ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Proton e.MAS 7 Bukan Model Rebadge

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik pertamanya yang dikenali sebagai e.MAS 7 di Pusat Kecemerlangan Proton, Shah Alam, sebentar tadi.

Proton menegaskan bahawa model EV itu bukannya model rebadge  Geely Galaxy E5 memandangkan ia dibangunkan oleh kedua-dua pihak syarikat.

image.png

Difahamkan, 230 jurutera dan tenaga pekerja Proton terlibat dalam pembangunan model terbaharunya.

Untuk makluman,  Proton e.MAS 7 yang akan dikendalikan oleh anak syarikat Proton, PRO-NETberada dalam kelas SUV kompak segmen-C dan dibangunkan berdasarkan platform Global Modular Architecture (GMA).

image.pngimage.png

Dari segi dimensi, ia memiliki ukuran panjang 4,615 mm, selebar 1,901 mm, setinggi 1,670 mm, manakala  jarak roda ialah 2,750 mm.

image.pngimage.png

Kenderaan serba elektrik ini menampilkan sistem pemacu elektrik terkini 12-dalam-1 yang canggih dan dilengkapi dengan seni bina bateri Cell-To-Body yang inovatif.

Selain itu, Proton e.MAS 7 juga dilengkapi dengan sistem audio Flyme Auto yang diintegrasikan dengan sistem IHU tempatan. 

image.png

Tidak ketinggalan, ia juga hadir dengan sistem telematik tempatan yang menyokong kawalan kenderaan, navigasi, dan superApp Proton e.MAS.

Model ini menggunakan teknologi bateri Aegis Short Blade Battery, dimana ia menawarkan ketumpatan tenaga yang lebih tinggi dan ketahanan sehingga 3,500 kitaran.

image.png

Difahamkan, model ini dilengkapi dengan satu motor elektrik yang menghasilkan kuasa sehingga 218PS. 

Kenderaan ini boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 6.8 saat dan mencapai kelajuan maksimum 175 km/j.

Malah, dua pilihan bateri yang ditawarkan, iaitu 49.52 kW dan 60.22 kW,dimana ia  memberikan jarak perjalanan masing-masing 440 km dan 530 km mengikut piawaian CLTC.

image.png

Di sebalik pendedahan model EV ini, Proton juga telah mengembangkan rangkaian pengedarnya kepada 29 buah di seluruh Malaysia, berbanding 18 buah pada Jun yang lalu.

image.png

Sehubungan itu, PRO-NET menyasarkan untuk mempunyai 25 bilik pameran Proton e.MAS yang akan beroperasi sebelum pelancaran sulung Proton e.MAS 7.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web: https://emas.proton.com/.




Gallery

Tag:

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT9671

SELANGOR

BSU4180

JOHOR

JF7160J

PULAU PINANG

PSG4372

PERAK

APM2540

PAHANG

CFJ1205

KEDAH

KGJ4714

NEGERI SEMBILAN

NEM2842

KOTA KINABALU

SJU5583

KUCHING

QAB7540P

Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-12-2024

Berita Terkini

EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.