ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

SUV MG ZS Generasi Kedua Didedahkan – Sistem Hibrid Lebih Baik

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2025-MG-ZS-Hybrid-Plus-1.jpg


MG Motor akhirnya mendedahkan segenap sudut SUV MG ZS generasi kedua, selepas ‘menggoda’ orang ramai melalui teaser minggu lalu. SUV ini tampil dengan rekaan terkini serta peningkatan pada sistem trenkuasa hibrid (HEV).


Reka Bentuk Menawan


2025-MG-ZS-Hybrid-Plus-11.jpg2025-MG-ZS-Hybrid-Plus-21.jpg


Diberikan bahasa rekaan yang sama dengan model-model MG baharu lain seperti SUV MG HS dan hatchback MG3, MG ZS generasi kedua ini diberikan gril depan yang berbentuk bujur yang besar, dengan saluran komponen aliran udara menegak di kedua-dua sisi, lampu hadapan LED kini direka lebih tajam. Model ini turut dipasangkan dengan plat skid di hadapan, serta cladding plastik di bahagian bawah badan.


Generasi kali ini juga dilengkapi dengan rim aloi 17 inci  dua tona. Bagi mereka yang inginkan saiz rim yang lebih besar, boleh memilih rim Trophy yang berukuran 18 inci. 


Kabin yang Lebih Minimalis


2025-MG-ZS-Hybrid-Plus-2.jpg


Di bahagian dalam, MG ZS generasi kedua tampil dengan susun atur kabin yang lebih minimalis dan mewah, seperti yang dapat dilihat pada sedan coupe MG5 GT versi facelift baru-baru ini. 


Antara ciri utama ruang kabin SUV ini termasuk kluster instrumen digital 7 inci, skrin infotainmen yang lebih besar berukuran 12.3 inci, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, kawalan pendingin hawa automatik, sistem audio enam speaker dan upholsteri fabrik hitam untuk kesemua lima tempat duduk.


2025-MG-ZS-Hybrid-Plus-4.jpg2025-MG-ZS-Hybrid-Plus-3.jpg


Untuk sentuhan mewah, versi Trophy menawarkan tingkap kaca privasi, kamera pandang keliling, tempat duduk hadapan dan stereng dengan fungsi pemanas, serta upholsteri kulit untuk tempat duduk. 


Ciri Keselamatan Aktif MG Pilot Kini Standard


2025-MG-ZS-Hybrid-Plus-13.jpg


Untuk MG ZS generasi terbaru, MG Pilot, yang merupakan pakej keselamatan aktif jenama ini, kini didatangkan sebagai ciri standard. Pakej ini termasuk fungsi ADAS penting seperti kawalan pelayaran adaptif (ACC), bantuan kekal lorong (LKA), amaran keluar lorong (LDW), brek kecemasan aktif (AEB) dengan sistem pengesanan pejalan kaki dan penunggang basikal, pengesanan titik buta (BSD), amaran perlanggaran hadapan (FCW), amaran lintasan trafik belakang (RCTA) dan bantuan kesesakan lalu lintas (TJA).


Sistem Trenkuasa Hibrid Diperbaik


Dari segi trenkuasa, MG ZS generasi kedua hanya ditawarkan dalam varian Hybrid+ HEV. Sistem trenkuasa hibrid ini terdiri daripada enjin petrol 1.5 liter 4 silinder yang digabungkan dengan motor elektrik tunggal untuk menghasilkan output keseluruhan sebanyak 193 hp, membolehkan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa 8.7 saat.


MG mendakwa sistem HEV yang telah ditingkatkan ini memberikan kadar ekonomi bahan api yang baik iaitu 28 km per liter, menjadikannya setanding dengan SUV hibrid lain di pasaran.


Tempahan Dibuka di UK


2025-MG-ZS-Hybrid-Plus-6.jpg2025-MG-ZS-Hybrid-Plus-8.jpg


Tempahan untuk MG ZS Hybrid+ generasi kedua kini dibuka di UK pada harga yang bermula daripada £21,995 (~RM125,476), dengan penghantaran pertama dijangka bermula pada Oktober tahun ini. 


Pasaran Lain


MG berkemungkinan besar akan memperkenalkan MG ZS baharu ini di pasaran antarabangsa lain, termasuk Malaysia.


Baca: SUV MG ZS EV Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM125K, Capai 174 HP, 230 KM!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

03-06-2025
Kereta Baru

20-05-2025
Kereta Baru

14-04-2025
Kereta Baru

05-12-2024
Kereta Baru

22-11-2024
Pandu Uji

19-11-2024
Kereta Baru

24-10-2024
Global

29-08-2024

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.