Tesla Lancar Supercharger V4 & Pusat Servis Di Pulau Pinang
-full.jpg)
Tesla Malaysia yang kini giat memperluaskan operasi telah melebarkan sayapnya ke utara Semenanjung dengan pelancaran stesen pengecas Supercharger (DC) dan Pusat Servis di Pulau Pinang.
Stesen Pengecas V4 Baharu di Gurney Plaza
Stesen Supercharger V4 pertama Tesla di negeri tersebut terletak di aras B1, pusat beli-belah Gurney Plaza. Stesen ini dilengkapi dengan empat pengecas DC yang boleh diakses melalui aplikasi Tesla.

Seperti pengecas Tesla yang lain, pengecas ini menawarkan pengalaman pengecasan yang mudah di mana pengguna hanya perlu ‘Plug in, charge and go’ melalui aplikasi Tesla. Aplikasi ini memudahkan pengguna mencari, mengakses, memantau dan membuat pembayaran secara automatik.
Dari segi kos pengecasan, pemilik Tesla akan dikenakan caj sebanyak RM1.25/kWj di Gurney Plaza. Tesla menyatakan bahawa stesen pengecas ini bukan sahaja memenuhi keperluan pengecasan tempatan tetapi juga membantu perjalanan merentas negeri di Koridor Utara.
Pusat Servis Baharu di Seberang Jaya

Selain stesen pengecas, Tesla Malaysia turut membuka Pusat Servis yang serba canggih di Seberang Jaya. Pusat ini juga dilengkapi dengan kemudahan Body & Paint (B&P) untuk memenuhi keperluan pemilik Tesla di Pulau Pinang dan kawasan utara.
Acara Penyerahan Khas dan Roadshow

Pusat Servis Seberang Jaya ini akan menganjurkan acara penyerahan kenderaan yang pertama di Pulau Pinang pada 12 dan 13 September nanti. Acara ini bakal menjadi detik penting buat pemilik Tesla di utara.
Tesla Malaysia juga akan mengadakan pop-up roadshow di Gurney Plaza dari 10 hingga 15 September. Selain mempamerkan kenderaan Tesla, acara ini juga menampilkan Tesla Bot atau Optimus buat pertama kalinya di Pulau Pinang.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat