan ranggi model ini, pintu but belakang Spacia Gear juga dipasangkan dengan skid plate di bahagian bawah. Pada sudut belakang ini juga terpapar logo ‘Gear’.
Kabin yang Praktikal & Tahan Lasak

Di dalam, Spacia Gear tidak kelihatan jauh berbeza daripada model standardnya, kecuali penggunaan fabrik kalis air untuk semua tempat duduk dan kemasan dalaman. Selain itu, Spacia Gear juga diberikan penutup ruang kargo yang tahan lasak, beberapa port pengecas USB tambahan, pilihan tambahan stereng dengan fungsi pemanas dan banyak lagi.
Aksesori Off-Road Tambahan

Untuk menjadikan Kei car ini lebih bersedia untuk pengembaraan, Suzuki Jepun menawarkan pelbagai aksesori tambahan lain. Ini termasuk decal khas pada bahagian luar, rak bumbung, awning fabrik yang boleh ditarik untuk dijadikan bumbung semasa bersantai di luar kenderaan, pembawa haiwan peliharaan, jaring nyamuk untuk pintu dan tingkap, serta set kusyen yang boleh mengubah ruang kabin menjadi tempat tidur yang selesa untuk dua orang.
Spesifikasi Enjin
Walaupun Suzuki tidak mendedahkan spesifikasi enjin Spacia Gear, Kei car ranggi ini dijangka didatangkan dalam spesifikasi yang sama seperti model Spacia lain. Sebagai makluman, Spacia standard menggunakan enjin 660 CC 3 silinder yang dibantu oleh sistem hibrid ringkas (MHEV) 48 volt untuk menghasilkan sama ada 48 hp atau 80 hp. Pembeli juga boleh memilih antara versi pacuan roda depan (FWD) atau pacuan semua roda (AWD). Kedua-duanya didatangkan standard dengan transmisi automatik CVT.
Harga Jualan di Pasaran

Harga Suzuki Spacia Gear dijangka akan diumumkan akhir tahun ini, dengan sedikit kenaikan berbanding model Spacia biasa.
Selain Suzuki Hustler Tough Wild yang diperkenalkan awal tahun ini, Spacia Gear juga akan bersaing dengan Kei car ranggi lain seperti Daihatsu Tanto Funcross dan Mitsubishi Delica Mini.
Baca: [PANDU UJI] Suzuki Jimny Rhino – Model Retro & Ranggi Yang Seronok Dipandu
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kenapa Kei Car Tak Boleh Dijual Di Malaysia? Ini Sebab Sebenarnya
Sangat Popular Di Jepun, Tapi Kenapa Kei Car Dilarang Dijual Di Malaysia?
13-08-2026
[FOTO] K-Car Ranggi & Lasak Terbaharu Mitsubishi, Delica Mini 2023, Ini Yang Kita Tahu...
Sempena ulang tahun ke-55 Mitsubishi, jenama kereta Jepun ini telah mengeluarkan Kei car terbaharu.
08-11-2022
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
