ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Tawar Diskaun 50% Untuk Atlet Yang Bawa Pulang Pingat Emas

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery Malaysia menawarkan diskaun eksklusif sehingga 50% untuk para atlet Olimpik dan paralimpik yang melakar kejayaan pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, baru-baru ini.

Bagi atlet yang memenangi pingat emas, mereka dikatakan layak mendapat diskaun 50% untuk Tiggo  8 Pro, Omoda 5, dan Omoda E5 .

image.pngimage.png

Sementara itu, pemenang pingat perak dan atlet yang mara ke peringkat separuh akhir dan akhir pula menerima diskaun 30% untuk barisan model Chery terpilih.

Malah, semua atlet Malaysia yang layak bersaing di Sukan Olimpik dan Paralimpik di Paris juga akan menikmati diskaun 15% untuk rangkaian kenderaan Chery yang sama.

image.pngimage.png

Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew berkata, ia adalah penglibatan pertama Chery dalam menyokong sukan Malaysia sejak kemasukannya ke pasaran tempatan.

image.png

"Sebagai pemain baru dalam landskap automotif Malaysia, kami amat berbesar hati dapat menyokong para atlet tempatan Malaysia. 

Ketabahan, keazaman, dan semangat juang mereka memberi inspirasi kepada kita semua, dan kami berharap dapat terus memberi galakan kepada semua atlet sukan Malaysia,"

image.png

Chery turut menekankan kepentingan untuk menyokong atlet kurang upaya, yang telah menunjukkan prestasi luar biasa serta telah mencerminkan semangat ketahanan dan kecemerlangan di sukan Paralimpik baru-baru ini.

"Sukan memegang tempat istimewa dalam hati setiap rakyat Malaysia, menyatukan dan membangkitkan rasa bangga apabila kita bersama sebagai satu pasukan, satu negara.

"Di Chery Malaysia, kami memahami kuasa transformatif sukan dan kami komited sepenuhnya untuk memupuk bakat tempatan, memastikan atlet Malaysia mendapat sokongan yang diperlukan untuk menyerlah di pentas dunia,” tambahnya.

image.png

Sebelum ini, Chery Malaysia ada mengumumkan bahawa pihaknya akan menawarkan habuan lumayan berupa sebuah kenderaan utititi sukan (SUV) kepada mana-mana atlet Malaysia yang berjaya  membawa pulang pingat pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Untuk itu, pasangan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, yang berjaya meraih pingat yang pertama untuk Malaysia dalam Sukan Olimpik Paris 2024 sudah pun menerima  hadiah istimewa berupa SUV Chery Tiggo 7 Pro. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Gaya Hidup

Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026

Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.

21-04-2026
Global

Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27

Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.

13-01-2026
Berita Auto

Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang

Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.

26-12-2025
Global

Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700

Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.

04-12-2025
Global

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Berita Auto

Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik

Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.

23-10-2025
Kereta Baru

Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.

21-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026
Berita Auto

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026
Berita Auto

Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?

Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.

09-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.