23 Pengedar Dilantik, Dongfeng Box Bakal Dilancar

Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) melalui anak syarikatnya Central Auto Distributors Bhd (CADB) mengumumkan bahawa pihaknya telah melantik 23 pengedar sah pertama untuk kenderaan elektrik Dongfeng Box, yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini.
Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, pelantikan itu menandakan komitmen mereka untuk menggerakkan industri automotif Malaysia ke arah elektrik

”Proses R&D menyeluruh ini menunjukkan dedikasi kami untuk menawarkan kenderaan yang bukan sahaja mesra alam tetapi juga memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan untuk pelanggan kami,” katanya.
Apa yang diketahui setakat ini ialah Dongfeng Box akan didatangkan dalam dua varian: Dongfeng Box Standard dan Dongfeng Box Long Range.
Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh motor tunggal ini dikuasakan oleh motor tunggal yang dipasang pada gandar depan (FWD) dengan kuasa 94 hp (70 kW) dan 160 Nm.

Jentera ini menawarkan jarak perjalanan mengagumkan sejauh 430 km dengan sekali cas.
Malah, kenderaan ringan sepenuhnya elektrik ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini, termasuk Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) dengan bantuan pengawalan lorong, kawalan pelayaran adaptif, dan amaran perlanggaran, serta sistem parkir automatik, menjadikannya pilihan ideal untuk pengangkutan bandar.

Sementara itu, Pengarah Operasi CADB, Datuk SM Zulkifli SM Amin pula berkata, kejayaan penyelesaian fasa R&D dan pelantikan pengedar-pengedar itu menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada kenderaan elektrik yang berkualiti dan boleh dipercayai.
“Kerjasama dengan Dongfeng Motor sebenarnya membolehkan kami menyesuaikan Dongfeng Box untuk memenuhi keadaan pemanduan unik di Malaysia, dan kami yakin ia akan mengubah landskap sektor EV,” ujarnya.
Difahamkan, 3 unit Dongfeng Box sudah pun menyelesaikan fasa akhir Penyelidikan & Pembangunan (R&D) dengan menjalankan ujian jalan raya secara menyeluruh oleh pasukan jurutera dari Dongfeng Motor, baru-baru ini.


Ujian ini meliputi pelbagai jenis permukaan jalan, keadaan pemanduan, dan faktor persekitaran di seluruh Semenanjung Malaysia, dengan jarak perjalanan sejauh 45,000 kilometer bermula Julai hingga September 2024.
Ujian yang dijalankan, termasuk Ujian Ketahanan Adaptif (DAT), Ujian Jalanan Elektrikal (ERT), dan Ujian Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), bukan sahaja mengesahkan ketahanan Dongfeng Box tetapi juga memperkenalkan penambahbaikan dalam navigasi, ciri-ciri keselamatan, dan Digital Head Unit (DHU) untuk memenuhi keperluan dan kehendak pemandu Malaysia.
Fasa akhir R&D ini memastikan Dongfeng Box siap untuk jalan raya Malaysia, memenuhi keperluan harian dengan kecekapan, keselamatan, dan keselesaan.
Berikut adalah pengedar sah Dongfeng Box:


Untuk keterangan lanjut, layari laman web: https://pekema.org.my/
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pekema, Aquateak Jalin Kerjasama Tubuhkan SenangCas
PEKEMA menandatangani kerjasama strategik dengan Aquateak Energy Sdn Bhd untuk membangunkan SenangCas Sdn Bhd.
09-07-2025
MAS 2025: PEKEMA Sahkan 2 Lagi Model EV Bakal Dilancar
PEKEMA bakal lancar dua model baharu iaitu sedan dan SUV.
10-05-2025
Box S31: Ada 2 Varian, Harga Bawah RM115K, OK Tak?
Rasanya, DongFeng mampu menawan hati orang Malaysia tak?
04-08-2024
Terokai Kerjasama Teknikal Untuk CKD Dongfeng Box EV
CADB menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NMSB.
25-06-2024
PEKEMA Sambut Baik Usaha Kerajaan Tapi
PEKEMA menggesa kerajaan supaya mengawal ketat jumlah syarikat yang diberi permit import (AP) terbuka.
19-06-2024
MITI Akan Nilai Permohonan PEKEMA Bersama MOF
MITI akan membuat penilaian berdasarkan data terkini bersama Pekema dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi tujuan tersebut.
26-11-2023
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
