Harga Mampu Milik: Proton X70 Facelift 2025, Bermula Dari RM99K Sahaja

Pengeluar kereta Nasional PROTON melancarkan secara rasminya Proton X70 2025, di Mariott Hotel, Putrajaya, petang tadi.
Proton X70 2025 didatangkan dalam 4 varian: varian Standard dijual pada harga (RM98,800), Executive (RM110,800) Premium (RM123,800) dan Premium X (RM126,800).


Harga itu adalah berdasarkan harga atas jalan tanpa insuran.


Untuk makluman anda, 68 bulan selepas pelancarannya pada 12 Disember 2018, SUV pertama Proton telah dikemas kini secara menyeluruh untuk memacunya kembali ke kedudukan teratas dalam kelas SUV premium segmen C.
Mengikuti jejak pendahulunya, PROTON X70 2025 menerima reka bentuk luar yang cukup ketara dimana model facelift ini kelihatan lebih handsome.
Ia berikutan gril hadapannya lebih besar dengan elemen corak songket yang mengelilingi logo Proton serta diapit dengan lampu hadapan trapezoid baharu yang terdiri daripada 47 unit LED.

Selain itu, bampar hadapan dan fender hadapan baharu membuatkannya ia lebih agresif manakalaa bampar dan skirting belakang yang baharu juga turut menonjolkan bahagian belakangnya lebih bergaya.

Jentera sasa ini dilengkapi dengan reka bentuk roda aloi 19 inci yang mempamerkan reka bentuk dua tona yang baharu.
Menyentuh mengenai trenkuasanya pula, PROTON X70 2025 dikuasakan oleh enjin turbo 1.5-liter yang dipasang oleh PROTON di kilang enjin di Tanjong Malim, Perak.
Ini membolehkan ia menghamburkan kuasa setakat 177 PS dan tork 255Nm.
Enjinnya dipadankan dengan transmisi dual-klac 7-kelajuan bagi membolehkan pertukaran gear yang cepat, senyap dan empat peratus lebih menjimatkan bahan api.

Menjengah bahagian dalamannya pula, SUV itu hadir dengan padanan warna kelabu premium untuk varian 1.5 TD Premium dan Premium X.
Dua varian teratas juga menerima ciri pencahayaan ambien dalam bentuk lampu LED pada panel instrumen yang mempunyai 72 pilihan warna dan boleh bergerak mengikut irama muzik yang dimainkan.


Semua varian menerima skrin terapung 12.3 inci baharu yang menampilkan unit pemprosesan kuad teras ganda yang kuat, 4GB RAM dan 32GB ruang penyimpanan.
Ciri pengenalan suara yang membolehkan akses kepada pelbagai fungsi melalui arahan suara “Hi PROTON” juga dikekalkan untuk semua varian, seperti juga Sistem Penapis Udara Pintar Proton (PIAPS).

Apa yang cukup menarik ialah PROTON X70 2025 adalah model Proton pertama ang mempunyai perisian Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar dan berwayar yang telah dipasang sebelumnya, di mana pemilik dapat mengakses ciri-ciri ini setelah pengesahan rasmi diberikan.
Selain itu, sebagai salah satu kenderaan pertama yang memperkenalkan Sistem Bantuan Pemanduan Lanjutan (ADAS) kepada kelas SUV segmen C, PROTON X70 diiktiraf secara meluas sebagai perintis dalam sistem keselamatan aktif.
Difahamkan, Proton telah menambahkan ADAS 2.0 untuk varian Premium dan Premium X.
Sistem ini mempunyai 13 sistem keselamatan aktif yang terdiri daripada Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) dengan berhenti dan pergi dan Kawalan Pelayaran Pintar (ICC).


Antara ciri keselamatan yang turut terdapat dalam jentera ini ialah Amaran Perlepasan Laluan (LDW), Pencegahan Perlepasan Laluan (LDP),nKawalan Pusat Laluan (LCC), Bantuan Tukar Laluan (LCA), Amaran Trafik Silang Belakang (RCTA), Amaran Perlanggaran Belakang (RCW), Amaran Membuka Pintu (DOW), Maklumat Tanda Trafik (TSI), dan Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC).
Melengkapi peralatan ADAS adalah senarai panjang sistem keselamatan yang disertakan pada semua varian PROTON X70 2025.

Ini termasuk enam Airbag SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengedaran Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Auto Brake Hold, Kawalan Keselamatan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Bantuan Pegangan Bukit (HHA) dan Kawalan Turun Bukit (HDC).
Jadi, bagi meraikan pelancaran ini, PROTON menawarkan nilai tambah bernilai RM23,000 tanpa kos tambahan kepada 3,000 orang pelanggan pertama yang mendaftar PROTON X70 2025 mereka sebelum 31 Ogos 2024.
Model baharu itu juga datang dengan jaminan tanpa had selama lima tahun, pakej data lima tahun dengan 1GB sebulan, dan enam servis buruh percuma.
PROTON X70 2025 kini boleh ditempah secara dalam talian di https://www.proton.com/en/find-a-car/protonx70 dan di pusat pameran sah PROTON.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4381
SELANGOR
BSR6544
JOHOR
JA3846J
PULAU PINANG
PSD8517
PERAK
APJ9067
PAHANG
CFH1844
KEDAH
KGH1350
NEGERI SEMBILAN
NEK9485
KOTA KINABALU
SJT1297
KUCHING
QAB2144P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya
EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.
15-07-2026
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k
Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.
13-07-2026
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
