Varian Asas Sedan BYD Seal Dynamic Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM163,800

Sime Darby Beyond Auto (SDBA) baru sahaja melancarkan varian asas terbaru dalam ‘keluarga’ BYD Seal, iaitu BYD Seal Dynamic yang ditawarkan pada harga serendah RM163,800 atas jalan, tidak termasuk insurans.
Trenkuasa BYD Seal Dynamic

Varian ini menggunakan motor elektrik belakang yang menghasilkan 204 PS (150 kW) dan 310 Nm tork. Dengan prestasi ini, BYD Seal Dynamic mampu membuat pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 7.5 saat. Sebagai perbandingan, varian Premium mencatatkan masa hanya 5.9 saat dan Performance 3.8 saat.
BYD Seal Dynamic dilengkapi dengan bateri Blade LFP berkapasiti 61.4 kWj, memberikan jarak pemanduan sehingga 460 km berdasarkan piawaian WLTP. Jarak ini lebih pendek berbanding varian Premium 570 km dan Performance 520 km. Bateri ini menyokong pengecasan AC sehingga 7 kW yang mengambil masa 8.6 jam untuk dicas penuh. Untuk pengecasan pantas (DC), varian ini hanya menyokong input sehingga 110 kW, lebih rendah daripada varian Premium dan Performance yang menerima input 150 kW.
Reka Bentuk BYD Seal Dynamic

Dari segi reka bentuk, BYD Seal Dynamic mengekalkan rupa yang elegan dan moden, dengan dimensi panjang 4,800 mm, lebar 1,875 mm, dan tinggi 1,460 mm dengan jarak roda 2,920 mm.

Varian ini dipasangkan dengan rim 18 inci yang lebih kecil, berbanding 19 inci pada varian Premium dan Performance. Rekaan rim Dynamic juga berbeza. Antara ciri reka bentuk lain termasuklah pemegang pintu terbenam, bumbung kaca panorama, serta lampu LED di bahagian depan dan belakang.
Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Cosmos Black dan Aurora White.
Kabin BYD Seal Dynamic

Kabin BYD Seal Dynamic menampilkan rekaan minimalis dengan pelbagai ciri teknologi moden. Stereng dan tempat duduk dibalut dengan kulit tiruan. Tempat duduk pemandu boleh dilaraskan kepada lapan arah, manakala penumpang hadapan enam arah. Fungsi pemanas dan ventilasi untuk barisan hadapan turut disediakan.
Ciri standard lain adalah skrin sentuh berukuran 15.6 inci yang boleh diputarkan kepada kedudukan lanskap dan potret, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, sistem audio Dynaudio 12 speaker, kluster instrumen 10.25 inci, dua pengecas tanpa wayar, pengecas USB-C dan USB-A untuk barisan tempat duduk hadapan dan belakang, soket 12V dan pencahayaan ambien RGB. Hanya satu warna tema kabin ditawarkan iaitu Thaumas Black.
Untuk ruang simpanan, ruang kargo belakang menawarkan kapasiti sehingga 400 liter dan kargo depan (frunk) 50 liter.
Sebagai varian asas, Seal Dynamic ‘kehilangan’ beberapa ciri premium yang ditawarkan pada varian lebih tinggi seperti sistem papar pandu (HUD), upholsteri kulit asli, sokongan lumbar dan fungsi memori untuk tempat duduk pemandu serta pemanas untuk stereng.
Ciri Keselamatan BYD Seal Dynamic
Dari segi keselamatan, BYD Seal Dynamic dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu (ADAS) penuh, termasuk Lane Departure Prevention (LDP), Intelligent Cruise Control (ICC), Traffic Sign Recognition (TSR), dan Intelligent Speed Limit Control (ISLC). Tidak ditawarkan pada varian ini adalah ciri Electronic Child Lock.
Harga Pasaran & Waranti BYD Seal Dynamic

BYD Seal Dynamic dijual pada harga RM163,800 menjadikannya lebih murah berbanding varian Premium yang dijual pada RM179,800 dan varian Performance pada RM199,800. Walaupun mempunyai beberapa kekurangan berbanding varian yang lebih tinggi, harga yang lebih kompetitif menjadikannya pilihan menarik. Bagi waranti, pelanggan akan mendapat waranti pengilang selama 6 tahun atau 150,000 km, serta waranti bateri dan motor elektrik selama 8 tahun atau 160,000 km dan waranti drive unit selama 8 tahun atau 150,000 km.
Untuk promosi eksklusif, pelanggan yang berminat boleh mengunjungi Medan Parkir B, Stadium Bukit Jalil bermula hari ini hingga 8 September ini. Pelanggan yang membuat tempahan yang dibuat semasa acara berpeluang untuk menerima kredit pengecasan sebanyak RM800 serta peluang memenangi motor elektrik, BMW CE 02 Motorrad.
Baca: BYD Seal Premium & Performance Dilancarkan Di Malaysia
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
BYD Seal 2025 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Skor Paling Tinggi Diterima EV Di Rantau Asia
Model sedan elektrik penuh (EV) BYD Seal 2025 kini secara rasmi disahkan sebagai antara jentera paling selamat setelah berjaya merangkul penarafan 5 bintang penuh dalam ASEAN NCAP.
30-10-2025
BYD Seal 6 Terima Sambutan Hebat, Lebih 100 Unit Diserahkan Dalam Seminggu
Dalam tempoh hanya seminggu selepas dilancarkan di pasaran tempatan, lebih 100 unit BYD Seal 6 telah diserahkan kepada pelanggan di serata Malaysia.
07-10-2025
BYD Seal 6 EV Kini Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM100,000
Sebentar tadi, BYD Malaysia telah melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) terbarunya, BYD Seal 6.
26-09-2025
Lagi BYD Seal Versi Terkini, Bakal Dilancar Esok
BYD Cars Malaysia a akan melancarkan model baharu, BYD Seal 2025, pada hari esok.
21-08-2025
BYD Seal 5 DM-i PHEV Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?
BYD mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) di Asia Tenggara dengan pelancaran model BYD Seal 5 DM-i di Thailand.
13-08-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Tinggal 2 Hari Lagi, BYD Seal Dynamic Masuk M'sia, Harga Bawah RM160K Je
BYD Seal Dynamic dikatakan adalah model EV paling murah.
03-09-2024
Berita Terkini
Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia
JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.
11-11-2026
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

