Isuzu Malaysia Tawar Isuzu Insurance Pro – Insurans Komprehensif, Kelulusan Pantas

Isuzu Malaysia memperkenalkan program insurans baharu khas untuk para pelanggan, Isuzu Insurance Pro. Program ini menawarkan perlindungan yang komprehensif bagi melindungi pemandu serta kenderaan Isuzu pelanggan.
Ditawarkan untuk Semua Model Isuzu


Isuzu Insurance Pro ditawarkan untuk semua kenderaan yang diedarkan oleh Isuzu dan pengedar sahnya, termasuk trak pikap D-Max Facelift 2024 serta barisan model trak tugasan ringan, sederhana dan berat seperti ELF, Forward dan Giga. Program ini juga meliputi kenderaan penggerak utama (prime movers).
Untuk Kenderaan Baharu & Pembaharuan Polisi
Program insurans ini ditawarkan untuk kenderaan yang baru dibeli atau sebagai pembaharuan polisi sedia ada. Insurans ini diselenggara oleh barisan panel daripada lima syarikat insurans dan takaful terkemuka, menjanjikan perlindungan yang pantas, mudah dan khusus untuk memenuhi keperluan pemilik Isuzu.
Faedah Isuzu Insurance Pro

Antara faedah yang ditawarkan oleh Isuzu Insurance Pro termasuk kelulusan pantas untuk tuntutan di bawah RM20,000, perkhidmatan tunda percuma sejauh 300 km untuk D-Max, serta tiga kali perkhidmatan tunda percuma sejauh 100 km untuk model ELF.
Selain itu, program ini juga menyediakan perlindungan untuk semua pemandu, elaun banjir, elaun kunci akibat kemalangan atau kecurian, perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM10,000 untuk kedua-dua pemegang polisi dan pemandu yang sah serta bantuan tepi jalan 24/7.
Pengecualian Bayaran 'Betterment & Excess'
Isuzu Insurance Pro turut menawarkan pengecualian bayaran tambahan untuk peningkatan bahagian kenderaan (betterment) serta pengecualian bayaran sendiri (excess) selama 10 tahun untuk model D-Max, dan untuk tahun pertama bagi trak Isuzu lain.
Alat Ganti Tulen Isuzu



Lebih penting lagi, tuntutan yang dibuat di bawah program ini akan diberikan alat ganti tulen Isuzu, asalkan kenderaan dibawa ke pusat servis Isuzu yang sah.
Baca: Isuzu D-Max Facelift 2024 Kini Rasmi di Malaysia – 5 Varian, Harga Dari RM98K
Pembelian Insurans
Pembelian Isuzu Insurance Pro boleh dilakukan bermula 5 Ogos melalui pengedar Isuzu yang sah di seluruh negara. Pelanggan yang mendaftar awal akan menerima hadiah eksklusif berupa cenderahati eksklusif Isuzu Insurance Pro. Untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila layari https://aftersales.isuzu.net.my/isuzu-insurance-pro/
Baca: Isuzu Dedah Prototaip Trak Pikap Elektrik D-Max – Bakal Lancar Tahun 2025
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Isuzu Malaysia Buka Pusat 4S Di Balakong – Serba Lengkap & Moden
Isuzu Malaysia merasmikan pembukaan Pusat 4S serba baharu di Balakong. Cawangan terbaru ini menjadi pusat jualan, servis, alat ganti serta baik pulih badan dan cat dikendalikan oleh SV Prestige Auto.
24-11-2025
Isuzu Buka Cawangan Di Kuantan, Pahang
Isuzu Malaysia meraikan pembukaan cawangan baharunya di Kuantan, Pahang, sebentar tadi.
29-08-2025
Toyota, Honda, Isuzu & Mitsubishi Bakal Tubuh Kilang Di Thailand – Labur RM20.4 Bilion
Empat syarikat automotif Jepun dilaporkan akan membuat pelaburan kira-kira 150 bilion baht untuk pengeluaran EV di Thailand.
26-12-2023
Isuzu D-Max 2023 Dilancarkan – Lebih Ranggi & Moden, Harga Dari RM94K
Isuzu Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi trak pikap Isuzu D-Max 2023.
16-02-2023
Pembukaan Pusat 3S Isuzu Dengan Identiti Terbaharu Yang Pertama, Lebih Menyerlah!
Isuzu Malaysia telah merasmikan pembukaan pusat 3S terbaharu minggu ini.
02-11-2022
Yang, Saya Tak Tinggalkan Awak!
Kemalangan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan semalam membabitkan empat kenderaan dengan dua mangsa maut rentung di lokasi kejadian.
16-10-2022
Review Pandu Uji Isuzu D-Max X-TERRAIN 2022 Trak Pikap Yang Semestinya Anda Mahu!
Isuzu perkenalkan D-Max generasi ke-3 yang tampil lebih berani, bergaya dan canggih. Ia juga dinamakan sebagai "Best Value Pikap Tahun 2022"! Hari ni Caricarz akan share dengan korang, apa yang ada dengan Isuzu D-Max X-TERRAIN, dari harga sampai spesifikasinya... Berbaloi ke membeli Isuzu D-Max X-T
06-09-2022
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat