Proton Anjur Cabaran Kajian Untuk Pelajar Universiti

Pengeluar kereta nasional PROTON melancarkan Cabaran Kajian Kes Perniagaan yang melibatkan 300 pelajar dari enam universiti awam dan swasta di Malaysia.
Program itu diadakan untuk mengembangkan kumpulan pekerjanya melalui program Proton Young Talent (PYT).
Program ini memerlukan peserta merumuskan dan membentangkan penyelesaian terbaik kepada kajian kes perniagaan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan menggunakan analisis data, pertimbangan perniagaan, dan inovasi.
-full_normal.jpg)
Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Dr. Li Chunrong berkata, cabaran kajian itu akan berjalan selama tiga bulan dan ia sudah pun bermula pada bulan ini.
“Komitmen kami untuk bekerjasama dengan pelbagai universiti dan persatuan pelajar mencerminkan dedikasi kami dalam memupuk bakat muda di negara ini.

“Dengan mengembangkan inisiatif kami untuk mencapai lebih banyak negeri tahun depan, kami bertujuan untuk memperkasakan generasi akan datang sebagai professional automotif, menawarkan mereka peluang melalui program PYT dan latihan industri,” katanya.
Kesemua enam universiti, yang terdiri daripada 60 kumpulan pelajar – termasuk Universiti DRB-HICOM Automotif Malaysia di Pahang dan Universiti Malaya di Kuala Lumpur – telah dipilih berdasarkan latar belakang yang kukuh dalam kursus berkaitan kejuruteraan dan potensi sumbangan mereka kepada masa depan industri automotif.
Proses penilaian akan dijalankan secara berperingkat hingga November tahun ini, dengan ketua bahagian dari PROTON akan memberi pembentangan di beberapa universiti.
Cabaran perniagaan dinilai berdasarkan tujuh kriteria pemarkahan, iaitu pengenalpastian isu, analisis mendalam, kebolehlaksanaan dan rasional, pemikiran inovatif dan kreatif, aplikasi pengetahuan dan teori akademik, organisasi pasukan, serta kehadiran pentas dengan penimbangan yang berbeza.
Pemenang tempat pertama di peringkat universiti akan menerima hadiah tunai RM2,000, manakala juara di peringkat akhir akan membawa pulang hadiah tunai RM5,000.
Pemenang tempat pertama dari semua universiti akan bertanding di peringkat akhir, yang akan diadakan di Lembah Klang pada November ini.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat