Box S31: Ada 2 Varian, Harga Bawah RM115K, OK Tak?

Satu lagi jenama dari China, DongFeng Box S31 dijangka dilancarkan selewat-lewatnya pada Oktober ini.
Difahamkan, Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) melalui anak syarikatnya Central Auto Distributors Bhd (CADB), telah mengambil alih pengedaran untuk jenama Cina DongFeng.
Untuk itu, CADB telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB) untuk menjadikan Malaysia pusat serantau bagi pengeluaran dan pemasangan kenderaan elektrik (EV), Dongfeng Box S31.

Dikhabarkan juga, CADB, akan memberi tumpuan kepada EV dan model hibrid, dan merancang untuk melancarkan tiga model: MPV, SUV mini dan SUV, pada tahun depan.
Buat masa ini, model pertama yang dipasarkan oleh CADB ialah DongFeng Box S31 yang dikenali sebagai Dongfeng Nammi 01 di pasaran China.
Bagaimanapun, CariCarz.com berpeluang melihat salah satu daripada lima versi pra-pengeluaran Dongfeng Box S31 di ibu pejabat PEKEMA yang terletak di Cyberjaya, baru-baru ini.
Unit-unit ini telah dibawa masuk untuk memperhalusi perjalanan dan pengendalian mereka agar sesuai dengan jalan raya Malaysia.
Memandangkan ia masih model pra-pengeluaran, beberapa bahagian Box S31, seperti lampu depan, dilihat masih menggunakan penjenamaan Nammi.
Menurut CADB, mereka akan menawarkan kedua-dua varian seperti mana yang ditawarkan di China: varian Standard dan model Long Range.


Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh motor tunggal yang dipasang pada gandar depan (FWD) dengan kuasa 94 hp (70 kW) dan 160 Nm.
Selain itu, varian Standard Range menggunakan pek bateri LFP 31.45 kWj manakala varian lebih tinggi, Long Range, menggunakan bateri 42.3 kWj yang lebih besar.
Ini bermakna, varian Standard menawarkan jarak EV maksimum 330 km (CLTC), manakala varian Long Range mempunyai jarak EV lebih jauh iaitu 430 km (CLTC).
Kelajuan tertinggi pula ialah 140km/j.

Dari segi dimensi, Dongfeng Box S31 berukuran 4,030 mm panjang, 1,810 mm lebar, 1,570 mm tinggi dan mempunyai jarak antara roda 2,660 mm.
Menjengah bahagian luarannya, ia didatangkan dengan pemegang pintu jenis bersembunyi, cermin tingkap tanpa bingkai, lampu depan dan lampu belakang jenis LED.
Sementara itu, bahagian dalamannya pula dihiasi dengan d bahan kulit lembut.


Ia juga akan dilengkapi dengan paparan kluster instrumen bersaiz 5-inci, paparan infotainmen 12.8-inci, dan ADAS yang dinilai Tahap 2.


Apa yang cukup menarik ialah sistem infotainmennya menampilkan pilihan bahasa Melayu.
Dalam pada itu, CADB mendedahkan bahawa harga DongFeng Box S31 adalah sekitar RM110,000 dan RM115,000.
Pemasangan tempatan untuk Dongfeng akan bermula suku ketiga tahun depan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9073
SELANGOR
BSU4086
JOHOR
JF6941J
PULAU PINANG
PSG4245
PERAK
APM2413
PAHANG
CFJ1132
KEDAH
KGJ4650
NEGERI SEMBILAN
NEM2780
KOTA KINABALU
SJU5480
KUCHING
QAB7531P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge