EV Off-Road, Jaecoo J6 Sudah Boleh Ditempah Di Thailand – Malaysia Seterusnya?
-full.webp)
Malaysia mungkin pasaran pertama di rantau ASEAN yang telah ditembusi oleh jenama Jaecoo, namun nampaknya, negara jiran kita, Thailand dulu yang dapat merasai SUV elektrik lasak Jaecoo J6 selepas tempahannya kini dibuka secara rasmi di negara tersebut, lapor portal automotif Thailand, Headlightmag. Untuk pasaran Thailand, dua varian Jaecoo J6 ditawarkan iaitu Long Range 2WD dan Long Range 4WD.
Penampilan Pertama di Malaysia Autoshow

Jaecoo J6 pertama kali diperlihatkan di Malaysia Autoshow pada awal tahun ini semasa pameran automotif, Malaysia Autoshow. Model ini sebenarnya adalah versi Jaecoo bagi iCar 03, sebuah sub-jenama milik Chery. Dengan reka bentuk yang berkotak tetapi lasak, J6 menjanjikan kemampuan off-road yang mantap, dengan jarak kelegaan tanah setinggi 170 mm.
Dimensi Jaecoo J6


Dari segi dimensi, Jaecoo J6 berukuran 4,406 mm panjang, 1,910 mm lebar dan 1,715 mm tinggi, dengan jarak roda 2,715 mm, menjadikannya kelihatan lebih kecil berbanding SUV EV segmen B lain yang dijual di pasaran kita seperti Chery Omoda E5 dan GAC Aion Y Plus.
Kabin Jaecoo J6



Di bahagian kabin, J6 di Thailand dijangka hadir dengan senarai teknologi yang sama seperti model kembarnya, iCar di China. Ini termasuk kluster instrumen digital 9.2 inci, skrin infotainmen tengah 15.6 inci yang dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 8155, pengecas tanpa wayar 50 watt, pilihan sistem audio Infiniti 12 speaker dan banyak lagi.
Rangkaian Kuasa & Prestasi EV Jaecoo J6
-full.webp)
Seperti yang dinyatakan tadi, pasaran Thailand akan menerima dua varian Jaecoo J6, yang mana model asas, Long Range 2WD dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang dipasang di belakang (RWD) dengan output 181 hp (135 kW) dan 220 Nm. Sementara itu, varian Long Range 4WD yang lebih premium merupakan sebuah jentera pacuan semua roda (AWD) dua motor yang memberikan jumlah kuasa keseluruhan 275 hp (205 kW) dan 385 Nm.
-full.webp)
-full.webp)
Untuk bateri, J6 Long Range 2WD hadir dengan bateri litium besi fosfat (LFP) 65.69 kWj yang memberikan jarak sejauh 371 km berdasarkan kitaran WLTP, manakala model 4WD mempunyai bateri 69.77 kWj yang memberikan jarak perjalanan lebih pendek iaitu 364 km. Kedua-dua varian menyokong pengecasan AC 6.6 kW dan DC 80 kW, serta fungsi vehicle-to-load (V2L) yang boleh membekalkan kuasa hingga 3.3 kW.
Penghantaran dan Harga Jaecoo J6

Penghantaran SUV EV Jaecoo J6 dijangka bermula pada akhir tahun ini, dengan harga yang dianggarkan bermula daripada THB 1.099 juta (~RM138,371) untuk varian Long Range 2WD dan THB 1.249 juta (~RM157,257) untuk varian Long Range 4WD.
Kedatangan ke Malaysia pada 2025
Jaecoo Malaysia telah mengesahkan bahawa J6 akan tiba di Malaysia pada tahun 2025, namun tarikh tepat masih belum dinyatakan. Sebelum itu, kita mungkin akan menyaksikan kemunculan SUV bersaiz sederhana, J8, sebagai model kedua oleh Jaecoo Malaysia, setelah melancarkan Jaceoo J7 bulan lalu.
Baca: SUV Premium, Jeacoo J7 Kini Rasmi di Pasaran – CKD, Mampu Off-Road, dari RM138,800
Baca: JAECOO Malaysia Meterai Kerjasama Dengan 30 Wakil Pengedar
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2404
SELANGOR
BSU8098
JOHOR
JG8719J
PULAU PINANG
PSH2047
PERAK
APM7068
PAHANG
CFJ3315
KEDAH
KGJ7023
NEGERI SEMBILAN
NEM4982
KOTA KINABALU
SJU9746
KUCHING
QAB9429P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge