ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Volkswagen Golf GTI Edition 50 Kini Di Malaysia – Unit Terhad, CKD, Dari RM267,990 (Termasuk VAP)

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Golf-GTI-Edition-50.jpg


Volkswagen Golf GTI Edition 50.


Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan secara rasmi kehadiran model edisi istimewa sempena ulang tahun ke-50 Golf, Volkswagen Golf GTI Edition 50, menjelang acara Golf Fan Fest 2024 yang akan berlangsung hujung bulan ini. Model hot hatch tempatan (CKD) ini kini tampil dengan pelbagai aksesori eksklusif yang membuatkannya lebih menonjol di jalan raya. 


Reka Bentuk Luaran yang Lebih Agresif


50-Emblem-B-Pillar.jpgEdition-50-Decal.jpg


Antara ciri utama pada Edition 50 adalah termasuk kit aerodinamik Oettinger yang lengkap, merangkumi splitter hadapan, spoiler dan diffuser yang semuanya berwarna hitam. Ciri-ciri lain yang menarik termasuk cermin sisi dengan perumah berwarna hitam serta VW Tint dengan logo "Edition 50".


GTI-Dynamic-Wheelcap.jpg

Oettinger-Rear-Spoiler.jpgOettinger-Rear-Diffuser.jpg


Menambahkan lagi aura agresif model edisi istimewa ini adalah penggunaan rim ‘Pretoria’ berukuran 18 inci berwarna hitam berkilat dengan penutup tengah ‘GTI’ Dynamic dan penutup injap aluminium VW Design. Kemasan luaran juga ditambah dengan logo Edition 50 serta decal pada pintu yang diilhamkan daripada motif pada gril hadapan.


Sentuhan Istimewa di Bahagian Kabin


50-Emblem-Steering-Wheel.jpg


Kemasan khas Edition 50 juga terdapat di bahagian dalam, ini termasuk plat scuff, alas kaki dan logo "50" pada stereng. Selain itu, kebanyakan ciri dalaman model Golf GTI versi standard yang telah diberikan peningkatan kecil awal tahun ini masih dikekalkan. 


Rangkaian Kuasa & Prestasi yang Tidak Berubah


Kuasa masih dijana oleh enjin 2.0 liter TSI 4 silinder turbo yang mampu menghasilkan 245 ps dan 370 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui sistem transmisi automatik dwi-klac basah DSG tujuh kelajuan, 

membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 6.3 saat.


Ciri-ciri penting yang masih dikekalkan termasuklah pakej keselamatan ADAS IQ.Drive, skrin sentuh infotainmen 10 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, serta sistem audio premium Harman Kardon 10 speaker 480 watt dan banyak lagi.


Menurut Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev, "GTI merupakan sebuah model yang sudah sedia luar biasa, peningkatan yang diberikan pada Edition 50 pastinya menambah sentuhan unik yang menjadikannya satu item koleksi. Kami percaya Edition 50 akan menarik perhatian peminat tegar GTI yang mencari sesuatu yang istimewa."


Harga Jualan


Golf-GTI-Edition-50-V2.jpg


Ditawarkan dalam pilihan warna Oryx White dan Moonstone Grey, VW Golf GTI Edition 50 dijual pada harga RM267,990. Harga ini termasuk Volkswagen Assurance Package (VAP) yang menawarkan penyelenggaraan tanpa had perbatuan, jaminan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.


VW Golf GTI Edition 50 ditawarkan dalam unit terhad. Berminat boleh melihat VW Golf GTI Edition 50 dengan lebih dekat? Jangan lupa untuk menghadiri acara Golf Fan Fest 2024 yang akan datang di mana model ini bakal dipamerkan untuk tatapan umum. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRB1401

SELANGOR

BSQ4962

JOHOR

JYX6860

PULAU PINANG

PSC6627

PERAK

APH8498

PAHANG

CFG6591

KEDAH

KGG3243

NEGERI SEMBILAN

NEK5429

KOTA KINABALU

SJS1723

KUCHING

QAB9251N

Terakhir Kemas Kini 05 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

23-06-2025
Global

17-06-2025
Global

15-05-2024
Kereta Baru

09-08-2024
Kereta Baru

05-11-2025
Global

17-06-2025
Global

12-06-2024
Global

02-06-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian

Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.

05-06-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.