Omoda C9 Bakal Dipertonton Di M'sia

Sebagai salah satu pengeksport kenderaan terbesar di China, Chery sememangnya mempunyai banyak sub-jenama di bawah kendaliannya.
Terbaharu, salah satu model off-road bawah Chery, Jaecoo baru sahaja menembusi pasaran tempatan.

Walaupun jenama itu dipasarkan dengan Omoda di kebanyakan pasaran antarabangsa, sebaliknya, Jaecoo tiba di Malaysia sebagai entiti tunggal.
Bagaimanapun, Jaecoo dan Omoda sekali lagi menjadi bualan hangat apabila imej teaser yang menunjukkan sebuah model SUV yang dikatakan akan memasuki pasaran tempatan, tidak lama lagi.
Apa yang cukup menarik di sini ialah apabila, halaman rasmi Instagram Jaecoo dan Omoda menyiarkan imej yang sama dengan tertera perkataan "Coming Soon".

Sekali imbas, kita dapat melihat bahawa model yang didedahkan itu adalah sebenarnya Omoda C9, yang juga dikenali sebagai Exeed RX di pasaran terpilih.


Ia sudah pun dipertonton pada persidangan Chery International User Summit (CIUS), tahun lepas.
Untuk makluman, Omoda C9 dikira sebagai SUV bersaiz sederhana mewah dan menampilkan konfigurasi lima tempat duduk.
Dari segi dimensi, C9 berukuran sepanjang 4,775 mm, 1,920mm( lebar), 1,671 mm (tinggi) manakala jarak roda pula 2,800 mm.
Melihat kepada ukurannya itu, maknanya, SUV ini sebenarnya sama sahaja dengan SUV bersaiz sederhana lain seperti Proton X90, Chery Tiggo 8 Pro dan sebenarnya banyak lagi.


Dari segi trenkuasa, SUV bersaiz sederhana sporty ini sama sahaja seperti barisan SUV Chery yang lain.
Jadi, ia juga dilengkapi enjin 2.0 liter 4 silinder dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 261 hp dan 400 Nm dan digandingkan dengan kotak gear automatik DCT 7-kelajuan.
Ini membolehkan Omoda C9 mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 8.6 saat, manakala kadar penggunaan bahan apinya dihadkan pada 7.6 liter untuk setiap 100 kilometer.
Jika kebanyakan model SUV milik Chery menyokong platform T1X namun lain pula bagi, C9 kerana ia dibangunkan berdasarkan M3X.

Selain versi petrol, C9 juga didatangkan dalam versi plug-in hybrid (PHEV), dimana ia disumbat dengan enjin 1.5 liter.
Versi PHEV digandingkan dengan transmisi hibrid (DHT) 3-kelajuan dan dua motor dimana ia boleh menghamburkan setakat sehingga 610 hp dan 920 Nm.
Apapun, kita tunggu butiran seterusnya sejurus Omoda C9 dipertonton nanti!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge