Proton e.MAS 7 Bukan Model Rebadge

Proton melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik pertamanya yang dikenali sebagai e.MAS 7 di Pusat Kecemerlangan Proton, Shah Alam, sebentar tadi.
Proton menegaskan bahawa model EV itu bukannya model rebadge Geely Galaxy E5 memandangkan ia dibangunkan oleh kedua-dua pihak syarikat.

Difahamkan, 230 jurutera dan tenaga pekerja Proton terlibat dalam pembangunan model terbaharunya.
Untuk makluman, Proton e.MAS 7 yang akan dikendalikan oleh anak syarikat Proton, PRO-NETberada dalam kelas SUV kompak segmen-C dan dibangunkan berdasarkan platform Global Modular Architecture (GMA).


Dari segi dimensi, ia memiliki ukuran panjang 4,615 mm, selebar 1,901 mm, setinggi 1,670 mm, manakala jarak roda ialah 2,750 mm.


Kenderaan serba elektrik ini menampilkan sistem pemacu elektrik terkini 12-dalam-1 yang canggih dan dilengkapi dengan seni bina bateri Cell-To-Body yang inovatif.
Selain itu, Proton e.MAS 7 juga dilengkapi dengan sistem audio Flyme Auto yang diintegrasikan dengan sistem IHU tempatan.

Tidak ketinggalan, ia juga hadir dengan sistem telematik tempatan yang menyokong kawalan kenderaan, navigasi, dan superApp Proton e.MAS.
Model ini menggunakan teknologi bateri Aegis Short Blade Battery, dimana ia menawarkan ketumpatan tenaga yang lebih tinggi dan ketahanan sehingga 3,500 kitaran.

Difahamkan, model ini dilengkapi dengan satu motor elektrik yang menghasilkan kuasa sehingga 218PS.
Kenderaan ini boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 6.8 saat dan mencapai kelajuan maksimum 175 km/j.
Malah, dua pilihan bateri yang ditawarkan, iaitu 49.52 kW dan 60.22 kW,dimana ia memberikan jarak perjalanan masing-masing 440 km dan 530 km mengikut piawaian CLTC.

Di sebalik pendedahan model EV ini, Proton juga telah mengembangkan rangkaian pengedarnya kepada 29 buah di seluruh Malaysia, berbanding 18 buah pada Jun yang lalu.

Sehubungan itu, PRO-NET menyasarkan untuk mempunyai 25 bilik pameran Proton e.MAS yang akan beroperasi sebelum pelancaran sulung Proton e.MAS 7.
Untuk keterangan lanjut, layari laman web: https://emas.proton.com/.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9671
SELANGOR
BSU4180
JOHOR
JF7160J
PULAU PINANG
PSG4372
PERAK
APM2540
PAHANG
CFJ1205
KEDAH
KGJ4714
NEGERI SEMBILAN
NEM2842
KOTA KINABALU
SJU5583
KUCHING
QAB7540P
Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
PRO-NET Raikan Hari Ibu Dengan Anjur Program "THE REAL e.MAS DRIVE"!
Media berpeluang memandu uji Proton e.MAS 7 sempena Hari Ibu, baru-baru ini.
19-05-2025
Proton e.MAS 7 Masuk Nepal, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM183K
Buat masa ini, hanya 50 unit e.MAS 7 telah dihantar ke Nepal pada bulan Februari lalu.
24-03-2025
Penyerahan 1,000 Unit Proton e.MAS 7 Dirakam Dalam Video Menyentuh Hati
PRO-NET menyiarkan video pendek mengenai pejalanan Proton dari zaman kereta petrol sehinggalah elektrik.
11-03-2025
Proton Akan Kembali Ke Pasaran UK, Disokong Rancangan Global Geely
Pengeluar kereta terkemuka negara, Proton, dilaporkan akan kembali menembusi pasaran United Kingdom (UK).
08-08-2024
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

