Sertai Merdeka Exclusive Book & Win, Menangi Percutian Bernilai RM30K

Great Wall Motor (GWM) mennganjurkan kempen 'Merdeka Exclusive Book & Win’ bermula dari 15 Ogos lalu hingga 30 September ini .
Anda berpeluang memenangi baucar percutian mewah bernilai RM30,000 ke mana-mana destinasi baharu dengan mendaftarkan GWM ORA GOOD CAT atau GWM ORA 07 anda sebelum 31 Oktober 2024.
Difahamkan setiap pemilik berpeluang memenangi cabutan bertuah ini.
Malah, GWM Malaysia menawarkan sebanyak lapan hadiah untuk tawaran tersebut.
● Hadiah Utama: Baucar Percutian bernilai RM7,500 (1 Pemenang)
● Hadiah Kedua: Baucar Percutian bernilai RM5,000 (2 Pemenang)
● Hadiah Ketiga: Baucar Percutian bernilai RM2,500 (5 Pemenang)
Sementara itu, Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui An Qi berkata, tawaran hebat itu merupakan tanda penghargaan kepada para pelanggannya.
“Ia adalah peluang untuk kami meraikan hari bersejarah dalam negara dengan penuh rasa bangga di samping menyumbang semula kepada masyarakat,”
"Jadi, kami menggalakkan orang ramai untuk merebut peluang tawaran hebat ini dan mengalami sendiri kualiti luar biasa untuk model GWM ORA GOOD CAT dan GWM ORA 07,” katanya dalam satu kenyataan.
Untuk makluman, GWM ORA GOOD CAT terkenal dengan reka bentuk retro-futuristik, jarak pemanduan yang mengagumkan, dan ciri-ciri keselamatan terkini yang menjadikannya pilihan ideal untuk pemandu dengan gaya hidup moden.

Sementara itu, GWM ORA 07 pula menggabungkan kejuruteraan inovatif dengan ruang dalaman mewah yang menjanjikan perjalanan yang lancar dan penuh bergaya.

Kedua-dua model ini hadir dengan pakej waranti komprehensif daripada GWM Malaysia.
Pakej waranti untuk GWM ORA GOOD CAT menawarkan:
● Jaminan Bateri Kuasa hingga 8 tahun/180,000 km
● Jaminan Motor Elektrik hingga 8 tahun/180,000 km
Jaminan Unit Kawalan Motor Elektrik hingga 8 tahun/180,000 km
● Jaminan Kenderaan hingga 5 tahun/150,000 km (kecuali bahagian yang Haus dan Lusuh)
● Penggantian Pek Bateri ‘1-to-1’ (keadaan pengecasan (SOH) bateri jatuh di bawah 70%)
● Jaminan Perlindungan Karat dan Hakisan hingga 12 tahun.

GWM ORA 07 didatangkan dengan:
● Jaminan Bateri Kuasa hingga 8 tahun/180,000 km
● Jaminan Motor Elektrik hingga 8 tahun/180,000 km
● Jaminan Unit Kawalan Motor Elektrik hingga 8 tahun/180,000 km
● Jaminan Kenderaan hingga 6+2 tahun/180,000 km*
● Penggantian Pek Bateri ‘1-to-1’ (keadaan pengecasan (SOH) bateri jatuh di bawah 70%
● Jaminan Perlindungan Karat dan Hakisan hingga 12 tahun.
Untuk maklumat lanjut atau sesi pandu uji, sila lawati Pandu Uji GWM Malaysia.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ora Good Cat Kini Tinggal Kenangan Di Thailand – Malaysia Bakal Terima Nasib Yang Sama?
Berita mengejutkan datang dari negara jiran utara kita. GWM Thailand dilaporkan telah menghentikan pengeluaran dan jualan model EV popular, Ora Good Cat
04-02-2026
Ini Dia SUV GWM Ora 5 Elektrik Didedahkan Tetapi Bukan Di Malaysia
GWM mendedahhkan SUV elektrik terbaharunya, GWM Ora 5 di China, baru-baru ini.
29-09-2025
Ora Good Cat GT Sah Masuk Malaysia – EV Comel Kini Garang!
GWM Malaysia telah mengesahkan bahawa versi lebih garang dan sporty bagi model hatchback elektrik, Ora Good Cat GT, akan tiba ke pasaran tempatan tidak lama lagi.
18-04-2025
GWM Malaysia Tawar Hadiah Hingga RM200K, Potongan Harga RM25K & Banyak Lagi!
Jangan lepaskan peluang ini! Great Wall Motor (GWM) Malaysia kini meraikan ulang tahun keduanya dengan pelbagai tawaran istimewa, baucar dan hadiah cabutan bertuah.
21-11-2024
Pusat 3S GWM Dibuka Di Setia Alam – Boleh Selenggara 800 Kenderaan Sebulan
Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah merasmikan pembukaan Pusat 3S baharu di Setia Alam, Shah Alam.
26-03-2024
Harga EV Ora Good Cat Kini RM26,000 Lebih Murah!
GWM Malaysia telah mengumumkan bahawa harga bagi model ORA Good Cat diturunkan sebanyak RM26,000.
23-03-2024
Nak Pandu EV? Tempah Dengan GoCar
GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan dan Yinson GreenTech menjalin kerjasama untuk menawarkan kenderaan elektrik Ora Good Cat melalui program GoCar Share.
23-02-2024
Lumga Design Mampu Ubah Ora Good Cat Macam Porsche
Beberapa rekaan Ora Good Cat elektrik ini kelihatan sama seperti Porsche 911 GT3.
26-01-2024
Berita Terkini
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi
Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!
26-05-2026
Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko
2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.
26-05-2026
Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan
Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.
26-05-2026
Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari
Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.
26-05-2026
Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang
Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.
26-05-2026
Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei
Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.
26-05-2026
PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka
Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.
25-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat