ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

SUV Kompak Elektrik, Volvo EX30: Pendaftaran Minat Pasaran Malaysia Kini Dibuka

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Photo-2.jpgPhoto-1.jpg


Volvo Car Malaysia (VCM) akan memperluaskan barisan kenderaan elektriknya di Malaysia dengan memperkenalkan Volvo EX30, sebuah SUV kompak elektrik. Model ini pertama kali diperkenalkan pada bulan Jun tahun lalu dan merupakan model paling ‘kecil’ keluaran Volvo setakat ini, lebih kecil daripada XC40 Recharge dan C40 Recharge.


Baca: Volvo EX30: EV Kecil Yang Tidak Sempit, Ini Rahsianya…


Dengan pengumuman ini, Malaysia bakal menjadi pasaran ASEAN terkini yang menerima model ini selepas Singapura, Thailand dan Indonesia. ‘Penampakan’ unit EX30 yang dilitupi kain pelindung di Malaysia bulan lalu juga menimbulkan spekulasi bahawa model ini akan dipasang secara tempatan (CKD).


Varian & Trenkuasa


web_Volvo-EX30-Auto-China-2024.jpg


Semasa pelancaran global, Volvo EX30 diperkenalkan dalam tiga varian iaitu Core Single Motor Extended Range, Ultra Single Motor Extended Range dan Ultra Twin Motor Performance. 


Model ini dibangunkan berasaskan platform Geely Sustainable Architecture (SEA) II yang turut digunakan oleh smart #1 dan Zeekr X. Dua varian menggunakan satu motor elektrik yang dipasang di bahagian belakang dengan sistem pacuan roda belakang (RWD) yang menghasilkan 268 hp dan 343 Nm. Varian tertinggi pula digerakkan oleh dua motor yang menawarkan kuasa yang lebih tinggi dengan output 422 hp dan 543 Nm untuk memacu keempat-empat roda (AWD).


Volvo-EX30-50.jpgVolvo-EX30-23.jpgVolvo-EX30-24.jpg


Ketiga-tiga varian ini menggunakan bateri jenis NMC dengan kapasiti 69 kWj, yang boleh dicas menggunakan input AC 11 kW atau DC sehingga 153 kW. Masa yang diambil untuk dicas daripada 10-80% dengan pengecas DC hanyalah kira-kira  26.5 minit.


Dari segi jarak perjalanan, Volvo menyatakan  bahawa model ini mampu mencapai jarak 480 km untuk varian satu motor dan 460 km untuk varian dua motor (WLTP). 


Pelancaran di Pasaran Tempatan


Volvo-EX30-28.jpg


Kenyataan media daripada VCM hari ini belum mendedahkan sama ada ketiga-tiga varian tersebut akan ditawarkan di pasaran tempatan atau hanya satu. Namun, berdasarkan spesifikasi kenderaan seperti smart #1 serta XC40 Recharge dan C40 Recharge yang ditawarkan di Malaysia, tidak mustahil kesemua varian EX30 ini akan ditawarkan. Apa yang pasti, kita boleh menjangkakan Volvo EX30 akan hadir dengan kebolehan pemanduan separa autonomi yang canggih. 


Buat masa ini, harga dan tarikh pelancaran rasminya masih belum diumumkan, tetapi pelanggan yang berminat boleh membuat pendaftaran minat secara dalam talian dengan melayari laman web rasmi VCM. 


Pihak syarikat juga memaklumkan bahawa maklumat lanjut mengenai EX30 akan dikongsikan di laman web, serta di halaman rasmi Facebook dan Instagram mereka dalam masa terdekat.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

30-09-2026
Kereta Baru

08-09-2026
Pandu Uji

08-03-2026
Berita Auto

23-01-2026
Kereta Baru

03-01-2025
Global

05-09-2024
Kereta Baru

28-02-2024
Pandu Uji

24-06-2023

Berita Terkini

EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.