Malaysia Mampu Main Peranan Penting Dalam Pengeluaran Bateri EV & Kitar Semula E-Waste

e.MAS 7, EV pertama di bawah jenama nasional, Proton, dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.
Malaysia berpotensi untuk memainkan peranan penting dalam pasaran global bagi bateri kenderaan elektrik (EV) dan kitar semula barangan elektronik (e-waste) yang sedang berkembang pesat, lapor The Malaysian Reserve.
Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), pasaran bateri EV di negara ini dijangka menunjukkan pertumbuhan pada kadar tahunan sebanyak 5.28% antara 2022 dan 2027. Negara ini turut menetapkan matlamat untuk memiliki sejumlah 1.5 juta EV di jalan raya menjelang 2040, mewakili sekitar 6% hingga 7% daripada jumlah kenderaan, yang menggambarkan peningkatan permintaan terhadap EV dan keperluan penyelesaian kitar semula bateri.
Di peringkat antarabangsa, pasaran kitar semula bateri EV dijangka mencecah AS$6.5 bilion (RM27.56 bilion) menjelang tahun 2030, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 37.1%. Lonjakan permintaan EV, serta peraturan kitar semula yang lebih ketat dan keperluan untuk bahan mentah yang kritikal, menyumbang kepada pertumbuhan pesat sektor ini.
Cabaran Semasa
-full.jpg)
Penerangan mengenai fungsi Tesla oleh kakitangan Tesla Malaysia kepada pembeli terawal Tesla Model Y.
Malaysia telah berjaya menarik lebih RM5 bilion pelaburan langsung asing (FDI) daripada syarikat automotif global seperti Tesla, BYD dan Geely yang mengukuhkan lagi kedudukan negara dalam sektor EV.
Walaupun sektor ini menawarkan potensi besar, Malaysia berdepan cabaran berkaitan rantaian bekalan dan infrastruktur. Selain itu, Malaysia kini hanya mempunyai kira-kira 2,000 stesen pengecasan EV berbanding sasaran sebanyak 10,000 stesen menjelang 2025.
![]()
BYD Atto 3 2024 dilancarkan di Malaysia pada awal bulan ini.
Untuk kekal kompetitif, Malaysia perlu membangunkan rantaian bekalan yang lebih komprehensif bagi bahan mentah kritikal seperti litium dan nikel, yang penting untuk pengeluaran bateri yang lebih kos efektif serta mempertingkat kemampuan kitar semula e-waste yang bakal timbul.
Dalam masa yang sama, tenaga mahir juga penting untuk diasah bagi memacu pembangunan teknologi bateri dan kitar semula.
Teknologi Inovatif


Bateri yang digunakan EV, lithium ion (Foto: Bloomberg)
Malaysia juga berpotensi untuk menerapkan teknologi inovatif seperti sistem pengurusan e-waste yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) dan proses kitar semula bateri yang lebih cekap. Penerapan teknologi ini boleh mengurangkan kos dan meningkatkan kelestarian, menyumbang kepada ekonomi hijau yang lebih tahan lama dan berdaya maju.
Masa Depan Ekonomi Hijau Malaysia
Dengan pelaburan besar dalam teknologi hijau, Malaysia berada dalam kedudukan yang baik untuk mengurangkan jejak karbonnya sambil meningkatkan daya tarikannya sebagai destinasi pelaburan hijau. Usaha ini selari dengan matlamat jangka panjang negara untuk mencapai neutraliti karbon.
Sumber: The Malaysian Reserve
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF7674
SELANGOR
BSR5436
JOHOR
JA1279J
PULAU PINANG
PSD7162
PERAK
APJ7664
PAHANG
CFH1435
KEDAH
KGH286
NEGERI SEMBILAN
NEK8940
KOTA KINABALU
SJT413
KUCHING
QAB1845P
Terakhir Kemas Kini 13 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MITI Makin Tegas, Pasaran Malaysia Bukan 'Tong Sampah' Untuk EV Murah Tanpa Nilai Tambah
Kerajaan Malaysia kini memberi isyarat jelas untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap kemasukan kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU).
05-02-2026
EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB
Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.
05-01-2026
Gempar: MITI Perketat Syarat Import EV CBU 2026! Harga Wajib Lebih RM250K!
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dilaporkan baru sahaja mengemaskini syarat bagi syarikat AP Francais yang ingin membawa masuk kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU) bermula 1 Januari 2026.
31-12-2025
Klausa "Penggunaan Wajib Patuh Syariah" Perodua QV-E Dipersoalkan – Ini Jawapan CEO
Perodua perjelas isu klausa 'Pematuhan Syariah' dalam dokumen Pajakan Bateri QV-E (BaaS).
03-12-2025
Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!
Proton e.MAS 5 tawarkan EV termurah Malaysia (Harga OTR RM59,800). Kami bedah kos sebenar: Jimat RM30,000 berbanding kereta petrol dalam 10 tahun, selain teknologi V2L dan ADAS penuh.
01-12-2025
Semakin Ramai 'Lembut Hati' Beralih Kepada EV, Tetapi Cukupkah Infrastruktur EV Malaysia?
Semakin ramai orang mula ‘berlembut hati’ untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun adakah negara kita benar-benar bersedia untuk menampung pengunaan EV secara besar-besaran? Ini kupasannya…
24-11-2025
"Kita Mampu Capai 10,000 Pengecas EV Tahun Ini" – Timbalan Perdana Menteri
Malaysia kekal komited untuk mencapai sasaran mewujudkan 10,000 stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) menjelang akhir tahun 2025.
23-05-2025
Sapura Industrial Bekerjasama Dengan Syarikat China, ZZ Tech, Hasilkan Komponen Bateri EV
Sapura Industrial Berhad (SIB) bekerjasama dengan syarikat China untuk hasilkan komponen bateri litium.
21-05-2025
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
