ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

"Jangan Cas EV Secara Berlebihan Untuk Elak Risiko Kebakaran." – Bomba

Sofea Najmi

Kongsi melalui

6.-Bomba-officer-scanning-a-QR-Code-on-the-Mercedes-Benz-EQS-500-4MATIC-as-his-colleagues-look-on.jpg


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi latihan khas bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)  bagi menangani insiden kebakaran membabitkan EV Julai lalu. 


Pengguna kenderaan elektrik (EV) dinasihatkan mematuhi arahan pengeluar bagi memastikan keselamatan dan mengurangkan risiko kebakaran, kata Pengarah Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Datuk Khirudin Drahman Hussain. 


Beliau menekankan pentingnya untuk tidak mengecas EV secara berlebihan, memantau sesi pengecasan dan mengelakkan kenderaan daripada terdedah kepada suhu ekstrem atau serpihan.


"Kebakaran EV boleh mengambil masa antara lima hingga 24 jam untuk dipadamkan sepenuhnya, bergantung pada saiz bateri (kWj) dan beban api yang terlibat," kata Khirudin. 


Risiko "Thermal Runaway"


11.-A-Mercedes-Benz-employee-pointing-out-the-rear-electric-motor-location-on-the-Mercedes-Benz-EQS-500-4MATIC.jpg


Khirudin menjelaskan bahawa kebakaran EV sukar dipadamkan kerana fenomena "thermal runaway", haba tinggi yang tidak terkawal. Dalam situasi ini, sel bateri menghasilkan haba dalam jangka masa yang lebih cepat daripada masa diambil untuk haba dilepaskan, menyebabkan suhu sel meningkat secara mendadak. 


"Akibat 'thermal runaway', haba yang tinggi dan proses letupan pantas menjadikan kebakaran EV sukar dipadamkan dengan serbuk kering ABC atau air biasa, melainkan kenderaan tersebut ditenggelami dengan ais," katanya.


image.png


Penggunaan selimut khas boleh membantu mengelakkan penyebaran api. 


Kebakaran ini hanya dapat dikawal dengan air dan selimut pemadam api khas,  tetapi ia hanya bertujuan untuk mencegah api daripada merebak dan bukan untuk memadamkan sepenuhnya.


Beliau turut mendedahkan bahawa sejak Januari hingga September tahun ini, hanya empat kebakaran EV dilaporkan di Malaysia, termasuk satu semasa sesi pengecasan.


Langkah Keselamatan Baharu di Stesen Pengecas EV


10.-Bomba-officers-familiarising-themselves-with-the-Mercedes-Benz-EQS-safety-body.jpg


Garis panduan baharu menghendaki stesen pengecas EV dilengkapi dengan selimut pemadam api di lokasi strategik. Selain itu, anggota bomba kini sedang menjalani latihan khas untuk menangani kebakaran EV yang memerlukan perlindungan tambahan.


Bahaya Gas Toksik dan Letupan


14.-Carefully-checking-the-protective-features-of-the-safety-uniform.jpg


Kebakaran bateri EV boleh mengakibatkan letupan wap awan (vapor cloud) terutamanya di ruang tertutup seperti di ruang bawah tanah, dengan risiko menghasilkan gas toksik yang lebih berbahaya daripada kenderaan biasa, jelas Khairudin. 


Teknologi Bateri dan Sistem Pengurusan Bateri


Pengarah Pusat Pembangunan Automotif Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mohd Azman Abas menjelaskan bahawa teknologi bateri memainkan peranan penting dalam menentukan risiko kebakaran. Kebanyakan EV masa kini menggunakan bateri lithium-ion yang menawarkan kepadatan tenaga tinggi tetapi lebih mudah terdedah kepada risiko seperti terlalu panas, yang boleh mencetuskan "thermal runaway."


Bagaimanapun, Dr. Mohd Azman menegaskan bahawa risiko ini boleh dikawal melalui reka bentuk dan pengurusan bateri yang baik. Sistem pengurusan bateri bertanggungjawab untuk memantau suhu, voltan dan arus bagi mengelakkan bateri menjadi terlalu panas atau mengalami litar pintas.


AI dan Teknologi Pengecasan Pintar Kurangkan Risiko


8.-Bomba-officers-inspecting-the-electric-motor-of-a-Mercedes-Benz-EQS-500-4MATIC-during-the-orientation.jpg


Dr. Azman juga menyatakan bahawa kemajuan teknologi seperti AI boleh membantu mengenal pasti masalah awal pada bateri, sekaligus mencegah kebakaran. Teknologi pengecasan yang lebih pintar dengan sistem penamat sesi pengecasan automatik dan sistem pengecasan tanpa wayar juga berpotensi mengurangkan insiden kebakaran EV.


Khirudin menekankan bahawa pematuhan terhadap garis panduan keselamatan serta penyelenggaraan stesen pengecas secara berkala adalah kunci untuk mengelakkan kebakaran EV di masa depan.

Sumber: The Sun

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG5063

SELANGOR

BSR6750

JOHOR

JA4518J

PULAU PINANG

PSD8934

PERAK

APJ9306

PAHANG

CFH1913

KEDAH

KGH1537

NEGERI SEMBILAN

NEK9538

KOTA KINABALU

SJT1351

KUCHING

QAB2172P

Terakhir Kemas Kini 20 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

16-07-2024
EV

06-05-2024

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.