ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Varian Asas EV Lotus Eletre Kini Kembali Di Pasaran – Capai 603 HP! Cecah 600 KM! Dari RM598,800

Sofea Najmi

Kongsi melalui

YOUR_ELETRE.jpg

Lotus Eletre 2024.

Lotus Cars Malaysia (Lotus Karz Sdn Bhd) telah mengumumkan kehadiran semula varian asas, Lotus Eletre 2024, di pasaran Malaysia selepas jualannya dihentikan pada September 2023. 


Varian asas SUV elektrik yang pertama daripada jenama kereta sport British ini kini ditawarkan pada harga baharu yang bermula daripada RM598,800, berbanding harga asal yang diumumkan pada April tahun lalu iaitu RM578,000. 


Bateri Berkapasiti Tinggi & Pengecasan Pantas 


YOUR_ELETRE-2.jpg


Varian asas Eletre menggunakan pek bateri 112 kWj yang menyokong pengecasan pantas DC sehingga 350 kW. Ini membolehkan bateri dicas dari 10-80% dalam masa hanya 20 minit. Menurut Lotus Cars Malaysia, satu cas penuh membolehkannya menempuhi perjalanan sejauh 600 km (WLTP).


Capai 603 HP!


YOUR_ELETRE-4.jpg


Walaupun sebuah ‘varian asas’, varian ini masih menjanjikan prestasi yang hebat seperti Eletre S. Kedua-duanya berkongsi sistem motor tunggal sama yang menghasilkan 603 hp dan 710 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.5 saat.


Kemasan & Kelengkapan Varian Asas Lotus Eletre 2024 


Apa yang membezakan varian asas Eletre daripada varian S dan R adalah kemasan dan kelengkapannya. 


Didatangkan secara standard ialah rim lima jejari 20 inci dan kaliper brek quad-piston. Pilihan rim 22 inci diamond-turned dan kaliper brek enam piston yang lebih besar tersedia sebagai pilihan tambahan pada harga RM30,000. 


Pilihan lain termasuk Optimisation Pack yang memberikan kelengkapan tambahan lain iaitu kamera sisi (menggantikan cermin) dan spoiler belakang aktif.


Turut diumumkan adalah kehadiran dua pilihan warna badan baharu iaitu Akoya White dan Cinnabar Red, sebagai tambahan kepada warna lain iaitu Kaimu Grey, Solar Yellow, Natron Red, Galloway Green, Stellar Black dan Blossom Grey.


Kabin Varian Asas Lotus Eletre 2024 


Lotus-Eletre-43.jpgLotus-Eletre-42.jpgLotus-Eletre-72.jpg


Ditawarkan sebagai ciri standard adalah pakej hiburan yang menurut Lotus Cars Malaysia sebagai yang ‘terbaik’ disediakan. Ini termasuk sistem audio KEF Premium 15 speaker 1,380-watt dengan teknologi audio keliling Uni-Q.


Kelengkapan standard lain adalah balutan kulit Nappa, papar pandu (HUD), panel instrumen digital skrin nipis berukuran 12.6 inci, pad pengecas tanpa wayar Qi, kamera 360 darjah, port USB-C depan dan belakang, serta bukaan but automatik. 


Ciri Keselamatan Varian Asas Lotus Eletre 2024 


YOUR_ELETRE-3.jpg


Varian asas Eletre juga dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) yang memberikannya kemampuan pemanduan separa autonomi. 


Model ini hadir dengan ciri kawalan pelayaran adaptif pintar (ACC), sistem pemantauan pemandu, amaran pelanggaran belakang, amaran lintasan trafik belakang (RCTA), amaran lintasan trafik hadapan (FCTA), amaran keluar lorong, bantuan kekal lorong, sistem pemantau titik buta, bantuan parkir dan kawalan casis dinamik pintar Lotus. 


Harga Jualan & Jaminan Lotus Eletre 2024 


Emira-@-Lotus-Store-5.jpg


Seperti yang dimaklumkan di awal artikel, Eletre versi asas ini dipasarkan pada harga yang bermula daripada RM598,800. Harga yang dinyatakan adalah harga asas yang tidak termasuk pilihan tambahan lain dan kos di atas jalan raya. Walau bagaimanapun, ini adalah termasuk jaminan pengeluar 5 tahun atau 150,000 km serta jaminan bateri EV 8 tahun atau 200,000 km. 


Sementara itu, varian lain, seperti yang diumumkan pada September tahun lalu turut dipasarkan pada harga lebih tinggi berbanding harga asal yang didedahkan ketika pelancarannya pada bulan April 2024. Varian pertengahan, Eletre S dipasarkan pada harga RM698,000 dan varian tertinggi, Eletre R, pada RM838,000. 


Pembelian dan tempahan boleh dibuat di Lotus Store yang terletak di Pavilion Damansara Heights.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

21-08-2025
EV

04-04-2025
Berita Auto

15-11-2024
Berita Auto

13-03-2024
EV

30-12-2023
Berita Auto

18-09-2023
EV

13-04-2023
Gaya Hidup

30-08-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.