ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BYD Atto 3 Kini Dengan Spesifikasi Lebih Tinggi, Bateri 21% Lebih Besar – Harga Kekal RM149,800

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_BYD-Atto-3-Enhanced_launch_WA_2.jpg


Selain pelancaran varian terbaru bagi sedan BYD Seal, pengedar jenama BYD untuk pasaran Malaysia, Sime Darby Motors, turut mengumumkan pelancaran varian terbaru bagi crossover elektrik terlaris mereka, BYD Atto 3. Kehadirannya menggantikan varian tunggal yang ditawarkan sebelum ini, Standard Range, kepada varian dengan spesifikasi lebih tinggi, Extended Range.


Varian terbaru yang dilancarkan ini diambil daripada versi facelift bagi tahun 2024, bermakna bukan sahaja dengan ciri premium sebuah varian lebih tinggi tetapi juga dengan teknologi dan pelbagai sentuhan lain yang telah dipertingkat 


Bateri & Jarak Pemanduan yang Lebih Baik  

  

BYD Atto 3 yang ditawarkan di pasaran kini hadir dengan bateri jenis ‘Blade’ LFP berkapasiti lebih tinggi, iaitu 60.48 kWj, peningkatan daripada unit 49.92 kWj  yang ditawarkan sebelum ini. Kapasiti bateri yang lebih besar ini juga meningkatkan kelajuan pengecasan DC sehingga 88 kW (berbanding 70 kW pada Standard Range). Varian ini boleh dicas dari 0-80% dalam masa sekitar 45 minit. Dengan pengecasan penuh, bateri ini mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 480 km berdasarkan kitaran NEDC, atau 420 km berdasarkan WLTP.


Spesifikasi Trenkuasa Kekal Sama


CariCarz_SN_BYD-Atto-3-Extended-Range-2024_2.jpeg


Walaupun baterinya telah diperbaik, sistem pengecasan AC masih terhad kepada 7 kW, dan masih lagi menggunakan motor elektrik depan dengan sistem pacuan roda hadapan (FWD). Motor elektrik ini menghasilkan 201 hp dan 310 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.3 saat.


Ciri Baharu BYD Atto 3 Extended Range 2024


web_BYD-Atto-3-Enhanced_launch_WA_3.jpg


Atto 3 kali ini juga hadir dengan beberapa ciri baharu yang lebih canggih. Antaranya termasuk penapis udara PM2.5 terbina dalam (built-in), sistem pencahayaan ambien pelbagai warna, sistem audio 8 speaker berbanding 6 speaker sebelum ini, bukaan pintu but automatik dengan fungsi buka-tutup satu sentuhan.


Reka Bentuk Luar & Rim Baharu BYD Atto 3 Extended Range 2024


web_BYD-Atto-3-Enhanced_launch_WA_6.jpg


Dari segi rekaan, tidak banyak perubahan ketara kecuali rim baharu bersaiz 18 inci yang lebih besar berbanding rim 17 inci pada versi terdahulu. Secara keseluruhannya, ia masih mengekalkan sentuhan moden yang menjadi identiti BYD Atto 3.


Harga & Waranti  BYD Atto 3 Extended Range 2024


web_BYD-Atto-3-Enhanced_launch_WA_5.jpg


Walaupun terdapat peningkatan dari segi spesifikasi, harga BYD Atto 3 kekal pada RM149,800, sama seperti versi Standard Range. Pembeli juga akan mendapat pakej selepas jualan yang merangkumi waranti kenderaan selama 6 tahun atau 150,000 km, serta waranti bateri EV selama 8 tahun atau 160,000 km dan waranti komponen EV selama 8 tahun atau 150,000 km.


Tawaran Istimewa untuk Pembeli Terawal  BYD Atto 3 Extended Range 2024


web_BYD-Atto-3-Enhanced_launch_WA_1.jpg


Seperti biasa, BYD Malaysia turut menawarkan promosi istimewa kepada 300 pelanggan terawal yang membeli BYD Atto 3 terbaru ini iaitu pengecas wallbox secara percuma, pakej servis 3 tahun, serta cukai jalan percuma selama 4 tahun.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8025

SELANGOR

BSU3956

JOHOR

JF6536J

PULAU PINANG

PSG4096

PERAK

APM2245

PAHANG

CFJ1046

KEDAH

KGJ4573

NEGERI SEMBILAN

NEM2719

KOTA KINABALU

SJU5389

KUCHING

QAB7493P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

07-09-2026
Teknologi

10-02-2026
Global

09-02-2026
Global

06-02-2026
Global
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

20-01-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.