MIROS: 7 Tips Cara Selamat Untuk Memandu Ketika Hujan

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menggesa semua pengguna jalan raya memandu secara berhemah terutama ketika musim hujan yang melanda di beberapa negeri sejak kebelakangan ini.
Amaran langkah berjaga-jaga itu dikeluarkan memandangkan berdasarkan kajian, risiko kemalangan meningkat 14% ketika hujan.
Ini kerana faktor seperti permukaan jalan raya yang licin, penglihatan menjadi terhad dan air bertakung menyebabkan kenderaan hilang kawalan.

Malah, hujan juga menyebabkan penurunan keupayaan pemandu dalam menilai jarak penglihatan menyebabkan mereka tidak dapat menilai jarak brek dan jarak berhenti.
Bukan itu sahaja, hujan juga sebenarnya menjejaskan penglihatan sisi melalui cermin sisi kenderaan ketika pemandu memotong kenderaan lain.
Cahaya lampu daripada kenderaan lain juga menjejaskan penglihatan disebabkan permukaan cermin yang basah dan pantulan cahaya pada jalan licin sebenarnya boleh mengelirukan pemandu mengenai jarak sebenar kenderaan di sekeliling mereka.



Sementara itu, Ketua Pengarah MIROS, Dr, Siti Zaharah Ishak berkata, pengguna jalan raya perlu tahu bahawa memandu dalam keadaan hujan sebenarnya menuntut perhatian lebih tinggi.
“Untuk itu, MIROS menyeru kepada semua pengguna jalan supaya mengurangkan kelajuan kenderaan, memastikan jarak selamat antara kenderaan lain dan sentiasa menggunakan lampu dengan cara yang betul ketika hujan.
“Langkah ini kelihatan mudah namun ia boleh menjadi penentu keselamatan nyawa di jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Sehubungan itu, MIROS berkongsi 7 tips mengenai keselamatan pemanduan semasa hujan:
1. Pastikan kenderaan kereta berada dalam keadaan baik.
2. Kurangkan kelajuan memandangkan ketika permukaan licin, ia memerlukan masa untuk membrek.
3. Elak guna lorong kecemasan kecuali kes kecemasan sebenar. Ini kerana kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan semasa hujan mempunyai risiko tinggi untuk dirempuh kenderaan lain.
4. Pastikan buka lampu kenderaan ketika hujan tetapi jangan guna lampu tinggi.
5. Bagi penunggang motosikal, pastikan anda guna pakaian kalis air dan menggunakan jaket yang mempunyai pantulan Cahaya.
6. Jangan guna telefon bimbit atau aktiviti lain yang boleh mengalihkan perhatian semasa memandu.
7. Jangan sesekali meredah air banjir kerana tindakan itu bukan sahaja mengancam nyawa malah bah besar sebenarnya boleh menghanyutkan kenderaan anda.
Ingat, pandulah dengan berhati-hati sehingga sampai ke destinasi. Biar lambat, asalkan selamat!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2481
SELANGOR
BSP195
JOHOR
JYU4360
PULAU PINANG
PSB2741
PERAK
APG4968
PAHANG
CFG1528
KEDAH
KGF2077
NEGERI SEMBILAN
NEJ9820
KOTA KINABALU
SJR2831
KUCHING
QAB5253N
Terakhir Kemas Kini 12 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
70% Ibu Bapa Tidak Guna Kerusi CRS Dalam Kereta
Penggunaan CRS yang dipasang dengan betul dan bersesuaian berat serta ketinggian anak boleh mengurangkan risiko kematian kanak-kanak.
01-10-2025
Kemalangan Air Keroh: Laporan Hanya Tertumpu Pada Kenderaan Bukan Tayar Tercabut
Laporan itu hanya merangkumi pemeriksaan kenderaan kerana tayar yang tertanggal daripada kenderaan terbabit tidak dapat diperiksa.
03-01-2025
Ini Dia 3 Garis Panduan Bagaimana Untuk Urus Insiden Babitkan EV!
MIROS mengeluarkan tiga garis panduan keselamatan bagi kenderaan elektrik (EV) bagi mengendalikan kemalangan EV dengan lebih cekap.
15-11-2024
Remaja Maut Ketika Cas Telefon Bas: Operasi Bas Digantung Serta-Merta
Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas dan menggantung serta-merta operasi bas terbabit dalam insiden renjatan elektrik sehingga meragut nyawa seorang remaja.
03-11-2024
Urus Emosi Dulu Sebelum Harungi Perjalanan Jauh!
Penumpang depan dinasihatkan tidak menjadi batu api sekiranya berlaku sebarang insiden di atas jalan raya.
06-02-2024
MyCINTA Selamatkan Budak Terperangkap Dalam Kereta
MIROS bangunkan prototaip sistem pengesanan dan amaran kanak-kanak terperangkap dalam kenderaan.
06-09-2023
2 Lagi Terkorban di LPT 2
Suami isteri warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler.
19-06-2023
Berita Terkini
Analisis: Kenapa Inisiatif Carpool Gagal Tambat Hati Pengguna Jalan Raya Di Malaysia
Biar Poket Kering, Asal Hati Senang,” Fenomena Pemandu Solo Punca Jalan Raya Tak Pernah Sunyi.
09-04-2026
4 Model Kereta Paling Jimat Minyak Untuk e-Hailing
Bagi yang mahu menceburi bidang e-hailing, ini 4 model kereta yang boleh dipertimbangkan.
07-04-2026
Bukan Salah Harga Petrol, Ini Sebab Kereta Paling Jimat Pun Boleh Lantak Minyak Cepat
Kajian dedah punca sebenar minyak kereta cepat habis.
06-04-2026
Ini 3 Sebab Kenapa Anda Jangan Guna Kaki Kiri Dalam Kereta Auto
Ketahui 3 bahaya besar jika anda memandu kereta auto menggunakan dua kaki.
05-04-2026
Lesen Mati Lebih 36 Bulan, Kena Ujian Semula
Renew Lesen MyJPJ vs Ambil Ujian Semula – Mana Lagi Mudah?
27-03-2026
Cara Lindungi Kad NFC Touch 'n Go Akibat Bahang Kereta
Tips Penting: Elak Kad Touch 'n Go Daripada Melengkung Musim Panas Ini.
26-03-2026
Jenis Tinted Kereta 2026: IRR, UVR, dan TSER
Info Tinted 2026: Jangan Keliru Lagi Dengan IRR, UVR, dan TSER
26-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
