Suzuki Jimny 5 Pintu Kini Rasmi di Malaysia – Lebih Luas! Dari RM199,950

Naza Eastern Motors sebentar tadi telah melancarkan secara rasmi Suzuki Jimny 5 Pintu bagi pasaran Malaysia. Jentera off-road ini telah membuat penampilan global pertamanya di India tahun lalu sebagai kesinambungan kepada Jimny 3 Pintu. Untuk Malaysia, model ini ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM199,950, atas jalan, tidak termasuk insurans.
DIMENSI & REKA BENTUK SUZUKI JIMNY 5 PINTU


Berbanding versi 3 Pintu yang asal, Jimny 5 Pintu telah dipanjangkan sebanyak 340 mm menjadikannya berukuran 3,985 mm panjang, 1,645 mm lebar dan 1,720 mm tinggi. Jarak roda ialah 2,590 mm, memberikan lebih ruang kaki di belakang serta ruang but yang lebih besar, bertambah daripada 85 liter pada model standard kepada 211 liter, dengan tempat duduk belakang dilipat, kapasiti simpanan bertambah kepada 322 liter, ini secara tidak langsung menjadikannya sebagai pilihan yang lebih praktikal.
-full.webp)
Di bahagian luar, reka bentuk keseluruhan Jimny 5 Pintu masih sama seperti Jimny standard. Gaya retro dengan bentuk ‘kotak’ yang sinonim dengan model ini masih lagi dikekalkan. Bagaimanapun, terdapat beberapa aksesori tambahan diberikan untuk Jimny 5 Pintu iaitu kemasan krom tambahan pada gril hadapan, serta rim 15 inci dengan jejari berbentuk Y.

Model ini ditawarkan di pasaran dalam warna Bluish Black Pearl, Granite Gray Metallic, Chiffon Ivory Metallic (dengan bumbung hitam), Sizzling Red Metallic (dengan bumbung hitam) dan warna eksklusif Jimny, Jungle Green.
KABIN SUZUKI JIMNY 5 PINTU
-full.webp)


Sentuhan ringkas di bahagian kabin masih dikekalkan, tetapi terdapat beberapa peningkatan diberikan seperti skrin infotainmen bersaiz 9 inci yang lebih besar berbanding 7 inci pada versi 3 Pintu. Sistem ini boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Ciri lain ialah tempat duduk belakang yang boleh dilipat 50:50.
-full.webp)
TRENKUASA & PRESTASI SUZUKI JIMNY 5 PINTU

-full.webp)
Aspek mekanikal Jimny 5 Pintu tidak diberikan sebarang perubahan. Versi ini masih lagi menggunakan enjin yang sama dengan model standard iaitu petrol 1.5 liter K15B aspirasi natural yang menghasilkan 101 hp pada 6,000 rpm dan tork 130 Nm pada 4,000 rpm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik empat kelajuan, pilihan transmisi manual lima kelajuan tidak ditawarkan di pasaran Malaysia. Jimny 5 Pintu juga dilengkapi sistem pacuan empat roda separuh masa AllGrip Suzuki dengan gear pemindahan jarak rendah (2H, 4H dan 4L).
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Sebagai sebuah model off-road, jarak kelegaan tanahnya yang sudah sedia tinggi kekal pada 210 mm. Namun begitu, dengan badan yang lebih panjang, sudut sua (approach angle) dan sudut berlepas (departure angle) model ini masing-masing berkurang kepada 36 dan 47 darjah. Untuk makluman, Jimny 3 Pintu memiliki angka sudut sua dan sudut berlepas yang lebih baik, masing-masing pada 28 dan 49 darjah.
CIRI KESELAMATAN JIMNY 5 PINTU

Dari segi keselamatan Jimny 5 Pintu diberikan kamera undur, serta pelbagai ciri keselamatan yang penting seperti enam beg udara, ABS, program kestabilan elektronik (ESP), bantuan turun bukit, bantuan brek dan banyak lagi. Turut disediakan ialah sensor parkir belakang.

HARGA JUALAN SUZUKI JIMNY 5 PINTU
Di Malaysia, dua versi Suzuki Jimny ditawarkan, termasuk Jimny tiga pintu yang biasa pada harga RM158,900, serta edisi terhad, Jimny Rhino pada harga RM174,900. Kedua-dua varian menggunakan enjin 1.5 liter yang sama, dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan.
Versi yang baru dilancarkan ini, Suzuki Jimny 5 Pintu adalah model CBU yang diimport dari India. Model ini dijangka akan mencuri perhatian lebih ramai peminat jentera ranggi atau berkemampuan off-road yang praktikal kerana menawarkan ruang kabin dan kargo yang lebih luas. Suzuki Jimny 5 Pintu ditawarkan di Malaysia pada harga RM199,950 hingga RM205,000 (bergantung kepada warna). Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tidak termasuk insurans.
Baca: [PANDU UJI] Suzuki Jimny Rhino – Model Retro & Ranggi Yang Seronok Dipandu
Baca: Tempahan Suzuki Jimny 5 Pintu Kini Dibuka – Dilancarkan di Malaysia Tidak Lama Lagi
-full.webp)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Suzuki Fronx Dilancarkan Di Malaysia – Hibrid Pintar, Dari RM147,888
Naza Eastern Motors, pengimport dan pengedar rasmi Suzuki di Malaysia, hari ini secara rasmi melancarkan model crossover kompak terbaru, Suzuki Fronx.
18-11-2025
Suzuki Swift Sport ‘Final Edition’ Dilancar, Harga Cuma RM137,900
Pengimport dan pengedar kereta Suzuki tempatan, Naza Eastern Motors (Suzuki Cars Malaysia) melancarkan Suzuki Swift Sport baru-baru ini.
25-08-2025
Suzuki Jimny Artic Edition Dilancarkan – Putih Mutiara Yang Menyerlah, Dari RM167,900
Naza Eastern Motors, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Suzuki, telah memperkenalkan Suzuki Jimny Artic Edition yang eksklusif.
19-11-2024
Tempahan Suzuki Jimny 5 Pintu Kini Dibuka – Dilancarkan di Malaysia Tidak Lama Lagi
Pengimport dan pengedar rasmi kereta Suzuki di Malaysia, Naza Eastern Motors, akhirnya membuka tempahan untuk Suzuki Jimny 5-Pintu.
22-04-2024
Beli Atau Langgan? Cara Baharu Pandu Suzuki Jimny & Fronx Tanpa Beban Hutang
Gaya Hidup Baharu: Kenapa Ramai Pembeli Kereta Kini Beralih Kepada Pelan Langganan?
29-07-2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

