Skuter Retro Unik BMW CE 02 X Vagabund Didedahkan – Ada Speaker Mudah Alih

BMW Motorrad baru-baru ini telah mendedahkan versi unik skuter elektrik, BMW CE 02 yang telah dihasilkan dengan kerjasama pereka automotif yang berpangkalan di Austria, Vagabund Moto.
Model yang didedahkan dengan nama BMW CE 02 X Vagabund itu tampil unik dengan sentuhan reka bentuk retro yang membuatkannya jauh lebih menonjol berbanding model lain dalam siri skuter CE 02.
Sentuhan Retro yang Menyerlah




eParkourer (gelaran BMW Motorrad terhadap e-skuter CE 02) edisi khas ini diberikan fender depan berwarna hitam yang dipadankan dengan gelung kuning yang cerah. Kombinasi warna dua tona ini dilengkapkan lagi dengan rim putih dan tempat duduk berwarna coklat muda, kontra dengan warna hitam yang mendominasi skuter ini.


Selain daripada kombinasi warna yang unik, CE 02 X Vagabund juga dilengkapi dengan paip ekzos faux, yang sebenarnya merupakan ruang simpanan berbentuk silinder tersembunyi yang cukup untuk memuatkan payung kecil. Pereka juga menambahkan “pemijak kaki dengan pita cengkaman” untuk memberikan gaya “eParkourer urban yang sporty.”
Pembesar Suara Bluetooth OB-4


Apa yang turut menarik perhatian pada eParkourer ini adalah kehadiran pembesar suara Bluetooth OB-4 Magic Radio yang boleh dipasang dan ditanggalkan daripada badan skuter ini. Dihasilkan oleh Teenage Engineering, pembesar suara mudah alih ini bernilai $549 (RM2,466) dan dilengkapi dengan radio FM, membolehkan penunggang skuter menikmati muzik kegemaran semasa membawa CE 02.
Tiada Perubahan Mekanikal


Dari segi mekanikal, tiada sebarang perubahan diberikan kepada CE 02 X Vagabund. Skuter konsep eParkourer ini masih menggunakan bateri yang sama seperti model standardnya, dengan dua pek bateri boleh tanggal berkapasiti 1.96 kWj yang menyalurkan kuasa kepada motor elektrik tunggal yang menghasilkan 15 hp (11 kW) dan 55 Nm tork.
Sistem ini membolehkannya membuat pecutan daripada 0-48 km/j dalam masa hanya tiga saat. Dengan cas penuh, ia boleh mencapai jarak maksimum sehingga 95 km. Apabila kehabisan bateri, ia boleh dicas daripada 0% ke 80% dalam masa kira-kira tiga jam menggunakan pengecas pantas.
Edisi Konsep Khas yang Terhad


Seperti yang dijangkakan, BMW CE 02 X Vagabund ini adalah sebuah model konsep khas yang hanya dihasilkan sekali sahaja, bermakna ia tidak akan dijual kepada umum buat masa ini.
Namun, bagi mereka yang menginginkan sebuah e-skuter yang bergaya, model standard CE 02 kini boleh didapati di pasaran tempatan sebagai produk elektrik kedua daripada BMW Motorrad Malaysia selepas CE 04, dengan harga tentatif RM38,500.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Skuter Elektrik SoloEra Solo 2 Kini Di Pasaran – 140 KM, Dari RM5,599*
Blueshark Malaysia memperbanyakkan lagi barisan motosikal elektriknya dengan pelancaran model terbaru, SoloEra Solo 2. Ini merupakan model kedua dari siri SoloEra yang diperkenalkan di pasaran tempatan.
12-10-2025
Skuter Elektrik Zeeho AE8 S+ Sarat Teknologi Kini Menarik Kini Di Pasaran – Dari RM18,888
Pengedar dan pengimport motosikal, MForce Bike Holding Sdn Bhd (MForce), mengakhiri tahun 2024 dengan pelancaran skuter elektrik premium terbaru edarannya, Zeeho AE8 S+.
01-01-2025
Makin Ramai Guna Skuter Beam! Jadi Pengangkutan Pilihan Di Stesen Transit & Universiti
Beam Mobility Malaysia telah berjaya mengubah landskap pengangkutan awam negara.
24-05-2023
Selamatkah E-Scooter Beam? Ini Rupanya Yang Beam Mobility Lakukan Demi Keselamatan
Ciri keselamatan e-scooter Beam yang ramai tak tahu.
20-04-2023
13 Motosikal, 4 Skuter Elektrik Terbakar Depan KLCC, Harap Pemiliknya Sabar
13 skuter motosikal dan 4 skuter elektrik terbakar secara tiba-tiba di hadapan pusat-belah KLCC, semalam.
14-04-2023
Medan Uji Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Dilancarkan MoT
Kementerian Pengangkutan (MoT) melancarkan Medan Uji Regulatori Negara untuk menguji penggunaan kenderaan mikromobiliti di negara ini.
14-03-2023
Skuter Elektrik Beam Kini Di 6 Bandar Besar Malaysia, Pas Bulanan Diskaun 50%
Beam Malaysia mengumumkan bahawa perkhidmatan skuter elektriknya kini ditawarkan di enam bandar utama di Malaysia.
23-02-2023
Sewaan Skuter Elektrik Mungkin Diharamkan Di Paris, Ini Puncanya...
Penduduk Paris akan mengadakan undian samada penyewaan skuter elektrik akan diharamkan atau tidak setelah lebih daripada empat tahun servis perkongsian skuter ini ditawarkan di sana.
21-01-2023
Berita Terkini
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green
PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.
02-04-2026
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda
Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.
26-03-2026
Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas
Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.
24-03-2026
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini
Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?
24-03-2026
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'
Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.
19-03-2026
Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia
Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.
13-03-2026
Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih
Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.
11-03-2026
Tak Sempat Habis Kopi, Bateri Dah 60%! Gentari Lancar Pengecas 200kW Di Penchala Link
Pengguna Kenderaan Elektrik (EV) boleh menarik nafas lega kerana anda tidak perlu menunggu berjam-jam untuk mengecas kenderaan elektrik (EV) memandangkan Gentari dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melancarkan hab pengecas kenderaan elektrik (EV) antara bandar berkelajuan tinggi
06-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
