Nak Beli AION Y Plus? Nikmati Pandu Uji AION Y PLUS Secara Eksklusif dengan GoCar

Buat julung kalinya, peneraju platform mobiliti, GoCar Malaysia menawarkan pengalaman sesi pandu uji model elektrik sepenuhnya AION Y Plus selama tiga atau tujuh hari.
Menerusi program terbaharu mereka, “GoCar Experience”, para pembeli yang berminat dengan AION Y Plus boleh membawa pulang dan menikmati pengalaman jentera dalam tempoh yang lama.
Ini sekali gus membolehkan mereka mencuba EV tersebut secara lebih komprehensif sebelum membuat pembelian.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, pihaknya teruja untuk menawarkan satu cara baharu inovatif yang membolehkan orang ramai menikmati pemanduan sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta.
“Lagipun, kenderaan baharu sebenarnya tidak boleh dirasai melalui sesi pandu uji ringkas selama lima hingga 10 minit.
“Jadi melalui program GoCar Experience, pelanggan berpotensi akan mempunyai lebih banyak masa untuk merasai sendiri pengalamannmemandu kenderaan ini mengikut rutin harian mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Untuk makluman, AION Y Plus ditawarkan dalam dua varian: AION Y Plus Elite dan AION Y Plus Premium pada harga bermula RM119,800 hingga RM135,800.

Antara ciri-ciri utamanya termasuklah:
● Ada Teknologi Bateri Magazine pertama di dunia: Sifar insiden
nyalaan api atau letupan dalam Ujian Penembusan Peluru.
● Menjadi antara jarak paling jauh dalam kelasnya: Menawarkan jarak sehingga 490km (NEDC) dengan rekod baharu jangka hayat bateri.
● Ruang dalaman luas: Tempat duduk hadapan dan belakang boleh dilipat sepenuhnya dimana ia boleh diubah menjadi tempat tidur yang selesa.
● Rekaan bergaya: Dengan rekaan lampu utama angel wing, lampu belakang minimalis dan skrin berkembar pintar (kluster instrumen 10.25 inci dan paparan skrin sentuh 14.6 inci), AION Y Plus nyata menyerlah dari segi penampilan serta fungsinya.


Harga:
Bagi yang berminat, kadar program GoCar Experience dengan AION Y Plus bermula RM399 untuk tiga hari dan RM899 bagi sesi pandu uji selama tujuh hari.
Kedua-dua pilihan itu merangkumi kredit pengecasan EV (RM20 untuk pandu uji selama tiga hari dan RM50 untuk tujuh hari) yang boleh diaktifkan menerusi GoCar mobile app.
Deposit sekuriti sebanyak RM399 untuk kedua-dua pelan turut diperlukan, ia akan dikreditkan sepenuhnya dalam masa 7-14 hari bekerja sebaik sahaja kenderaan dipulangkan semula.

Apa yang paling menarik ialah yuran itu akan dipulangkan sepenuhnya kepada pelanggan yang mengambil keputusan untuk membeli kereta berkenaan selepas sesi pandu uji mereka.
Sehubungan itu, pada 24 hingga 25 Ogos ini, AION Petaling Jaya akan menganjurkan satu acara istimewa di mana pengunjung boleh meneroka AION Y Plus dan memahami dengan lebih mendalam mengenai kenderaan elektrik berkenaan.
Terbuka kepada orang ramai, acara itu menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, termasuklah peluang menyertai cabutan bertuah “Tempah & Menang” yang menawarkan hadiah bernilai RM8,000.

Tempahan terawal akan diberi hadiah-hadiah eksklusif seperti kredit pengecasan sebanyak RM1,000, pengecas wallbox (tanpa pemasangan), set teater rumah atau peralatan berkhemah.
Untuk keterangan lanjut mengenai program itu, anda boleh melayari laman web: https://experience.gocar.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ada 2 Varian, Mahal Sedikit Tapi Ada Sebabnya!
Bateri yang digunakannya antara bateri paling selamat di dunia.
22-05-2024
KLIMS 2024: AION ES Kini Di M'sia, Harga Cuma Lebih RM100K
WTC melancarkan secara rasminya AION ES 2025 di KLIMS 2024, semalam.
05-12-2024
GAC Aion RT Bakal Dilancar Tak Lama Lagi
Syarikat China Guangzhou Automotive Group (GAC) telah mengembangkan barisan produk kenderaan elektriknya apabila ia melancarkan sebuah lagi EV terbaharunya, Aion RT.
20-09-2024
Jenama EV GAC Aion Masuk M'sia
Pembuat Kenderaan Elektrik (EV) China, GAC Aion melantik Warisan TC Holdings Bhd sebagai pengedar tunggal dan eksklusif untuk model EV mereka di Malaysia.
15-01-2024
KLIMS 2024: AION ES Kini Di M'sia, Harga Cuma Lebih RM100K
WTC melancarkan secara rasminya AION ES 2025 di KLIMS 2024, semalam.
05-12-2024
Nak Pandu EV? Tempah Dengan GoCar
GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan dan Yinson GreenTech menjalin kerjasama untuk menawarkan kenderaan elektrik Ora Good Cat melalui program GoCar Share.
23-02-2024
Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar
GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).
22-05-2023
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat