Kelasakan Prototaip Hyundai Ioniq 6 N Diuji Di Litar Nurburgring
Setelah berbulan-bulan spekulasi mengenai pembangunan Hyundai Ioniq 6 versi berprestasi tinggi, N, menular, akhirnya prototaip ‘bergerak’ model ini dikesan sedang diuji di litar terkenal Nurburgring Nordschleife.
Ioniq 6 N Tampil Sporty


Hyundai Ioniq 6 N dikesan sedang diuji di Litar Nurburgring. (Foto: CarSpyMedia via YouTube)
Prototaip Ioniq 6 N itu dilihat sedang diuji dalam keadaan basah dan kering di litar tersebut. Walaupun diselubungi pelekat samaran, beberapa perbezaan reka bentuk dapat dilihat pada sedan elektrik ini berbanding versi standard, dengan ciri paling ketara ialah spoiler GT yang besar di bahagian belakang.


Hyundai Ioniq 6 N dikesan sedang diuji di Litar Nurburgring. (Foto: CarSpyMedia via YouTube)
Selain spoiler belakang yang besar, model prototaip Ioniq 6 N juga tampil dengan kit badan yang lebih sporty, termasuk bampar depan yang agresif dengan komponen ambilan udara yang lebih besar dan lampu hadapan LED dalam rekaan terbelah (split design).
Dari sudut tepi, model ini menggunakan rim sporty dengan rekaan jejari terbuka, serta angkup brek berwarna merah eksklusif untuk model berprestasi tinggi ini.
Elemen Rekaan Hyundai RN22e
-full.jpg)

Prototaip Hyundai RN22e (kiri) dan prototaip Hyundai Ioniq 6 N (kanan)
Daripada reka bentuk keseluruhannya, dapat dilihat dengan jelas bahawa Ioniq 6 N turut mengambil beberapa elemen rekaan daripada kereta konsep Hyundai RN22e, tetapi telah disesuaikan untuk kegunaan jalan raya.
Spesifikasi Trenkuasa Kekal Jadi Tanda Tanya
Setakat ini, Hyundai masih belum mengumumkan butiran mengenai spesifikasi trenkuasa Ioniq 6 N. Memandangkan model standard Ioniq 6 banyak berkongsi komponen yang sama dengan Ioniq 5, tidak mustahil sekiranya Ioniq 6 N juga akan menerima spesifikasi trenkuasa yang serupa dengan Ioniq 5 N.


Hyundai Ioniq 5 N yang dipertontonkan di Malaysia.
Untuk makluman, Ioniq 5 N dikuasakan oleh sistem dua motor yang menghasilkan 641 hp dan 770 Nm apabila mod N Grin Boost diaktifkan. Kuasa ini disalurkan kepada semua roda (AWD) melalui sistem transmisi simulasi 8 kelajuan. Dari segi bateri, Ioniq 5 N menggunakan pek bateri 84 kWj yang sama dengan model standard versi facelift, memberikan jarak pemanduan sehingga 448 km (WLTP).
Sekiranya benar, Ioniq 6 N bakal menjadi model ketiga di bawah Hyundai Motor Group yang menggunakan sistem transmisi manual simulasi yang unik ini, dengan Kia EV6 GT facelift yang akan datang turut dijangka akan menerima teknologi yang sama.
Kemunculan Global Bakal Diumumkan Tidak Lama Lagi


Hyundai Ioniq 6 N dikesan sedang diuji di Litar Nurburgring. (Foto: CarSpyMedia via YouTube)
Memandangkan Hyundai telah memulakan sesi pandu uji model prototaip ini, kita boleh menjangkakan kemunculan globalnya bakal tiba tidak lama lagi. Walaupun Hyundai belum memberikan tarikh tepat, desas-desus mengatakan Ioniq 6 N mungkin sedia untuk dilancarkan seawal tahun hadapan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5133
SELANGOR
BST3916
JOHOR
JD4711J
PULAU PINANG
PSF2553
PERAK
APL1870
PAHANG
CFH5983
KEDAH
KGH8027
NEGERI SEMBILAN
NEL6509
KOTA KINABALU
SJT8552
KUCHING
QAB4988P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat