Lexus RX 2025 Dikemaskini – Lebih Sporty dengan F Sport Design & Black Line Special Edition

Lexus RX, antara model terlaris Lexus, telah diberikan kemas kini untuk model tahun 2025 (2025MY). Versi kali ini tampil lebih sporty dengan sentuhan F Sport Design di samping edisi khas, Black Line Special Edition.
Black Line Special Edition dengan Rekaan Agresif




Seperti namanya, Black Line Special Edition tampil menyerlah dengan warna luaran baharu Incognito, aksen hitam, rim berukuran 21 inci dalam warna hitam, serta angkup brek berwarna oren yang kontra dengan warna keseluruhan jentera.
Warna dua tona ini juga diteruskan di bahagian kabin dengan kemasan yang diberikan jahitan kontra berwarna kelabu.
Ketersediaan Black Line Special Edition bagaimanapun dihadkan dalam jumlah tertentu bergantung kepada pasaran. Untuk pasaran Amerika Utara yang merupakan antara pasaran utama Lexus, jentera edisi khas ini hanya ditawarkan sebanyak 500 unit.
Sentuhan F Sport Design yang Sporty




Kemasan F Sport Design pula menawarkan gaya yang lebih sporty berbanding model asas RX. Pakej kemasan khas ini dibangunkan berdasarkan gred Premium dan hanya ditawarkan secara eksklusif untuk varian RX350 dan RX350h hibrid.
Elemen F Sport dapat dilihat pada pelbagai sudut RX termasuk fasia hadapan, gril dan valence belakang. Dari tepi, rim berukuran 21 inci diberikan warna hitam. Ruang kabin juga kelihatan sporty dan elegan dengan kemasan kayu berwarna hitam.
Pilihan Trenkuasa untuk Pasaran Antarabangsa

Untuk Lexus RX model tahun 2025MY di luar negara, tujuh pilihan trenkuasa ditawarkan, bergantung kepada pasaran. Bagi pasaran Malaysia, varian RX350 dan RX500h dijangka terus ditawarkan dengan pilihan trenkuasa sedia ada.
Sebagai makluman, Lexus Malaysia (UMW Toyota Motor) menawarkan RX350 dengan enjin petrol turbo 2.5 liter 4 silinder yang menghasilkan 275 hp dan 429 Nm. Sementara itu, varian hibrid RX500h menggunakan enjin yang sama, tetapi dengan penambahan kuasa elektrik yang meningkatkan output kepada 366 hp dan 460 Nm.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6845
SELANGOR
BSU3764
JOHOR
JF6065J
PULAU PINANG
PSG3794
PERAK
APM1960
PAHANG
CFJ647
KEDAH
KGJ4457
NEGERI SEMBILAN
NEM2595
KOTA KINABALU
SJU5267
KUCHING
QAB7463P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tahniah Toyota, Kereta Makin Laku
Pada bulan lepas, UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang cukup positif.
12-06-2023
Lexus Klang Dibuka Secara Rasmi – Bilik Pameran Mesra Alam Pertama Lexus Malaysia!
Lexus Malaysia mengumumkan pelancaran bilik pameran baharunya, Lexus Klang.
24-05-2023
Lexus RX 350 Luxury 2023 Kini Rasmi Di Malaysia – 275 HP, 2.4L Turbo, Dari RM469K
Ini segalanya tentang model yang baru dilancarkan di Malaysia, Lexus RX 350 Luxury.
17-05-2023
Lexus RX 2023 Bakal Dilancarkan di Malaysia Tidak Lama Lagi? Ini Segalanya Yang Kita Tahu...
Lexus Malaysia telah berkongsi video teaser SUV Lexus RX generasi kelima melalui laman Facebook rasminya.
15-05-2023
[KAJIAN] Lexus, Genesis Dan Kia Jenama Paling Kurang Bermasalah
J.D. Power telah mendedahkan data yang diperoleh daripada Kaji Selidik Kebolehpercayaan Kenderaan 2023.
10-02-2023
Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien
Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.
30-12-2025
Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar
Lexus nampaknya ingin membuktikan bahawa kenderaan elektrik (EV) juga mampu menyerlahkan aura ‘menggerunkan’ di litar perlumbaan.
26-12-2025
Toyota Rancak Bangunkan GR GT, GR GT3 & Konsep EV Lexus LFA – Prestasi Luar Biasa
Toyota Gazoo Racing kini sedang membangunkan GR GT dengan enjin V8 twin-turbo + hibrid (640 hp) dan casis aluminium. Turut diberikan tumpuan adalah pembangunan model khas untuk kegunaan litar, GR GT3 dan model konsep elektrik, Lexus LFA.
08-12-2025
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge