ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SUV Elektrik Leapmotor C10 Versi RHD Dipertontonkan – Bawah RM150K?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_Leapmotor-C10-RHD-Preview-20.jpg


Sebentar tadi, Stellantis Malaysia telah mempertontonkan kenderaan elektrik (EV) daripada jenama automotif BEV baharu di bawahnya, Leapmotor. Model yang dipertontonkan merupakan SUV yang bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi, Leapmotor C10.


Caricarz-MBA-Leapmotor-C10-MAS2024-4.jpg


Leapmotor C10 yang dipamerkan semasa acara Malaysia Autoshow 2024 Mei lalu didatangkan dari China dalam versi LHD.


Sebelum ini, C10 yang didatangkan dari China pernah dipertontonkan buat pertama kalinya di Malaysia semasa acara Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024), namun kali ini, versi rasmi untuk pasaran Malaysia iaitu pemanduan sebelah kanan (RHD) diperlihatkan. 


image.png


XPeng G6 dilancarkan di Malaysia pada hujung Ogos lalu dengan harga bermula dari RM167K.


Diposisikan dalam segmen D, model berukuran 4,739 mm panjang, 1,900 mm  lebar dan 1,680 mm tinggi dengan jarak roda 2,285 mm ini bakal memberi saingan kepada EV lain seperti  XPeng G6 dan Tesla Model Y. 


Trenkuasa Leapmotor C10 Malaysia


CariCarz_Leapmotor-C10-RHD-Preview-11.jpg


Butiran mengenai trenkuasa C10 yang bakal dilancarkan di Malaysia masih belum didedahkan secara rasmi, namun unit yang dipamerkan ialah unit satu motor pacuan roda belakang (RWD) dengan output kuasa 215 hp (160 kW) yang dikuasakan oleh bateri  lithium besi fosfat (LFP) 69.9 kWj. 


Menggunakan pengecas pantas, bateri tersebut boleh dicas daripada 30-80% dalam masa hanya 30 minit. Dengan cas penuh, C10 boleh bergerak sejauh 420 km (WTLP).


Dari segi prestasi, C10 dikatakan dapat melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 6.1 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 210 km/j. 


Model ini juga dilaporkan akan menggunakan suspensi talaan Maserati.


Rekaan  Leapmotor C10


CariCarz_Leapmotor-C10-RHD-Preview-18.jpgCariCarz_Leapmotor-C10-RHD-Preview-15.jpgCariCarz_Leapmotor-C10-RHD-Preview-20.jpg


Dari segi reka bentuk, secara keseluruhannya SUV EV ini menampilkan reka bentuk luaran minimalis dengan ciri-ciri seperti lampu hadapan dan belakang LED yang terletak rata pada badan kereta, masing-masing dengan jalur lampu yang berkelebaran penuh, permukaan badan juga direka rata pada pelbagai sudut. Untuk meluncur di jalan raya, SUV yang dipamerkan ini menggunakan rim aloi 20 inci. 


Kabin Leapmotor C10



CariCarz_Leapmotor-C10-RHD-Preview-07.jpgCariCarz_Leapmotor-C10-RHD-Preview-05.jpg

CariCarz_Leapmotor-C10-RHD-Preview-06.jpgCariCarz_Leapmotor-C10-RHD-Preview-04.jpg


Di dalam kabin, unit C10 yang dipamerkan sarat dengan pelbagai teknologi, termasuk kluster instrumen digital 10.25 inci, pad pengecas tanpa wayar, lampu ambien, sistem audio keliling 12 speaker, sistem kawalan iklim auto dua zon, tempat duduk hadapan dengan fungsi pemanas/pengudaraan. 


CariCarz_Leapmotor-C10-RHD-Preview-08.jpgCariCarz_Leapmotor-C10-RHD-Preview-10.jpg


Skrin infotainmen yang digunakan berukuran 14.6 inci. Sistem ini menyokong ciri seperti navigasi satelit, Bluetooth dan WiFi. Namun tiada sambungan Apple Carplay dan Android Auto buat masa ini. Model ini didatangkan dengan kad kunci NFC yang perlu diletakkan pada konsol tengah supaya enjin dapat dihidupkan. 


CariCarz_Leapmotor-C10-RHD-Preview-01.jpg


Selain itu, tempat duduk hadapan C10 boleh dilipat hingga 180 darjah. Apabila kedua-dua tempat duduk hadapan dan belakang dilipat, kabin C10 boleh diubah menjadi ‘katil queen’ untuk dua orang, dengan panjang sehingga 2.7 meter.


Untuk simpanan barang, ruang kargonya berkapasiti 370 liter dan boleh mencapai 835 liter apabila tempat duduk belakang dilipat. 


Keselamatan Leapmotor C10


CariCarz_Leapmotor-C10-RHD-Preview-03.jpgCariCarz_Leapmotor-C10-RHD-Preview-02.jpg


Leapmotor C10 didatangkan dengan sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) Tahap 2 yang merangkumi 16 ciri keselamatan penting seperti kamera 360 darjah. Model ini turut dilengkapi dengan 7 beg udara. 


Stellantis mendedahkan bahawa C10 dijangka akan menerima penarafan 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP) tidak lama lagi. 


Harga Pasaran Leapmotor C10


Stellantis Malaysia dikhabarkan akan memasarkan model ini pada harga kompetitif yang mampu bersaing dengan SUV elektrik terlaris di Malaysia, BYD Atto 3. Untuk makluman, Atto 3 dijual pada harga RM149,800.  Di pasaran China, Leapmotor C10 ditawarkan pada harga yang bermula dari CNY 128,800 (~RM83,560). 



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT9671

SELANGOR

BSU4180

JOHOR

JF7160J

PULAU PINANG

PSG4372

PERAK

APM2540

PAHANG

CFJ1205

KEDAH

KGJ4714

NEGERI SEMBILAN

NEM2842

KOTA KINABALU

SJU5583

KUCHING

QAB7540P

Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

05-06-2026
Global

30-12-2025
Global

15-12-2025
Kereta Baru

10-12-2025
EV

19-11-2025
Berita Auto

07-11-2025
EV

28-10-2025
EV

07-10-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.