ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Gaya Hidup

Peugeot 408 Jadi Ilham, Rekaan Pereka Fesyen Muda Ini Memukau Ramai

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Photo-1_'Design-to-Sustain'-KLFW-Designer-Search-2024-.jpg


Baru-baru ini, CariCarz.com telah menerima jemputan daripada Stellantis Malaysia untuk menyaksikan pertunjukan fesyen yang bertemakan "Capturing Allure" yang diinspirasikan oleh keanggunan dan sofistikasi PEUGEOT 408 serba baharu di Kuala Lumpur Fashion Week 2024 (KLFW 2024). Pertunjukan fesyen untuk segmen KLFW Designer Search ini buat pertama kalinya diadakan dengan  kerjasama syarikat automotif. 


CariCarz_SN_-KLFW-Peugeot-408-08.jpgCariCarz_SN_-KLFW-Peugeot-408-15.jpg


Mengetengahkan konsep “Design to Sustain” iaitu untuk  menghidupkan semula fabrik terpakai dengan gaya yang elegan, menyaksikan kreativiti setiap finalis menghasilkan fesyen terbaik bagi memukau juri profesional. 


CariCarz_SN_-KLFW-Peugeot-408-06.jpgCariCarz_SN_-KLFW-Peugeot-408-21.jpg


Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais berkata, "Kelestarian bukan lagi sekadar trend,  ia kini menjadi asas penting bagi industri seperti automotif dan fesyen untuk bukan sahaja bertahan tetapi berkembang. 


CariCarz_SN_-KLFW-Peugeot-408.jpg


“Kelestarian adalah nilai teras di Stellantis dan untuk PEUGEOT, kami sentiasa mencari cara inovatif untuk menghasilkan produk yang praktikal dan lestari. Ini melibatkan penggunaan bahan berkualiti tinggi yang diperoleh secara bertanggungjawab serta memanfaatkan teknologi canggih untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar."


Juri Ternama Pilih Tiga Pemenang Terbaik


DSCF0703.jpeg


Tugas untuk memilih tiga pemenang terbaik telah diberikan kepada tujuh juri yang dihormati iaitu Pengasas KLFW, Andrew Tan, Pengurus Pemasaran Stellantis Malaysia, E-Ling Cheah, Pengarah Kreatif Min Luna Creative Agency, Min Luna, Pengarah Kreatif dan Penggaya Fesyen, Andrea Wong, Pengkritik Fesyen, Kak Zai dan Pereka Fesyen, Kit Woo dan Syomirizwa Gupta.


Pemenang Muda Menonjolkan Kreativiti Luar Biasa


CariCarz_SN_-KLFW-Peugeot-408-02.jpg


Tiga pemenang KLFW Designer Search 2024 ialah Mei Xuan Tieo, 18 tahun, dengan koleksi bertajuk "Ephemeral Reverie", Raja Irfan, 25 tahun, dengan "Eternal Allure" dan Salahuddin Hilmi, 26 tahun, dengan "Rockstar". 


Mereka memukau penonton dan juri dengan kreativiti yang luar biasa, keaslian, inovasi dan kehalusan teknik. Sebagai pemenang, mereka akan mendapat peluang eksklusif untuk mempamerkan koleksi penuh mereka di KLFW 2025 dan "Lao Fashion Week: Zero Waste" pada bulan Oktober ini.


Inspirasi Rekaan Daripada PEUGEOT 408


web_Peugeot-Hari-Raya-408.jpg

CariCarz_SN_-KLFW-Peugeot-408-18.jpgMei-Xuan-Tieo_'Design-to-Sustain'-KLFW-Designer-Search-2024-.jpg


Garisan aerodinamik dan gaya anggun PEUGEOT 408 jadi inspirasi Mei Xuan.


Ketiga-tiga pemenang berkongsi bagaimana PEUGEOT 408 menjadi rekaan mereka. Bagi Mei Xuan dari Kuala Lumpur, rekaan beliau menggabungkan teknologi, garisan aerodinamik dan gaya anggun PEUGEOT 408 dengan budaya Jepun tradisional dan daya tarikan Geisha pasca perang, yang jelas terlihat dalam koleksinya.


peugeot-408-2023-(3).jpg

CariCarz_SN_-KLFW-Peugeot-408-20.jpgRaja-Irfan_'Design-to-Sustain'-KLFW-Designer-Search-2024-.jpg


Garis badan dan lampu depan PEUGEOT 408 menjadi inspirasi rekaan Raja Irfan. 


Raja Irfan dari Klang pula, yang terkenal dengan identiti visual berasaskan rekaan struktur, berkata, "Sebaik sahaja saya melihat PEUGEOT 408, saya terus jatuh cinta dengan lampu depan kereta ini. Siluet dan garisan berukir pada kereta ini juga menarik perhatian saya." Elemen-elemen ini dipaparkan dalam rekaannya di mana Raja Irfan mencipta garisan berstruktur menggunakan korset, tali pinggang dan bahagian bahu yang diperbesar.


peugeot-408-2023-(8).jpg

CariCarz_SN_-KLFW-Peugeot-408-14.jpgCariCarz_SN_-KLFW-Peugeot-408-03.jpg


Salahuddin menjadikan lampu depan PEUGEOT 408 sebagai ilham rekaannya. 


Salahuddin dari Kedah yang juga terinspirasi oleh lampu depan berkata, "Saya ingin koleksi saya 'Rockstar' menonjolkan kekasaran dan misteri. Lampu depan dan belakang, rim, siluet dan garisan PEUGEOT 408 menjadi inspirasi dalam naratif reka bentuk saya, dan saya juga menggabungkan warna-warna bendera Perancis iaitu merah, putih dan biru, sebagai penghormatan kepada asal usul jenama ini."


CariCarz_SN_-KLFW-Peugeot-408-23.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA7324

SELANGOR

BSQ4461

JOHOR

JYX5403

PULAU PINANG

PSC6002

PERAK

APH7814

PAHANG

CFG6375

KEDAH

KGG2606

NEGERI SEMBILAN

NEK5244

KOTA KINABALU

SJS1366

KUCHING

QAB9173N

Terakhir Kemas Kini 30 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

10-07-2024
Global

14-01-2026
Pandu Uji

28-03-2025
Gaya Hidup

10-07-2024
Berita Auto

11-06-2024
Berita Auto

28-05-2024
Kereta Baru

29-04-2024
Kereta Baru

15-04-2024

Berita Terkini

Gaya Hidup

Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV

Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.

22-05-2026
Gaya Hidup

Jangan Sampai Minyak Habis, Hubungan Pun 'Kering'

Jangan Panggil Dia Kedekut: Kisah Benar Di Sebalik Tangki Minyak Yang Makin Kurang.

19-05-2026
Gaya Hidup

Bagaimana Jika Hari Ini Yang Terakhir?– Kalkulator Selamat Volvo Jentik Emosi Pemandu Malaysia

Berapa Kos Ditanggung Keluarga Jika Anda ‘Tak Pulang’? Kalkulator Volvo Ini Beri Jawapan Yang Menakutkan

15-05-2026
Gaya Hidup

Program CSR BYD Malaysia: Inisiatif Penanaman Pokok Light the Change dan Bantuan Kemanusiaan Sandakan

Melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Light the Change, BYD kini menterjemahkan lebih 1,200 ikrar digital orang awam kepada tindakan nyata di lapangan.

27-04-2026
Gaya Hidup

Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026

Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.

21-04-2026
Gaya Hidup

Aveta Care on Wheels Diperluas ke Seluruh Semenanjung—Ini Cara Dapat Bantuan Pantas

Program khidmat bantuan bergerak Aveta Care on Wheels diperluas bagi menyediakan khidmat lepas jualan yang lebih pantas.

26-03-2026
Gaya Hidup

Koleksi TokTi: Selepas Zeekr 7X & GWM G9, Adakah Xpeng X9 Pilihan Seterusnya?

Satu persoalan mula bermain di bibir netizen: Adakah MPV futuristik Xpeng X9 bakal melengkapkan koleksi mewah TokTi.

10-03-2026
Gaya Hidup

Yayasan PEKEMA Sumbang RM22,500 Ceriakan 150 Anak Tahfiz, Asnaf

Yayasan PEKEMA telah menjayakan Majlis Malam Seribu Keberkatan & Kerahmatan, sebuah inisiatif murni untuk menyantuni pelajar tahfiz dan anak-anak asnaf di dewan Masjid Raja Haji FI Sabilillah, Cyberjaya, pada minggu lepas.

09-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.