ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

DC Handal Sedia Pengecas Terpantas Dunia, Autel HiPower, Di JPO – RM1.50/kWj

Sofea Najmi

Kongsi melalui

IMG_20240918_142123.jpg


DC Handal memperluaskan kehadirannya di Johor Premium Outlets (JPO) dengan penambahan pengecas kenderaan elektrik (EV) pantas terbaru ekoran permintaan yang semakin meningkat. 


Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) itu menyediakan pengecas DC dengan pengeluaran kuasa yang lebih tinggi berbanding unit Kempower 200 kW sedia ada. 


Pengecas Autel MaxiCharger DC HiPower Pertama di Asia Tenggara


IMG_20240918_140129.jpgIMG_20240918_133711.jpg


DC Handal turut melancarkan pengecas Autel MaxiCharger DC HiPower yang pertama di Asia Tenggara. Pengecas terbaru ini dikatakan sesuai untuk jangka panjang dan boleh dinaiktaraf atau dikembangkan kapasitinya mengikut keperluan, dengan kuasa maksimum sehingga 640 kW. 


Dalam konfigurasi tertinggi, ia mampu mengecas satu EV pada 480 kW atau dua kenderaan serentak pada 320 kW setiap satu, menjadikannya pengecas EV terpantas di dunia.


IMG_20240918_142129.jpgIMG_20240918_142048.jpg


Walaupun berupaya mencapai 640 kW, buat masa ini DC Handal menetapkan pengecas ini untuk beroperasi pada 400 kW, sama seperti pengecas di WCE Taiping. Kuasa disalurkan secara dinamik bergantung kepada bilangan kenderaan yang dicas serta kapasiti bateri sedia ada (SoC) kenderaan. Keluaran kuasa yang ditetapkan ini sudah memadai untuk kebanyakan EV yang terdapat di Malaysia. 


Untuk makluman pembaca, EV dengan kemampuan input pengecasan tertinggi di Malaysia setakat ini ialah Lotus Eletre yang menggunakan seni bina elektrikal yang mampu menampung sehingga 800 volt dan boleh mencapai kadar pengecasan puncak 350 kW. Menurut Lotus, ini membolehkan Eletre dicas dari 10% hingga 80% dalam masa sekitar 20 minit.


Kos Pengecasan di JPO


IMG_20240918_142028.jpg

DC-Handal-WCE-LIVE-(3).jpgDC-Handal-WCE-LIVE-(4).jpgIMG_20240918_163433.jpgDC-Handal-WCE-LIVE-(6).jpg


Bagi kos pengecasan, penggunaan pengecas pantas di JPO ditetapkan pada harga RM1.50 setiap kWj untuk pengecas DCFC dan RM0.90 setiap kWj untuk unit AC 22kW. Semua pengecas DC Handal dilengkapi dengan terminal pembayaran yang menyokong kad debit dan kredit, MyDebit, serta pembayaran maya melalui Google Pay, Apple Pay, Samsung Pay dan aplikasi JomCharge serta chargEV.


JPO Kini Destinasi Utama Pengecasan EV di Selatan


IMG_20240918_134341.jpg


Dengan penambahan pengecas baharu ini, JPO kini dilihat sebagai destinasi pengecasan EV yang penting di selatan, mengatasi  RnR Skudai. Namun begitu, RnR tersebut masih memegang rekod sebagai lokasi dengan bilangan CPO terbanyak di satu lokasi yang sama. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR5581

SELANGOR

BSU146

JOHOR

JE7695J

PULAU PINANG

PSF8345

PERAK

APL7180

PAHANG

CFH8379

KEDAH

KGJ2538

NEGERI SEMBILAN

NEM735

KOTA KINABALU

SJU2793

KUCHING

QAB6255P

Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Terkini

EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.