Cycle &Carriage Bakal Edar Kereta Stellantis, Mula Dengan Peugeot

Jenama Peugeot yang berada di bawah Stellantis Malaysia mengorak setapak ke hadapan apabila syarikat itu memeterai kerjasama dengan pengedar jenama Mercedes-Benz, Cycle & Carriage dalam satu majlis yang diadakan di Petaling Jaya, pagi tadi.
Menerusi hasil kerjasama itu, ini akan menyaksikan bahawa Cycle& Carriage menambah Peugeot ke dalam portfolio jenamanya.

Langkah itu juga adalah seiring daripada usaha pengembangan berterusan Stellantis Malaysia untuk jenama Peugeot.
Sementara itu, Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Morais berkata, pihaknya cukup berbesar hati untuk mengalu-alukan rakan pengedar baharu mereka ke dalam rangkaian yang semakin berkembang.

“Ini adalah bukti komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan yang luar biasa dan memperluaskan jangkauan kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan,” katanya.


Difahamkan, dua bilik pameran sedia ada Cycle & Carriage yang terletak di Cheras dan Batu Caves akan mula mempamerkan dan menjual kenderaan Peugeot di bawah satu bumbung selewat-lewatnya suku keempat tahun ini.
Selain itu, Cycle& Carriage akan mengedarkan semua jenama yang berada di bawah Stellantis Malaysia, dengan memperluaskan rangkaian pengedarnya di kawasan Utara dan Selatan Semenanjung menjelang 2025 nanti.

Malah, pihak C&C juga akan mewujudkan ruang untuk jenama Peugeot baharu di cawangannya yang terletak di Pulau Pinang,
Hasil kerjasama ini dilihat seiring dengan misi berterusan Stellantis Malaysia untuk mengembangkan rangkaiannya di seluruh negara, dengan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 30 cawangan akan beroperasi pada penghujung tahun ini.
Untuk makluman, selain daripada jenama Peugeot, Stellantis Malaysia juga dikatakan sudah bersedia untuk memperkenalkan jenama kenderaan elektrik, Leapmotor .
Ia adalah sebuah jenama baharu yang berpangkalan di China dan turut dimiliki oleh Stellantis kerana memegang kepentingan 51% saham.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Gandingan Dua Gergasi: Kia Malaysia Lantik Cycle & Carriage Sebagai Pengedar Baharu
Kia Sales Malaysia lantik Cycle & Carriage sebagai pengedar sah, perkukuh rangkaian jualan.
08-05-2026
C&C Mercedes-Benz Batu Caves Berwajah Baharu – Lebih Canggih & Mesra Pelanggan
Cycle & Carriage (C&C), salah satu pengedar automotif tertua dan terbesar di Malaysia, telah merasmikan semula Pusat 2S Mercedes-Benz Batu Cave.
15-05-2025
Cycle & Carriage Cheras Kini Pamer Jenama Peugeot & Mercedes-Benz Di Bawah Satu Bumbung
Pengedar kereta premium tempatan, Cycle & Carriage, minggu ini telah merasmikan cawangan di Jalan Cheras (Cycle & Carriage Cheras) yang telah dinaiktaraf.
25-10-2024
C&C Anjur Acara Jelajah Pertama Peugeot – Diskaun Hingga RM42,000!
Cycle & Carriage menganjurkan jerayawara (roadshow) jenama Peugeot selama dua bulan, sehingga 16 November ini.
06-10-2024
Cycle & Carriage Rasmi Pembukaan Pusat 2S Sungai Pinang
Cycle & Carriage baru-baru ini melancarkan autohaus ke-12 di Malaysia, Cycle & Carriage Sungai Pinang.
02-07-2024
Cycle & Carriage Mutiara Damansara Diiktiraf Pengedar Automotif Paling Lestari
Cycle & Carriage Mutiara Damansara, telah menerima Pengiktirafan Perak GreenRE.
19-09-2023
Pusat Badan & Cat C&C Glenmarie Terima Akredasi Tertinggi Mercedes-Benz
Pusat servis Cycle And Carriage (C&C) Mercedes-Benz di Glenmarie telah ditingkatkan kepada status akreditasi tertinggi Mercedes-Benz.
05-05-2023
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat